Daging Merah Ala Thai
Bahan-bahan
200 gram daging, hiris nipis
Gaul sedikit garam dan serbuk lada sulah
Sos Merah
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
4 helai daun limau purut, carik kasar
5 biji cili padi, tumbuk kasar
4 sudu besar sos merah Thai cap labu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 batang carrot - potong memanjang
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
1/2 cawan air rebusan
1 biji tomato belah 6
1 biji bawang besar potong baji
Minyak untuk menumis
Sos Merah Thai cap Labu
Rebus daging dengan air hingga empuk. Angkat dan ketepikan 1/2 cawan air rebusan untuk membuat sos.
Panaskan minyak dan goreng daging sebentar tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sos merah, sos tiram, sos cili, sos ikan, bawang besar dan carrot. Masak seketika.
Masukkan daging, daun limau purut dan buah tomato.
Tuang air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan.
Daging Merah Ala Thai
Daging Merah Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi