29 Sept 2016 0 comments

Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas -

Nasi Hujan Panas
Sumber :  FB Atie Jumaat

Bahan-bahan
3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
1 tin kecil minyak sapi
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Pewarna hijau / merah / kuning
2 helai daun pandan (simpul)
1 pokok ketumbar
3 cawan air (guna cawan beras)

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Menyediakan
  1. Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar.  Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa.  Biarkan mendidih.  Tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak.
  4. Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang.
  5. Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang.  Tutup periuk nasi biarkan selama 30 minit.
  6. Selepas itu kacau nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya ketiga2 pewarna bercampur dan berwarna warni.


Cadangan Hidangan :  Acar timun, Ayam masak merah, Kurma atau kerutup daging atau ayam.

Nasi Hujan Panas


Nasi Hujan Panas shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken -

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Bahan-bahan
500gm dada ayam
2 sudu besar daun ketumbar cincang
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu teh serbuk lada putih / hitam
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam

Daun pandan untuk membungkus
Minyak untuk mengoreng

Penyediaan :
Potong ayam saiz makan.

Kemudian perap bersama bahan-bahan di atas selama 2-3 jam.

Kemudian balut dengan daun pandan berbentuk kon.  Gunting bahagian atas daun pandan.

Susun di dalam pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Angkat dan toskan di atas tissu dapur.
Goreng terendam sehingga isi ayam keperangan.

Hidang bersama sos cili Thai.

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken


Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 Sept 2016 0 comments

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake -

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Bahan-bahan
250 gm sponge mix
4 biji telur B
60 gm air
75 gm minyak

Loyang 8in di alas kertas minyak

Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata.
Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit.
Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan.

Sirap Laici
1 tin Laici, asingkan sirap dan buah
2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan
1 sudu besar gula

Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu.

Laici Whipping Cream
400 gm non dairy whipping cream
1 sudu besar sirap laici
1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka

Satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan.

Hiasan :  Buah Laici (keringkan di atas tisu dapur), Buah Strawberry

Penyediaan Kek
Sapu satu lapisan kek dengan sirap laici.  Picit whipping cream dan atur dengan buah laici yang di siat kasar dan hirisan buah strawberry.  Tutup dengan satu lagi lapisan kek dan ulangi lapisan hingga habis.
Tutup kek dengan lebihan whipping cream dan hias dengan buah laici dan strawberry.

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake




Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Sept 2016 0 comments

Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Cucur Pisang / Cekodok Pisang -

Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
10 biji pisang emas atau berangan
1/2 sudu teh soda bicarbonat
3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati.  Rehatkan 30 minit.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas.
Jangan di goreng terlalu banyak sekaligus kerana cucur akan kembang.
Goreng hingga keperangan.

Cucur Pisang / Cekodok Pisang


Cucur Pisang / Cekodok Pisang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Sept 2016 0 comments

Ubikayu Goreng Merekah

Ubikayu Goreng Merekah -

Ubikayu Goreng Merekah

Bahan-bahan
1/2kg ubikayu kuning - potong 1 1/2in
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 sudu teh biji ketumbar - jika suka
Air ais secukupnya untuk merendam
Minyak untuk mengoreng

Penyediaan :
Rebus ubikayu dengan biji ketumbar dan bawang putih hingga separuh masak, tapi jangan sampai lembik.
Kemudian rendam di dalam air ais hingga merekah.  Keluarkan bawang dan biji ketumbar.
Toskan dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

Ubikayu goreng merekah juga boleh di hidang bersama parutan keju atau di makan begitu saja. Bahagian kulit luarnya rangup dan isinya sangat lunak dan lembut.  Perisa dari bawang putih dan ketumbar menambahkan kelazatan resipi ubikayu goreng yang ringkas ini.

Ubikayu Goreng Merekah



Ubikayu Goreng Merekah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Sept 2016 0 comments

Kuih Koci Kelantan

Kuih Koci Kelantan -

Kuih Koci Kelantan

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan, masak hingga mendidih, sejukkan
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak untuk sapuan
pewarna yang di sukai
Daun pisang dilayur, potong 3 x 2 in untuk membungkus

Inti Kacang Hijau
1 cawan kacang hijau
2 keping gula thai (100gm)
3 sudu besar air
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut

Cara-cara :
  1. Rendam kacang hijau selama 2 jam atau lebih hingga kembang.  Kemudian rebus hingga empuk.
  2. Lenyek sedikit ketika masih panas.
  3. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau, gaul rata.  Apabila hampir kering masukkan tepung pulut gaul hingga bergentel.  Masak hingga kering.  Sejukkan inti dan buat bulat-bulat.  
  4. Untuk doh, uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut.   Bahagikan doh dan beri pewana yang disukai kemudian uli hingga sebati.
  5. Lumur tangan dengan minyak, ambil doh sebesar ibu jari (10gm) kemudian isikan inti kacang didalamnya. Tutup doh dan bentukkan bulat kecil sapu minyak masak ke atasnya.
  6. Bungkus rapi dengan daun pisang.
  7. Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8 - 10 minit.

