31 Jul 2016 0 comments

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap -

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk
1 gengam ikan bilis - goreng garing
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 ikat kangkung - potong
2 tangkai cili padi
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi dan sedikit ikan bilis hingga lumat.
Tumis hingga naik bau.  Masukkan nasi dan kangkung.  Gaul rata.
Masukkan ikan bilis goreng, gaul rata.  Perasakan dengan sedikit garam kerana ikan bilis sudah masin.

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap


Nasi Goreng Kampung Paling Sedap shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 Jul 2016 0 comments

Rojak Tauhu

Rojak Tauhu -

Rojak Tauhu
Sumber :  Atie Jumaat

Kuah Rojak
10 tangkai cili kering, kisar halus
1/2 cawan sos cili
2 inci belacan
1 cawan gula merah / gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan kicap pekat manis
1 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh garam

Penyediaan :  Campur semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut dan mendidih. Akhir sekali masukkan tepung jagung,  Kacau pekat dan likat.  Sejukkan.

Bahan-bahan Rojak
Tauhu - belah 2 dan goreng
Tauhu pok
Kangkung - di celur
Taugeh - di celur
Timun - di hiris halus
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk

Hidangan :  Masukkan potongan tauhu dan sayuran ke dalam pingan, tuangkan kuah rojak dan tabur dengan kacang tanah.  Sedia di nikmati.

Rojak Tauhu


Rojak Tauhu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Jul 2016 0 comments

Sotong Paprik Ala Thai

Sotong Paprik Ala Thai -

Sotong Paprik Ala Thai
Sumber :  CekNor MAHI

Bahan-bahan:
Sotong - cuci dan potong bulat
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - potong memanjang
2 batang serai - hiris menyerong
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah- hiris menyerong
5 tangkai kacang panjang - potong 1 in
1/2 Bunga kobis - potong
1 biji Tomato - belah 6
1/2 lobak merah - potong bulat / memanjang
5 batang putik jagung - hiris serong
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak.  Tumis bawang bawang putih dan cili padi.  Kacau sekejap
  2. Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing sedikit.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan atau sos sotong.
  4. Masukkan sotong, kacau sebentar.
  5. Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.
  6. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.  Biarkan mendidih.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Kacau dan biarkan masak.


Sotong Paprik Ala Thai


Sotong Paprik Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 Jul 2016 0 comments

Jus Kedondong Asam Boi

Jus Kedondong Asam Boi -

Jus Kedondong Asam Boi
Resipi :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

Penyediaan :
  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau). Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  2. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula.
  3. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi. Kacau dan biarkan sekejap. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  4. Sedap diminum sejuk.
Jus Kedondong Asam Boi


Jus Kedondong Asam Boi shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
26 Jul 2016 0 comments

Nasi Lemak

Nasi Lemak -

Nasi Lemak


Bahan-bahan
2 cawan beras - cuci bersih
2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
1 batang serai - di ketuk
3 hiris halia
1 sudu besar minyak masak / mentega

Satukan semua ke dalam periuk letrik, Kacau supaya rata dan biarkan masak.  Setelah masak gemburkan dengan garpu.  Keluarkan daun pandan, serai dan halia.
Jika menggunakan beras wangi sukatan santan di kurangkan sedikit.

Bahan Sambal Nasi Lemak
1 cawan ikan bilis
1/2 cawan kacang tanah
1 batang timun - hiris
3-4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai - ketuk
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar
50 tangkai cili kering - rebus, tos dan kisar halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2in belacan - di bakar

Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, goreng kacang tanah hingga garing.  Tos dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing.  Tos dan ketepikan.
  3. Dalam minyak yang sama, keluarkan sedikit jika minyak banyak.  Masukkan bahan kisar, serai dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan reneh hingga pecah minyak dan berkilat.
  5. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan garam.  Reneh dengan api kecil hingga pekat. Masukkan sedikit air dan reneh lagi hingga sambal masak.  Sambal semakin sedap jika di reneh lama di atas dapur.


