Showing posts with label shaed. Show all posts
Showing posts with label shaed. Show all posts
20 Aug 2015 0 comments

RESEPI AYAM MASAK MERAH

RESEPI AYAM MASAK MERAH - Bahan bahan: 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak ) 60 ml santan 250 ml air 3 biji tomato 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak utk menumis Kacang peas Bahan bahan untuk dikisar: 4 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 cm halia 15 tangkai cili kering - rebus sebentar Bahan bahan hirisan

RESEPI AYAM MASAK MERAH shared from shaed
Republish by The CC Resepi
19 Aug 2015 0 comments

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak -  Ikan Patin Masak Tempoyak Bahan-bahan:     1 ekor Ikan Patin     15 biji Cili Padi     1 inci Kunyit Hidup     2 sb Tempoyak     Daun kesom     2 keping Asam Keping     Bunga Kantan     Timun     Garam secukup rasa     Sedikit Gula  ( resepi ini mmg x guna bawang..) Cara-cara: Kisar cili padi, Kunyit, tempoyak dan air secukupnya Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, seterusnya

Ikan Patin Masak Tempoyak shared from shaed
Republish by The CC Resepi
10 Aug 2015 0 comments

Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan

Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan -

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, Isi satu plastik dengan bunga lawang, cengkeh dan kulit kayu manis. Gantung plastik tersebut di ruang makan



Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur

Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur -

Untuk mengelak telur ikan mudah hancur semasa memasak, Anda perlu basuh terlebih dahulu telur ikan. Kemudian rendam selama 10 minit dalam air kapur. Bilas dengan air bersih, rebus seketika sebelum dimasak. Telur tersebut akan lebih sukar untuk hancur




Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Petua Mengelak Nasi Mentah

Petua Mengelak Nasi Mentah -

Sekiranya nasi yang anda masak mentah, Masukkan air dalam cawan letak ditengah periuk tutup semula periuk macam biasa. Tindih periuk dengan sesuatu yang berat untuk menghalang wap keluar dengan cepat..

Insyaallah nasi anda xakan mentah lagi.. Cuba dulu baru tau!!!!



Petua Mengelak Nasi Mentah shared from shaed
Republish by The CC Resepi
12 Jul 2015 0 comments

Peluang MUDAH Menjana Side Income

Peluang MUDAH Menjana Side Income -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disini saya ingin memberi peluang kepada para peminat resepi untuk berkongsi resepi anda bersama pembaca lain. Yang seronoknya, setiap resepi yang anda kongsikan anda akan dibayar RM3.

Setiap resepi yang anda hantar akan sentiasa tertera nama anda.

Anda hanya perlu hantar resepi anda di laman http://www.resipicheff.com/hantar-resepi/. Setiap resepi yang disiarkan akan akan mendapat bayaran tersebut.

Beberapa kreteria yang perlu dipatuhi untuk menghantar resepi seperti berikut:-

i) Resepi tersebut bukan copy paste sepenuhnya dari mana2 laman web @ laman sosial.
ii) Anda hanya akan dibayar setelah menghantar resepi yang ke 5. Ini bermakna jumlah minima yang admin akan bayar adalah RM15. Tiada jumlah maksima resepi yang dihantar sehingga diberitahu kelak.
iii) Resepi yang dihantar tidak terlalu simple.

Setelah cukup 5 resepi yang dihantar, anda boleh email kepada admin resipicheff.com untuk menjelaskan pembayaran.

Untuk sebarang pertanyaan, anda bolehlah hubungi admin di admin@resipicheff.com

Peluang MUDAH Menjana Side Income shared from shaed
Republish by The CC Resepi
6 Jul 2015 0 comments

Resepi cara buat biskut mazola yang sedap

Resepi cara buat biskut mazola yang sedap -
 
 Biskut Mazola
Bahan-bahan:
  • 200g tepung gandum
  • 200g kacang tanah
  • 100g gula 
  • 1 botol kecil minyak mazola/secukupnya,
  • Kuning telur
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar peanut butter.
Cara-cara penyediaan biskut mazola
  1.  Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus. Gula dikisar halus.
  2. Gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar. Masukkan garam secukup rasa
  3. Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Lengserkan loyang dengan mentega.
  5. Tekap adunan mengikut citarasa dan susun didalam loyang.
  6. Sapukan kuning telur di atasnya. Letakkan kacang di atas adunan 
  7.  Bakar didalam oven hingga masak kekuningan.


