28 Feb 2022 0 comments

Kari Terung Sumbat

Kari Terung Sumbat -

Kari Terung Sumbat
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
3 biji Terung 
200 gm Daging cincang
1/2 labu Bawang Holland cincang
2 ulas Bawang Putih cincang
1 biji Tomato, potong dadu
1 sudu kecil rempah kari daging
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan Inti :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari.  Gaul rata.
  3. Masukkan daging dan reneh hingga daging lembut.
  4. Masukkan tomato cincang, Masak hingga inti sedikit kering.
  5. Sejukkan sebelum di isi ke dalam terung.
  6. Gelek terung bahagian atas dengan kayu pencanai hingga leper.
  7. Belah di tengahnya dan jadikan seperti poket.
  8. Isikan inti daging hingga penuh.

Kuah Kari :
1/2 cawan Santan pekat
1 cawan air
2 helai Daun Kari
2 ulas bawang putih, cincang
1 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan Kuah Kari :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, daun kari dan rempah kari.
  2. Masukkan air dan santan, biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan air asam jawa dan sedikit garam. gaul rata, 
  4. Masukkan terung sumbat, tutup kuali.
  5. Reneh hingga terung lembut dan kuah sedikit kering.
  6. Boleh di makan begitu saja atau bersama nasi.

Kari Terung Sumbat






Kari Terung Sumbat shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Feb 2022 1 comments

Biskut Bangkit Sagu

Biskut Bangkit Sagu -

Biskut Bangkit Sagu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan bahan
250 gm Tepung Sagu
100 ml Santan Kotak
1 biji Kuning Telur
75 gm Gula Aising
1/4 sudu teh Garam
2 helai Daun Pandan, potong pendek

Penyediaan :
  1. Sangai tanpa minyak tepung dan daun pandan hingga kering.
  2. Tapis dan biar betul betul sejuk.
  3. Putar gula dan kuning telur hingga kembang dan putih.
  4. Masukkan setengah santan dan putar sebati.
  5. Masukkan tepung dan uli hingga berderai.
  6. Masukkan baki santan sedikit-sedikit dan uli hingga doh boleh di kepal.
  7. Tekan ke dalam acuan bangkit yang di tabur sedikit tepung.
  8. Keluarkan dari acuan dan susun di atas dulang pembakar.
  9. Oven pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Bangkit Sagu



Biskut Bangkit Sagu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
25 Feb 2022 0 comments

Pani Puri

Pani Puri -

Pani Puri
by Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan- Bahan Pani Puri
1 cawan tepung Suji / Semolina
2 sudu besar Tepung Gandum
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan air

Penyediaan :
  1. Satukan tepung dan garam, masukkan air.
  2. Uli hingga menjadi doh yang kental.
  3. Tutup dengan kain lembab dan rehatkan 20 minit.
  4. Canai nipis dan terap dengan penerap bulat.
  5. Selepas di terap canai lagi hingga betul-betul nipis.
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga mengelembung.
  7. Bila keperangan, angkat dan toskan di atas tissue dapur.
  8. Untuk menghidang, pecahkan pani puri di bahagian atasnya.
  9. Isikan dengan Kentang Masala.
  10. Celup dalam sos hijau dan asam jawa.

Sos Chutney Hijau :
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
2 hiris halia
2-3 tangkai cili hijau
1 biji Lemon
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
garam secukup rasa
1 cawan air ais

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar halus, tapis.


Sos Chutney Asam Jawa :
1 cawan jus asam jawa
3 sudu besar gula perang
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu teh garam

Satukan semua di dalam periuk, masak dengan api kecil hingga gula larut.
Angkat dan tapis.  Sejukkan dahulu.

Kentang Masala :
2 biji kentang rebus
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu teh garam

Lecek kentang dan gaul bersama bahan2 nya.

Pani Puri


Pani Puri shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Crabstick Puffs Roll

Crabstick Puffs Roll -

Crabstick Puffs Roll
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
10 keping  pastry puff  4x4 inci
10 keping Crabstick
3 keping keju, potong 4 setiap satu
30 batang Asparagus
1 biji Capsicum, potong memanjang

Sapuan : 1 kuning telur + sedikit air dan susu sejat
Taburan :  Serbuk Lada Hitam dan parsley kering
Cara :
  1. Lembutkan pastry puff pada suhu bilik. 
  2. Ambil satu kepingan puffs, letak 3 batang asparagus, hirisan Capsicum dan Crabstick di atasnya.
  3. Tabur dengan serbuk lada hitam.
  4. Tutup dengan temukan kedua hujung puffs dan tekan sedikit hingga melekat.
  5. Sapu kuning telur, letak kepingan keju dan tabur parsley kering.
  6. Oven pada suhu 180C selama 15 minit. 