Tips :
*** Doh mestilah liat tetapi boleh di bentuk, doh lembut akan menjadikan kuih kembang.
*** Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh menjadi kering.  Jika kering dan merekah masukkan sedikit air saja dan uli semula.
*** Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.

Kuih Koci Kelantan


Kuih Koci Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Sept 2016 0 comments

Cek Mek Keledek Oren

Cek Mek Keledek Oren -

Cek Mek Keledek Oren

Bahan-bahan
2 cawan isi ubi keledek di rebus dan dilecek ketika panas
1/3 cawan tepung gandum
Gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Ambil doh seberat 30gm, leperkan dan masukkan 1 sudu kecil gula pasir.
Tutup doh dan bentukkan bujur.
Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.

Nota :  Isi keledek oren biasanya sangat lembut dan berair berbanding isi keledek ungu.  Jadi tidak perlu di masukkan air ketika mengadunnya.

Cek Mek Keledek Oren


Cek Mek Keledek Oren shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
16 Sept 2016 0 comments

Ondeh-Ondeh Keledek Ungu

Ondeh-Ondeh Keledek Ungu -

Ondeh-Ondeh Keledek Ungu

Bahan-bahan
1 cawan isi keledek ungu (150gm)
1 1/2 cawan tepung pulut (150gm)
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka - potong kiub kecil
Kelapa parut muda - Kukus sebentar + garam

Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara :
  1. Cuci bersih keledek.  Rebus hingga empuk.  Toskan dan simpan 2 cawan air rebusan ubi untuk di gunakan kemudian.
  2. Lecek ubi ketika masih panas, Gaul bersama tepung pulut dan garam.
  3. Masukkan air rebusan ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di jari.
  4. Ambil doh sebesar ibujari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan.
  5. Masak air hingga mendidih, masukkan doh tadi dan rebus hingga doh terapung di permukaan air.
  6. Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa parut.


Ondeh-Ondeh Keledek Ungu


Ondeh-Ondeh Keledek Ungu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Cek Mek Keledek Ungu

Cek Mek Keledek Ungu -

Cek Mek Keledek Ungu

Bahan-bahan
2 cawan isi keledek ungu (300gm)
1/3 cawan tepung gandum (40gm)
1/4 sudu teh garam
Gula pasir secukupnya

Minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara-cara :
Cuci bersih keledek.  Rebus hingga empuk.  Toskan dan simpan air rebusan ubi untuk di gunakan kemudian.
Lecek ubi ketika masih panas.  Gaul bersama tepung dan garam.
Masukkan air rebusan ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di jari.
Ambil doh seberat (30gm), leperkan dan masukkan satu sudu kecil gula pasir.  Tutup doh dan bentukkan bujur.

Panaskan minyak dan goreng hingga permukaan perang.

Cek Mek Keledek Ungu


Cek Mek Keledek Ungu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 Sept 2016 0 comments

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah -

Ayam Masak Merah
Sumber :  FB Tahrunisah Jali

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili / sos tomato
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang besar potong bulat untuk hiasan

Penyediaan :

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, gaul garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis dengan cili kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
  3. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato.
  4. Masukkan gula dulu dan masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.  Tambah kacang peas jika suka.


Ayam Masak Merah


Ayam Masak Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Sept 2016 0 comments

Nasi Tomato

Nasi Tomato -

Nasi Tomato
Sumber :  FB Tahrunisah Jali

Bahan-bahan
2 cawan beras Basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia di hiris
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
1 batang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
Hiasan daun pudina dan bawang goreng

Rempah Kasar
1 batang kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang

Penyediaan :
Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.
Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar.
Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker bersama bahan tumis tadi serta air dan garam.  Kacau biar rata dan tanak seperti biasa.
Bila masak gemburkan dengan garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah.