Resepi cara buat biskut mazola yang sedap shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Daging Salai Masak Sos Hitam

Daging Salai Masak Sos Hitam -

 

 Daging Salai

Bahan-bahan:

  • 1/4 kg Daging salai
  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia*
  • 3 batang Serai bersaiz diketuk
  • 11/2 sudu Cili boh
  • 1 cawan Santan
  • 3 sudu Kicap Pekat
  • 5 sudu Madu
  • 1/4 cawan Air Asam Jawa
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menumis 

Cara-cara:

  1. Serai diketuk, Potong baji Bawang besar dipotong baji, hiriskan halia dan bawang putih. Nak blend pun bole
  2. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh tumis sehingga naik minyak.
  4. Masukkan santan, kicap pekat dan madu.
  5. Masukkan daging salai. Biarkan seketika. Masukkan air asam jawa
  6. Masukkan garam secukup rasa. Tutup Api...Siap!!!



Daging Salai Masak Sos Hitam shared from shaed
Republish by The CC Resepi
14 Jun 2015 0 comments

Roti lapis berdaging atau bread lasagna

Roti lapis berdaging atau bread lasagna -
 Ada roti yang dah nak expired? Jangan buang. Boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


Roti lapis berdaging atau bread lasagna shared from shaed
Republish by The CC Resepi
26 May 2015 0 comments

Biskut Badam Coklat Chips

Biskut Badam Coklat Chips -
Biskut Badam Coklat Chips
Bahan bahan:
  • 250g mentega
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60g kacang badam/walnut - dibakar sebentar
  • 40g badam/walnut
  • 250g coklat chips

Bahan Ayak:
  • 300g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 50g susu tepung

Cara cara:
  1. Pukul mentega, gula halus, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan telur kuning, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
  4. Campurkan badam dan cip coklat, kemudian imasukkan ke dalam adunan.
  5. Gaulkan rata.
  6. Bentukkan mengikut citarasa dan letakkan di atas dulang yang telah di lengserkan dengan mentega.
  7. Bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit


Biskut Badam Coklat Chips shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Kelapa

Resepi Biskut Kelapa -
 Biskut Kelapa
Bahan-Bahan:
  • 250g mentega
  • 80g tepung jagung diayak
  • 250g tepung naik sendiri diayak
  • 80g kelapa kering, kisar halus
  • 120g  gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • Kelapa kasar
  • Telur putih
  • Ceri merah @ coklat cair 

Cara cara:
  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur. Putar sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik.
  5. Biarkan doh seketika sekitar 15 minit.
  6. Terap mengikut acuan. Sapu bahagian atas dengan  putih telur dan taburkan dengan kelapa kering.
  7. Bakar di dalam oven  pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit @ sehingga masak.


Resepi Biskut Kelapa shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

BISKUT CREAM CHEESE

BISKUT CREAM CHEESE -
Bahan bahan:
  •  250g cream cheese
  • 500g butter
  • 350g tepung gandum
  • 200g gula halus
  • 500g tepung jagung
  • 50g tepung susu
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250g keju Cheddar diparut

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Pukul Butter dan gula hingga sebati.
  2.  Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul Lagi
  3. Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan  tepung( tepung jagung habis baru masukkan tepung gandum)
  4. Uli sebati. Terap dengan acuan ikut citarasa. Tabur keju yang telah diparut di atasnya
  5. Bakar sampai masak.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.


BISKUT CREAM CHEESE shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Gajus

Resepi Biskut Gajus -
 Biskut Gajus
Bahan-bahannya:-

  • 200 gram mentega
  • 100 gram gula icing
  • 1 biji telur
  • 5 gram esen vanilla
  • 50 gram tepung jagung
  • 100 gram tepung gandum
  • 5 gram garam
  • 10 gram gajus

Cara cara:-
  1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan  tepung gandum, tepung jagung dan garam.
  4. Uli  sebati dan bentukkan seperti gajus.Hiaskan dengan sebiji gajus diatas adunan.
  5. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
  6. Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.


Resepi Biskut Gajus shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Badam

Resepi Biskut Badam -
Bahan-bahan:
  •  200g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 200g mentega
  • 150g tepung jagung
  • 100g gula aising
  • 4 sudu badam kisar

Bahan Hiasan:
  • Kuning telur
  • Hirisan badam

Cara cara:
  1. Putarkan mentega bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan  tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Masukkan telur dan badam kisar
  3. Uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Terap bulat @ sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga masak.


Resepi Biskut Badam shared from shaed
Republish by The CC Resepi
7 Apr 2015 0 comments

AYAM GORENG BEREMPAH JINTAN

AYAM GORENG BEREMPAH JINTAN -



Bahan-bahan:


  • 5 ketul paha ayam

  • 120gm tepung beras

  • 2 sudu makan tepung gandum

  • 3 sudu makan tepung jagung

  • 2 biji telur ayam

  • 3 sudu makan rempah kari daging

  • 1 sudu teh jintan manis - dicincang kasar

  • 1/2 sudu teh bijan 1 cawan air

  • 1 sudu teh serbuk perasa

  • Garam secukup rasa

  • Minyak untuk menggoreng


Cara Memasak:


  1. Masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum dan serbuk kari ke dalam mangkuk. Kacau rata.

  2. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bijan, jintan manis, air, garam serta serbuk perasa secukupnya.

  3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Celupkan paha ayam di dalam bancuhan tepung hingga rata.

  4. Goreng paha ayam hingga garing.

  5. Sedia untuk dinikmati.






AYAM GORENG BEREMPAH JINTAN shared from shaed

Republish by The CC Resepi
13 Mar 2015 0 comments

FLOAT MANGGA

FLOAT MANGGA -

Cara nak buat pn mudah...x payah masak..cuma bekukan dalam frezeer...

ok saya bagi resepinya..



Bahan2nya..

1. 1 cawan UHT whipping cream

2. 1 cawan cream cheese (lembut pada suhu bilik)

3. 3/4 cawan susu pekat manis

4. 1/2 peket biskut cream cracker (1 peket besar separuh je guna)

5. 2 biji mangga (dipotong dadu)



Cara membuat adunan cream cheese

1. Putar whipping cream sampai kembang dan ketepikan

2. Putar cream cheese dan seterusnya masukkan susu pekat manis.Putar sehingga sebati.

3. Bila dah selesai masukkan whipping cream yang diputar tadi ke dalam adunan.

4. Lakukan proses kaup balik sehingga adunan tadi sebati..

ok...Sekarang adunan kita dah siap..sekarang proses nak masukkan dalam bekas.



1. Susun biskut cream cracker ke dalam loyang.( kalau uolls nak biskut sedikit lembik bolehlah direndam biskut tersebut dalam susu segar)

2. Masukkan adunan cream cheese yang dah siap td.

3. Atur hirisan buah mangga

4. Ulangi langkah 1-3 hingga habis..

5. Layer yang paling last mestilah adunan cream cheese

6. Tabur permukaan yang last dengan biskut cream cracker yang dihancur.

7. Dan last uolls bole tabur/hias dengan potongan mangga.

8. ok dah boleh bekukan di dalam frezeer.

9. Bila dah beku bolehlah dipotong dan NNGAP



FLOAT MANGGA shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Homemade punya pau

Homemade punya pau -



Bahan2nya


  • 2 1/2 cawan tepung pau (de jual kat mall)

  • 3/4 sudu teh yis (mauripan)

  • 1/2 sudu teh baking powder

  • 4 sudu besar gula kastor

  • 1 sudu besar lemak sayuran

  • 1 sudu teh bread softener

  • 1/2 cawan air suam


cara-cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan kecuali air suam.