Hidangan Nasi Lemak
Sambal
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur Rebus
Timun
Ayam Goreng

- Sambal Nasi Lemak boleh di gunakan untuk membuat lain-lain sambal seperti sambal sotong, kerang, udang, telur rebus atau ayam yang telah di goreng.

Ambil beberapa senduk sambal, panaskan semula dan tambah hirisan bawang besar.  Tumis sehingga udang, sotong, telur atau kerang sehingga masak.  Sesuaikan rasanya.

Untuk sambal ayam, hati atau paru, gaul dulu dengan sedikit garam kunyit dan goreng.   Ambil beberapa senduk sambal, tambah sos cili, sos tomato dan bawang besar.  Sesuaikan mengikut selera.

Nasi Lemak


Nasi Lemak shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
25 Jul 2016 0 comments

Smoothie Durian Belanda / Soursop Smoothie

Smoothie Durian Belanda / Soursop Smoothie -

Smoothie Durian Belanda / Soursop Smoothie

Bahan-bahan
1 cawan isi durian belanda
3 sudu besar sirap gula
1/2 cawan susu segar
2 scoop aiscream vanila
Ketulan ais

Satukan semua di dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.

Smoothie Durian Belanda / Soursop Smoothie


Smoothie Durian Belanda / Soursop Smoothie shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bee Hoon Putih / Singapore Bee Hoon

Bee Hoon Putih / Singapore Bee Hoon -

Bee Hoon Putih / Singapore Bee Hoon

Bahan-bahan
1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa hingga lembut)
Udang segar - di buang kulit
Fish cake - hiris
Isi ayam - hiris
Taugeh
Daun Kucai - potong
1/2 batang carrot - hiris halus memanjang
Cili segar - hiris nipis
Telur dadar - hiris nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka makan
garam dan lada sulah secukupnya
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup jika suka

Bahan Kisar / Tumbuk
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
6 sudu udang kering
2 sudu besar lada hitam

Penyediaan :
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, cuka, lada sulah, isi ayam, fish cake dan udang, bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bihun tadi.
  3. Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan carrot.  Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah.
  5. Masukkan ke dalam pingan, tabur dengan telur dadar, bawang goreng, cili hiris, hirisan daun bawang dan daun sup.


Bee Hoon Putih / Singapore Bee Hoon


Bee Hoon Putih / Singapore Bee Hoon shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Jul 2016 0 comments

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake -

Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake
Resipi :  Chef Noraini

Bahan Kek Sponge
125gm gula kaster
125gm tepung kek
15gm ovalette
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
40ml air daun pandan + pewarna hijau
75ml minyak masak

Bahan A (Kastad Pandan)
500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
180gm gula kastor
1 sudu besar serbuk agar-agar segera (instant jelly)

Bahan B
400ml santan pekat KARA
85gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
1/8 sudu teh garam halus

Loyang 9" Loose Base Tin

Hiasan : Whip cream (jika suka) dan kelapa kering

Cara Membuatnya :

  1. Satukan semua bahan kek kecuali minyak masak, pukul dengan speed perlahan hingga bergaul rata kemudian pukul dengan speed tinggi selama 6 minit hingga pekat dan bertanduk. Tukar ke speed sederhana dan masukkan minyak masak, putar hingga sebati.
  2. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan kek dahulu dan potong kepada 3 atau empat lapisan.
  4. Kastard Pandan : Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
  6. Sediakan Loyang bulat 9" loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di basahkan terlebih dahulu. 
  7. Tuang 2 senduk adunan kastard dan ratakan.  Kemudian masukkan satu lapisan kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang.
  8. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis lapisan kek.
  9. Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian bawahnya.
  10. Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
  11. Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan whip cream (dipukul dahulu) dan taburan kelapa kering.


Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake


Kek Lapis Kastard Pandan / Pandan Custard Layer Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Jul 2016 0 comments

Nasi Dagang Trengganu

Nasi Dagang Trengganu -

Nasi Dagang Trengganu
Sumber - Dyg Suhaini MAHI

Bahan-bahan
500gm beras nasi dagang
200gm beras biasa
300gm beras pulut
2 cawan santan cair
3 cawan santan pekat (masak sehingga mendidih)
2 sudu kecil garam
10 ulas bawang merah-dimayang
2 inci halia-dimayang
2 ulas bawag putih-dimayang
Sesudu besar halba-rendam

Cara-cara:
Campur semua beras, cuci bersih dan rendam 4 jam.  Jika menggunakan beras pulut Kelantan rendam semalaman.

Panaskan kukusan dan kukus sehingga separuh masak lebih kurang 20 minit.

Keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain.  Gaul sebati bersama santan cair.
Masukkan kembali kedalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan pekat, garam, halia, bawang hiris dan halba, gaul sebati. Siap.

*kalau tiada beras nasi dagang, memadai mengguna campuran beras biasa dan beras pulut sahaja (300g pulut + 700g beras biasa)
* atau 1kg beras pulut Kelantan (di rendam semalaman)

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan
1 1/2 kg ikan tongkol -direbus dengan asam keping, garam dan 1/2 keping gula melaka
1 kg santan segar
10 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan toskan)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
3 sudu rempah nasi dagang/rempah gulai cap ros (jika tiada guna serbuk kari ikan pun boleh)
1 keping gula melaka
Asam keping
Sedikit kerisik jika suka
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Cili api hijau utk hiasan

Cara-cara:
Kisar cili kering,bawang, halia, lengkuas dan kunyit hingga halus.
Masak santan hingga pecah minyak.  Masukkan bahan kisar bersama air secukupnya.
Bancuh rempah dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama gula melaka dan kerisik.
Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi.  Apabila hampir diangkat masukkan cili api hijau sebagai hiasan.

Cadangan Hidangan
Acar Mentah
Telur Rebus

Acar Mentah
1 batang timun
1/2 batang carrot
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 hiris nenas jika suka
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar cuka

Semua sayuran di potong memanjang, gaul bersama gula, garam dan cuka hingga bergaul rata.

Nasi Dagang Trengganu


Nasi Dagang Trengganu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Jul 2016 0 comments

Talam Pisang Ubikayu

Talam Pisang Ubikayu -

Talam Pisang Ubikayu
Sumber :  Mingguan Wanita

Bahan-bahan
1400gm parutan ubi kayu kuning
200ml santan pekat / santan kotak
600ml air
500gm gula pasir
3 biji pisang berangan - di lecek
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit pewarna ungu

Loyang 8x8in atau 9x9in di alas plastik tahan panas.

Penyediaan :
  1. Satukan parutan ubikayu, santan pekat, air dan gula.  Gaul rata.
  2. Asingkan 2 cawan adunan dan diberi pewarna ungu dan di gaul dengan pisang lecek hingga rata.
  3. Baki adunan di beri pewarna kuning dan di bahagi kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  4. Panaskan pengukus, ratakan satu bahagian adunan kuning dan kukus selama 15minit atau hingga masak.
  5. Keluarkan loyang dari pengukus, ratakan adunan unggu dan kukus selama 15minit hingga masak.
  6. Akhir sekali, ratakan baki adunan kuning, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25-30minit hingga masak.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik.


Talam Pisang Ubikayu


Talam Pisang Ubikayu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Jul 2016 0 comments

Teh Hijau Thai Latte / Thai Green Tea Latte

Teh Hijau Thai Latte / Thai Green Tea Latte -

Teh Hijau Thai Latte / Thai Green Tea Latte

Bahan-bahan
2 sudu besar teh hijau Thai
2 cawan air panas
6 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan susu sejat
Ketulan ais
Whip cream
Serbuk teh hijau - optional

Teh Hijau Thai

Penyediaan :
Bancuh teh hijau dengan ais panas.  Tapis
Bancuh susu sejat dan susu pekat manis, kacau rata.
Masukkan bancuhan susu ke dalam gelas tinggi di ikuti ketulan ais.
Kemudian tuang bancuhan teh hijau
Picit whip cream di atasnya dan tabur serbuk teh hijau.

