Getuk Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 kg ubi kayu, buang kulit dan potong kecil
4 sudu besar gula pasir
1 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Salutan
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara :
- Rebus ubi kayu hingga empuk.
- Lenyek hingga hancur ketika masih panas.
- Gaulkan dengan gula, kelapa, dan garam sehingga sebati.
- Bentukkan seperti bebola kecil.
- Satukan semua bahan salutan, gaul sebati. Tidak terlalu pekat atau cair.
- Celupkan bebola ubikayu ke dalam bahan salutan.
- Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng terendam sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Sedia dihidangkan.
Getuk ubi juga boleh di golek ke dalam bijan, cornflakes, breadcrumbs atau oats.
Tidak perlu mencelupnya ke dalam tepung. Bentukkan mengikut kreativiti.
Getuk Ubikayu
Getuk Ubikayu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi