1 Mar 2017 0 comments

Mangga Pulut Hitam

Mangga Pulut Hitam -

Mangga Pulut Hitam

Bahan-bahan 
2 biji mangga - potong ikut suka
100gm beras pulut hitam
150gm beras pulut putih
200ml santan cair + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan

Sos santan
300ml santan pekat
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kaca rata dan masak hingga sos nampak pekat.

Cara-cara :
Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
Toskan dan satukan kedua pulut, masukkan santan dan kukus bersama daun pandan selama 30 - 35minit.
Hidang bersama mangga dan sos santan.

Mangga Pulut Hitam


Mangga Pulut Hitam shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Feb 2017 0 comments

Apam Balik Che Mat

Apam Balik Che Mat -

Apam Balik Che Mat
Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
130 gram tepung gandum / tepung roti
1/2 sudu teh teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh instant yeast
2 sudu besar gula halus
1 biji telur gred A
160 ml air / susu cair
1/4 camca teh esen vanilla (optional)
Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti
50 gram kacang tanah, tumbuk kasar
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar bijan sangai
1/2 cawan jagung krim dalam tin
Sedikit mentega atau majerin

Cara-cara :
Satukan tepung, soda bicarbonate, instant yeast dan gula ke dalam mangkuk.
Kacau rata, tuang air dan masukkan telur, whisk hingga sebati.
Tapis ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.  Perap 45 minit.
Panaskan non-stick pan kecil dan oles sedikit marjerin.
Kecilkan api, tuang sesenduk adunan, ratakan.

Tutup permukaan pan dengan penutup dan masak hingga permukaan setengah masak dan berlubang-lubang.

Kemudian taburkan kacang, gula dan jagung krim.
Tutup kembali dengan penutup dan biarkan masak untuk 2 - 3 minit lagi.
Letak sedikit mentega atau majerin dibeberapa bahagian apam balik dan lipat dua.
Tekan sedikit dan alihkan dalam pinggan.

Apam Balik Che Mat


Apam Balik Che Mat shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;