Teh Hijau Thai Latte / Thai Green Tea Latte


Teh Hijau Thai Latte / Thai Green Tea Latte shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Jul 2016 0 comments

Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup

Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup -

Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup

Bahan-bahan
1 tub tauhu jepun - potong
2 ulas bawang putih cincang
2 ulas bawang merah - mayang
2 hiris halia - potong lidi
100gm isi ayam - cincang halus
2 kelobak bok choy (kobis cina)
Bunga Lily Kering
50gm Suhun
50gm fucuk
5 cendawan hitam kering
1/2 sudu besar stok ayam atau 1/2 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup - hiris
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan :

  1. Rendam Suhun, Fucuk dan Cendawan hitam dalam air panas hingga kembang, Toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.  Goreng bawang putih dan bawang merah hingga perang, Masukkan halia dan isi ayam.  Masak hingga ayam berubah warna.
  3. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan, kobis cina, bunga lili, suhun dan fucuk.
  5. Perasakan dengan stok ayam dan serbuk lada sulah.
  6. Masak sebentar sehingga semuanya lembut.
  7. Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur daun sup dan daun bawang hiris.

Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup


Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Jul 2016 0 comments

Air Lai Chee Kang

Air Lai Chee Kang -

Air Lai Chee Kang

Bahan-bahan
2 liter air
3 helai daun pandan - simpul
4 sudu besar barli
1 biji buah Lo Han Ko - ketuk sikit
Biji Teratai
Halwa kundur kering
Longan kering
Kurma merah
Cendawan putih
Kembang semangkuk - rendam air panas dan tos
Kismis
Kacang
Biji selasih - rendam, toskan
Gula batu perang dan gula pasir

Penyediaan :
Rebus air, daun pandan, barli, longan, biji teratai dan cendawan putih hingga empuk.
Masukkan kundur, kurma merah, kembang semangkuk, lo han ko dan kismis.
Masukkan gula dan rasakan manis sesuai selera.
Enak di hidang panas atau dingin
Untuk hidangan dingin, tambahkan ais, selasih, kacang atau cincau.

Air Lai Chee Kang


Air Lai Chee Kang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Jul 2016 0 comments

Sup Ekor Thai

Sup Ekor Thai -

Sup Ekor Thai

Bahan-bahan
500gm ekor lembu / tulang
1 labu bawang besar - belah 2
1/2 in halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
4 ulas bawang putih - cincang halus
3 ulas bawang merah - mayang
2 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 tangkai cili padi - ketuk
2 biji Limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar sos ikan
1 biji Tomato - belah 4
Saderi - hiris
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup

Penyediaan :
  1. Cuci ekor lembu, masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air hingga tenggelam.  Masak hingga mendidih.
  2. Tutup api, buang semua air rebusan untuk mengeluarkan lemak dan kotoran.  Cuci semula ekor lembu dan masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga.  Rebus hingga ekor empuk lebih kurang 1 jam dengan periuk tekanan.
  4. Tutup api dan keluarkan semua bawang besar dan rempah ratus.
  5. Dalam kuali kecil, goreng bawang putih, bawang merah hingga keperangan.  Masukkan daun limau purut dan cili padi.
  6. Kemudian tuang ke dalam air rebusan sup.  Biarkan mendidih seketika.
  7. Masukkan sos ikan, garam dan jus limau nipis.  Rasakan masam dan pedasnya.
  8. Untuk menghidang, masukkan hirisan tomato, saderi, bawang goreng, hirisan limau nipis, daun bawang, daun sup dan cili padi hiris jika suka pedas.