Crabstick Puffs Roll


Crabstick Puffs Roll shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
24 Feb 2022 0 comments

Crabstik Salad Rolls

Crabstik Salad Rolls -

Crabstik Salad Rolls
Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
8 keping Rice Paper bulat bersaiz besar
1 paket kecil Crabstik
1 paket kecil Fish Cake.
50 gm timun jepun
50 gm carrot
50 gm daun salad
1 roll telur dadar
1 sudu besar cuka makan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih


Penyediaan :
  1. Siram Crabstik dan Fish Cake dengan air panas sebentar.
  2. Toskan di atas tisu dapur dan biarkan sejuk.
  3. Potong Fish Cake, Timun, Carrot dan telur dadar memanjang.
  4. Gaul hirisan carrot dengan cuka dan garam selama 15 minit.
  5. Apabila lembut, bilas dan toskan.
  6. Lembabkan kepingan rice paper dengan air.
  7. Kemudian lipat bahagian tepi kiri dan kanan menjadi bentuk segi empat tepat.
  8. Susun daun salad, timun, carrot dan telur dadar, tabur sedikit serbuk lada putih.
  9. Kemudian buat gulungan separuh saja.
  10. Ambil 2 filamen ketam dan buka gulungannya,
  11. Letak memanjang, kemudian gulung hingga kemas.
  12. Potong kepada 2 bahagian di tengahnya.
  13. Hidang dengan sos kegemaran.

Sos Hijau

Bahan-Bahan
2 rumpun daun ketumbar bersama akarnya
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi hijau
2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar lada putih
1 cawan air mineral
3 sudu besar gula kabung
6-7 sudu besar mayonis

Penyediaan :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar halus.
Tambah sedikit air jika pekat.


Crabstik Salad Rolls






Crabstik Salad Rolls shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
19 Feb 2022 0 comments

Kupang Kari Hijau Thai

Kupang Kari Hijau Thai -

Kupang Kari Hijau Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Pes Kari Hijau :
3 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cekak daun ketumbar
1 batang serai, bahagian putih
1 biji limau nipis (diperah jus)
4 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan Pes Kari Hijau : *
Masukkan kesemua bahan dalam blender, kisar hingga lumat dan menjadi pes.
Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.

Kupang Kari Hijau Thai :
4 sudu besar pes kari hijau *
400 ml santan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos ikan
200 gm kupang
2 helai daun limau purut
4 cili padi merah dan hijau
1 biji tomato, belah 6

Penyediaan Kupang Kari Hijau Thai :

  1. Bersihkan kupang, buang kotorannya dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan pes kari hijau, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan santan, masak hingga hampir mendidih.
  5. Masukkan sos ikan, gula dan garam. 
  6. Kemudian masuk kan kupang dan tomato.
  7. Masukkan daun limau purut dan hirisan cili.
  8. Angkat dan tabur dengan daun ketumbar.

Kupang Kari Hijau Thai


Kupang Kari Hijau Thai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
12 Feb 2022 0 comments

Nangka Pulut Hitam

Nangka Pulut Hitam -

Nangka Pulut Hitam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 cawan pulut putih
1/2 cawan pulut hitam
1 cawan santan sederhana cair
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
8 ulas nangka (keluarkan bijinya)

Penyediaan :
  1. Cuci dan rendam kedua beras pulut selama 2 jam. Toskan.
  2. Masuk ke dalam periuk bersama santan dan garam.
  3. Masak dengan api perlahan hingga kering.
  4. Gaulkan dengan gula ketika panas.
  5. Setelah suam, isikan ke dalam nangka.
  6. Hidang bersama sos santan.

Sos Santan
500 ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.
Tuang ke atas pulut nangka.


Nangka Pulut Hitam


Nangka Pulut Hitam shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
11 Feb 2022 0 comments

Garden Spring Rolls

Garden Spring Rolls -

Garden Spring Rolls
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Lobak merah 
Sengkuang
Timun
Suhun 
Crab stik 
Bunga Edible, boleh beli di Jaya Grocery
Daun Salad
sedikit serbuk lada putih
Air mineral untuk mencelup


Penyediaan :
  1. Celur Suhun dalam air panas.  
  2. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
  3. Toskan hingga kering.  
  4. Renjiskan sedikit kicap cair dan serbuk lada putih.
  5. Potong pendek..
  6. Timun di buang pulur, hiris halus memanjang, keringkan atas tisu dapur.
  7. Lobak Merah dan Sengkuang di hiris halus memanjang.
  8. Crabstik di celur sebentar dan toskan.
Cara-cara Menggulung :
  1. Letak sekeping rice paper di dalam pinggan Slate supaya tidak melekat.
  2. Basahkan permukaan rice paper.
  3. Susun crabstik, suhun dan hirisan sayur di hujung rice paper.
  4. Gulung kemas sebanyak 2 kali.
  5. Kemudian susun bunga edible, letak daun salad di atasnya.
  6. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan.
  7. Kemudian gulung rapi.
  8. Hidang dengan sos yang di gemari.