2. Uli dan masukkan sedikit demi sedikit air suam.

3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.

4. Biarkan doh selama 10 minit.

5. Bulat doh kepada ketul2 kecik.

6. Leperkan dan letak inti.(saya letak inti kaya) dan tutup kemas.

7. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.

8. Selepas itu bolelah dikukus.





Homemade punya pau shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi kuih sagu

Resepi kuih sagu -

Arini kite tengok pulak resepi kuih sagu.

Best jugak petang2 makan kuih ni...TRy Buat SEndiri Je...REsePinya SEnang JEr..

JOm TGok Resepinya

Bahan2nya..

1. 2 cawan sagu

2. 5 cawan air

3. 1/2 cawan gula pasir

4. pewarna merah @ sirap pun bole..

5. daun pandan

6. kelapa parut

7. garam dan gula secukup rasa yang digaul pada kelapa parut


Cara-cara membuatnya.

1. Basuh sagu dan toskan

2. Masukkan air,gula, daun pandan dan pewarna.Biarkan sehingga air mendidih.

3. Masukkan sagu td.

4. Kacau sehingga pekat dan sagu menjadi jernih.

5. Angkat dan masukkan dalam loyang.

6. Biarkan dan sejukkan.

7. Bila dah keras sikit bolehlah dipotong.

8. Potongan sagu tadi di terbalikkan pada kelapa parut yang sudah digaul dengan gula dan garam.





Resepi kuih sagu shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

KERUTUP AYAM KELANTAN

KERUTUP AYAM KELANTAN -



Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka

    2 sudu besar rempah kerutup

    kerisik dari RM1 kelapa parut

    1/2 cawan santan pekat

    sedikit air asam jawa

    10-15 biji cili kering dikisar

    7 biji bawang merah dikisar

    2 biji bawang putih dikisar

    sedikit halia dikisar

    sedikit lengkuas dikisar

    5 batang serai dititik

    2 sudu besar ketumbar

    sedikit gula melaka/manisan rempah tumis secukupnya

    garam


Cara:

1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.

2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.

3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.

4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.

5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan ayam benar-benar empuk.





KERUTUP AYAM KELANTAN shared from shaed

Republish by The CC Resepi
12 Mar 2015 0 comments

resepi spaggeti yg mudah.

resepi spaggeti yg mudah. -



Bahan-bahan


  • 1/2 paket spaggeti

  • 1 paket kecil daging kisar ramly

  • 10 biji bebola daging ramly dibelah 3

  • 1 botol sos spaggeti jenama kimball

  • 4 sudu besar sos cili

  • 4 sudu besar sos tomato

  • 3 sudu besar kicap manis

  • 1 sudu besar serbuk oregano

  • 1 sudu besar serbuk lada hitam

  • 5 ulas bawang merah dicincang

  • 3 ulas bawang putih dicincang

  • 1/2 biji lobak merah dipotong dadu

  • 3 biji cili padi dihiris


Cara-carabnya


  1. Spaggeti direbus hingga empuk.Masukkan sedikit garam dan 2 sudu besar minyak masak dalam air rebusan.Bila telah empuk ,tos dan ketepikan

  2. Panaskan kuali,tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Kemudian masukkan daging kisar serta bebola daging dan kacau hingga daging kelihatan bertukar warna .

  3. Seterusnya masukkan sos spaggeti.Bila semua sos telah dituang, masukkan air dalam botol tersebut sebanyak sebotol setengah dan masukkan air ini kedalam kuali.

  4. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili,kicap,serbuk lada hitam dan serbuk oregano.Kacau sebentar dan masukkan lobak merah serta cili padi.Biarkan kuah mendidih hingga pecah minyak sambil dikacau sekali sekala.

  5. Bila kuah sudah nampak agak pekat perasakan dengan garam dan gula.Kacau 5 minit dan tutup api.







resepi spaggeti yg mudah. shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;