   
Sup Ekor Thai


Sup Ekor Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Jul 2016 0 comments

Kek Lapis Keju Prune

Kek Lapis Keju Prune -

Kek Lapis Keju Prune
Sumber :  Syapex Kitchen / Coretan dari Dapur

Bahan-bahan
400gm mentega
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100ml air ais
280gm gula kaster
250gm tepung Hongkong / Topflour
2 sudu kecil ovalette
250gm krim keju
5 sudu makan susu pekat
Buah Prune secukupnya
Pewarna yang di sukai

Loyang :  8x8x3in - gris dasar dan alas kertas minyak
Olesan :  2 sudu besar mentega + 1 sudu besar susu pekat

Penyediaan :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air ais hingga habis.  Ketepikan.
  3. Dalam bekas berasingan, pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.  Kemudian masukkan krim cheese, pukul sebati dan licin jangan overbeat.
  4. Satukan kedua-dua adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.  Satu adunan asal dan satu lagi di beri pewarna yang di sukai.
  6. Sudukan 6 sudu besar adunan berwarna, ratakan.  Bakar api atas dan bawah pada suhu 175C selama 8-10 minit sehingga lapisan kering, tak perlu terlalu perang.  Keluarkan dan tekan kek dengan perlahan menggunakan penekan kek lapis. Cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan bahan olesan.
  7. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, bakar menggunakan api atas saja.  Sudukan 6 sudu besar adunan asal, ratakan dan tabur buah prune. Bakar selama 8-10 minit.  Angkat, tekan, oles dan cucuk dengan garfu setiap kali melapis.
  8. Ulangi langkah 6 dan7 adunan berwarna dan asal hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 15-20 minit supaya kek masak sepenuhnya.


Kek Lapis Keju Prune


Kek Lapis Keju Prune shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Jul 2016 0 comments

Kek Lapis Keju Lemon

Kek Lapis Keju Lemon -

Kek Lapis Keju Lemon

Bahan-bahan
500gm mentega
250gm cream cheese
240gm gula halus
270gm tepung Hongkong
50gm horlicks
10 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
2 sudu kecil ovalet
pewarna biru atau yang di sukai
1/2 sudu besar lemon emulco
1 sudu kecil esen vanila
Manik gula berwarna

Loyang 8x8in di alas dan di gris dasarnya

Penyediaan :
  1. Pukul mentega, cream cheese, gula dan ovalet bersama hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga habis.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis, tepung hongkong dan horlick. Gaul sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, Satu bahagian dibiarkan warna asal dan dimasukkan lemon emulco, bahagikan kepada 2, untuk lapisan atas dan bawah.
  4. Satu bahagian diberi pewarna biru atau warna pilihan dan esen vanilla.
  5. Ratakan adunan warna asal di dalam loyang sebanyak 6 sudu makan, bakar dengan api atas dan bawah.  Kemudian cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan kek lapis.
  6. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, tukar api atas saja dan ulangi sehingga 4 lapisan.
  7. Kemudian ratakan 6 sudu makan adunan biru dan tabur dengan manik gula berwarna.  Cucuk dan tekan dengan penekan kek lapis.  Ulangi membakar lapisan biru sehingga habis.
  8. Akhir sekali, ratakan 4 lapisan warna asal dan bakar hingga habis.
  9. Lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, bakar dengan api atas dan bawah selama 15minit supaya kek masak dengan sempurna.


Kek Lapis Keju Lemon


Kek Lapis Keju Lemon shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Jul 2016 0 comments

Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies

Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies -
Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies

Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies

Bahan-bahan
260gm mentega
120gm gula aising
320gm tepung cap rose
20gm tepung kastard
80gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
50gm serbuk badam - di sangai dahulu

Hiasan :  Coklat Masakan Cair dan manik gula
Kuning telur untuk sapuan

Penyediaan :

  1. Putar mentega, gula aising dan pewarna hingga berkrim.
  2. Masukkan kesemua tepung, serbuk badam dan serbuk penaik.  Uli hingga menjadi doh.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.  Canai dan terap menggunakan penerap aiscream.
  4. Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di celup coklat masakan cair dan di tabur manik gula sebagai hiasan.

Biskut Ais Cream Ice Cream Cookies

Biskut Ais Cream Ice Cream Cookies


Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;