Bahan-bahan Sos :
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
4 tangkai cili merah - potong kecil
2 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
sedikit garam
Potongan cili padi dan kacang tanah cincang

Kisar semuanya dengan sedikit air hingga halus. Masak hingga pekat. 
Rasa masam manisnya. 
Masukkan potongan cili padi dan kacang tanah. Gaul rata.


Garden Spring Rolls


Garden Spring Rolls shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
10 Feb 2022 0 comments

Raindrop Jelly Cake

Raindrop Jelly Cake -

Raindrop Jelly Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :

6 gm Serbuk Konyaku Jelly atau Nutrijell 
100 gm Gula Pasir
1/2 sudu teh perisa Lychee
900 ml Air 

Sirap gula melaka secukupnya
Serbuk kacang soya - Kinako Powder (boleh beli di bakery)

Penyediaan :
Satukan serbuk jelly dan air, kacau hingga larut.
Masak hingga mendidih.
Masukkan gula dan perisa, masak hingga gula larut.
Tapis ke dalam jug kecil.
Biar seketika hingga wapnya berkurang.
Tuang ke dalam acuan yang di sukai.
Simpan di dalam peti sejuk hingga dingin.
Hidang dengan serbuk kacang soya dan sirap gula melaka.


Nota : Boleh gantikan air dengan air kelapa.
 
Raindrop Jelly Cake



Raindrop Jelly Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
9 Feb 2022 0 comments

Churros Kentang

Churros Kentang -

Churros Kentang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm ubi kentang rebus 
30 gm Marjerin
30 gm Tepung Jagung
1 biji Putih telur
1/4 sudu teh Garam

Saduran - Campurkan
1/2 cawan gula kaster
1 sudu teh serbuk kayu manis

Penyediaan :
  1. Lecek kentang hingga halus.
  2. Tambah marjerin, gaul rata
  3. Tambah tepung jagung, gaul
  4. Masuk putih telur, gaul hingga sebati
  5. Tambah garam dan gaul rata.
  6. Isikan doh ke dalam piping bag dengan nozzle 1M open star
  7. Picit bentuk rosett atau memanjang di atas kertas baking supaya tak melekat.
  8. Simpan dalam peti sejuk sehingga set.
  9. Panaskan minyak api sederhana.
  10. Angkat adunan menggunakan spatula ke dalam minyak
  11. Goreng hingga kuning kemasan
  12. Golek dalam bahan saduran.
  13. Untuk churros kentang plain, boleh cicah dalam sos coklat.

Sos Coklat Cili
50 ml Dairy Whipping Cream
120 gm coklat masakan hitam, potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili

Cara :
Panaskan whipping cream secara double boil
Tutup api, masukkan coklat, kacau hingga cair.
Jika pekat tambah sedikit air panas.
Masukkan serbuk cili jika suka.

Churros Kentang


Churros Kentang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Feb 2022 0 comments

Tapai Ubikayu Burnt Cheese Cake

Tapai Ubikayu Burnt Cheese Cake -

Tapai Ubikayu Burnt Cheese Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan

400 gm Cream Cheese
150 gm Tapai Ubikayu, haluskan
1/4 cawan gula caster
2 biji telur Grd A
1/4 cawan Dairy Whipping Cream
1/2 cawan santan kotak
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar serbuk koko

Loyang bulat 6 in - alas baking paper

Penyediaan  :
  1. Panaskan oven pada suhu 210 C.
  2. Lembutkan cream cheese pada suhu bilik.
  3. Putar cream cheese, gula dan tapai hingga halus dan berkrim.
  4. Tambah santan, whipping cream dan garam, gaul sebati.
  5. Tambah telur dan esen vanilla.
  6. Putar perlahan hingga adunan menjadi sebati.
  7. Ketepikan 1 cawan adunan, tambah serbuk koko dan aduk rata.
  8. Tuang adunan tapai ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Kemudian tuang adunan koko di atasnya dan ratakan.
  10. Oven pada suhu 200 C selama 40 minit.
  11. Simpan dalam peti sejuk semalaman. 
  12. Keluarkan dari loyang dan hidang dingin.

Nota :  Guna tapai ubikayu yang manis dan lembut.


Tapai Ubikayu Burnt Cheese Cake




Tapai Ubikayu Burnt Cheese Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;