27 Feb 2017 0 comments

Tomyam Seafood Bersantan

Tomyam Seafood Bersantan -

Tomyam Seafood Bersantan

Bahan-bahan - stok tulang
1 liter air
Tulang ayam atau lembu
Rebus hingga mendidih.  Buang air dan tulang cuci bersih.
Masuk semula 1 liter air dan rebus semula hingga mendidih.
Tapis dan keluarkan tulang

Bahan-bahan (Tumis)
2 biji tomato potong baji
5 batang serai - potong 2, ketuk
3 tangkai cili padi - hiris kasar
1 tangkai cili merah - hiris kasar
4 helai daun limau purut - buang tulang, hiris kasar
1 inci lengkuas - hiris nipis
2 ulas bawang merah, ketuk
5 ulas bawang putih, ketuk
2 sudu besar pes tomyan
2 sudu besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Perasa
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar jus limau nipis
2 cawan santan

Makanan Lauk
Udang, Sotong, Ketam, Fish Ball
Daun Ketumbar

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, daun limau, cili hingga layu dan wangi.
Masukkan udang kering, buah tomato dan pes tomyam.  Tumis sebentar.
Tuang stok tulang dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan jus limau nipis.
Masak hingga mendidih dan tutup api.
Masukkan daun bawang, cili hiris dan bawang besar hiris
Masukkan makanan lauk kegemaran seperti kepah, sotong, udang, ketam atau fish ball.
Biarkan di dalam periuk tertutup hingga makanan lauk masak, bolehlah di hidangkan dengan hirisan daun ketumbar.

Tomyam Seafood Bersantan


Tomyam Seafood Bersantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
25 Feb 2017 0 comments

Sengkuang Sos Calit Merah

Sengkuang Sos Calit Merah -

Sengkuang Sos Calit Merah
Sumber :  FB Rozmaliza Omar

Bahan-Bahan
2 cawan Sos merah Thai cap Labu
2 sudu besar air asam jawa adabi
2 cawan Sos cili
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar serbuk belacan
2 sudu kecil tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 paket serbuk asam boi (60gm) atau pes buah plum
Kacang tanah tumbuk

Cara-cara :
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih.  Kemudian tuang bancuhan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Biarkan sejuk dan simpan di dalam botol kaca.

Potong sengkuang sapukan sos merah dan taburkan kacang tumbuk.

Sengkuang Sos Calit Merah


Sengkuang Sos Calit Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;