** Sukatan air bergantung pada beras yang digunakan.  Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan.

Cadangan Hidangan
Ayam Masak Merah, Dalca Daging dan Acar Rampai

Nasi Tomato


Nasi Tomato shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
9 Sept 2016 0 comments

Asam Laksa yang sangat sedap

Asam Laksa yang sangat sedap -

Asam Laksa yang sangat sedap

Bahan-Bahan
1 kg laksa basah atau laksa kering direbus dahulu
1 kg ikan kembung atau sardin
2 liter air
4 keping asam gelugor
2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air
2 batang serai, di ketuk
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan, belah 2
Garam secukup rasa

Pes - Kisar Halus
6 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 in kunyit
6 ulas bawang merah
1 in belacan

Bahan-bahan Sampingan
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas,  dihiris
2 biji cili merah,  dihiris
1 biji timun, dihiris
1 labu bawang besar, hiris halus
1 bunga kantan, hiris halus
4-5 biji limau kasturi, belah 2
2,3 sudu besar petis udang

Penyediaan :
  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.  Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.

Asam Laksa yang sangat sedap


Asam Laksa yang sangat sedap shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Sept 2016 0 comments

Rojak Mee Kelantan

Rojak Mee Kelantan -

Rojak Mee Kelantan

Kuah Rojak
5 biji keledek oren
3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
2 sudu kecil garam
8 tangkai cili kering, rendam dan kisar
1 mangkuk air asam jawa

Penyediaan :
Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.  Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.

Bahan-bahan
1 kg mee kuning, cuci dan celur sebentar, toskan
2 keping tauhu - goreng, potong dadu
4 biji telur rebus - di belah 4
2 biji ubi kentang rebus, potong dadu
Taugeh, celur sebentar
Timun hiris halus
Daun salad - hiris halus
Cucur Udang - potong kecil**

Cucur Udang Keras**
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/2 cawan isi udang cincang
sedikit serbuk kunyit
1 ikat daun kucai atau daun bawang - potong
3/4 cawan air

Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
Goreng hingga keperangan.  Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.

Rojak Mee Kelantan


Rojak Mee Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Sept 2016 0 comments

Sagat Ubikayu

Sagat Ubikayu -

Sagat Ubikayu

Bahan-bahan
500 gm ubikayu, kupas dan cuci bersih
150gm gula melaka (3 keping), racik halus
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan - potong pendek
1/2 biji kelapa + sedikit garam, kukus sebentar

Penyediaan :

Ubikayu di sagat kasar, perah sedikit airnya, kemudian gaul dengan garam hingga rata.

Bahagikan kepada 2 bahagian ubikayu dan 2 bahagian gula melaka.
Panaskan pengukus, atur potongan daun pandan di dalam pengukus.

Tabur 1 bahagian parutan ubikayu hingga rata di atasnya di ikuti 1 bahagian hirisan gula melaka. di tabur rata.

Kemudian tabur atasnya baki ubikayu dan gula melaka, letak potongan daun pandan dan kukus selama 25-30 minit hingga masak.

Angkat dari pengukus dan aduk dengan garfu hingga bergaul rata.
Hidang dengan taburan parutan kelapa di atasnya.
Sagat Ubikayu


Sagat Ubikayu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
6 Sept 2016 0 comments

Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice

Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice -

Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan
1 ekor ayam jangan buang kulit, cuci bersih
1 periuk air (anggaran 6 liter) hingga tenggelam ayam
1 sudu besar stock ayam
1 ikat daun bawang - simpul
2 inci halia - ketuk
1 ikat daun ketumbar dengan akarnya
garam secukup rasa

Untuk perapan :  Minyak Bijan dan Kicap Cair

Penyediaan :
  1. Masak air hingga mendidih bersama bahan di atas.  Kemudian masukkan ayam . Masak anggaran 30 min dengan api sederhana. 
  2. Angkat ayam. Rendam dalam air berisi ais selama 15 min. Angkat, dan toskan.
  3. Kemudian sapu ayam dengan minyak bijan dan kicap soya cair.
  4. Air Rebusan Ayam di bahagi dua, satu bahagian di masuk ke dalam nasi dan satu bahagian di jadikan sup ayam.  Keluarkan bahan-bahan dalam air rebusan tadi.
Nasi Ayam
3 cawan beras, cuci dan toskan
5 1/4 cawan air rebusan ayam tadi
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
4 ulas bawang merah kecil - ketuk
4 helai daun pandan
sedikit lemak ayam - optional
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak

Penyediaan :
Panaskan minyak, marjerin dan lemak ayam.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras, kacau hingga sebati dan kekuningan dan airnya kering. Masukkan kedalam periuk nasi letrik bersama air rebusan ayam dan sedikit air.  Apabila masak gemburkan nasi tadi.

Untuk Sup
Air rebusan ayam tadi dididihkan, Masukkan 1 kuib ayam.
Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng ketika di  hidang.

Sos Cili
5 tangkai cili merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol Sos Cili Thai

Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.  Masak sebentar hingga gula laru.

Sos Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil gula

Satukan semua bahan, didihkan dalam periuk.

Pelengkap Hidangan :  Tomato, Daun Salad

Nasi Ayam Hainan


Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;