Showing posts with label Kakwan Citarasawan. Show all posts
Showing posts with label Kakwan Citarasawan. Show all posts
11 Jun 2017 0 comments

Biskut Pizza

Biskut Pizza - Biskut Pizza +Kakwan Citarasawan  : ResipiCitarasawan Bahan-bahan 125 gm mentega tawar10 gm shortening30 gm gula aising1/8 sudu teh garam60 gm parutan keju cheddar220 gm tepung gandum20 gm susu tepung1/8 sudu teh serbuk pizza atau serbuk bawang putih Hiasan Ceri Merah dan Hijau, PotongDaun Parsley KeringKepingan Keju Cheddar, potong kecilKuning telur untuk sapuan Penyediaan :

Biskut Pizza shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Jun 2017 1 comments

Soya Teh Hijau Yeo's

Soya Teh Hijau Yeo's -

Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan

Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Alhamdullilah..  di harap semua rakan-rakan menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Makanan dan minuman yang berkhasiat membantu menyihatkan badan sewaktu berpuasa.  Minuman Soya Teh Hijau Yeo's sangat berkhasiat gabungan susu soya dan teh hijau.  Susu soya kaya dengan protein yang membantu proses tumbesaran yang sihat.  Selain dari itu soya memberi tenaga setelah kehilangan sewaktu berpuasa.  Ia kaya dengan khasiat dan nutrien yang di perlukan oleh badan.  

Manakala teh hijau pula mempunyai khasiat melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan kolestrol.  Gabungan keduanya menjadikan minuman sangat berkhasiat ia sesuai di minum dingin atau panas.  Jom intai resipi minuman sihat ini.

Soya Teh Hijau Yeo's
dari +Kakwan Citarasawan

Bahan-bahan



Penyediaan :
Bancuh teh hijau dengan ais panas.  Tapis biarkan sejuk.
Sediakan gelas.  Masukkan 2 sudu kecil susu pekat manis.


Kemudian tuang susu soya hingga separuh gelas.
Tambah ketulan ais dan akhir sekali tuang teh hijau.
Kacau sebelum di minum.


Soya Teh Hijau Yeo's

Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeos’s Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!

Soya Teh Hijau Yeo's shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Jun 2017 0 comments

Biskut Coklat Butang

Biskut Coklat Butang -

Biskut Coklat Butang
Resipi : K1@Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 gm mentega
20 gm gula aising
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum
20 gm susu tepung

Coklat Butang secukupnya


Penyediaan :
  1. Kacau mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur, esen vanila dan sebatikan.
  2. Masukkan tepung dan susu tepung, gaul hingga sebati.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. Canai dan terap bentuk bulat, sapu kuning telur dan tekan coklat butang di tengahnya.
  5. Susun di atas dulang pembakar yang di gris, hias mengikut suka.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit.

Biskut Coklat Butang


Biskut Coklat Butang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Jun 2017 0 comments

Biskut Coklat Oren

Biskut Coklat Oren -

Biskut Coklat Oren

Bahan-bahan
250 gm mentega
200 gm gula aising
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm tepung ubikayu
30 gm serbuk koko
20 gm serbuk badam, sangai
2 sudu kecil oren emulco / sunkist emolco

Hiasan :  Orange Sanding Sugar

Penyediaan :
  1. Ayak tepung gandum, tepung ubikayu, tepung kastard dan serbuk koko.  Masukkan serbuk badam. Gaul rata.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur, oren emulco.  Putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang di ayak sediki demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan adunan selama 20 minit.
  5. Canai dan terap, susun di atas dulang pembakar yang di gris mentega.
  6. Tabur sanding sugar dan bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit.
  7. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Coklat Oren


Biskut Coklat Oren shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 Jun 2017 0 comments

Biskut Gajus

Biskut Gajus -

Biskut Gajus
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
250 gram mentega
120 gram gula aising, diayak
2 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum
60 gram gajus, disangai sekejap hingga wangi dan kisar halus
2 camca teh emplex (penggaring biskut)

Kuning telur, untuk sapuan
Gajus, untuk hiasan

Cara-cara :

  1. Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur, esen vanila dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk gajus dan uli menjadi doh yang lembut dan boleh di canai.
  4. Canai dan terap mengikut acuan kesukaan.  Susun di atas dulang pembakar yang digris marjerin.
  5. Sapu kuning telur, lekatkan gajus sebagai hiasan.  Sapu kuning telur pada gajus.
  6. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 170c selama 25 minit.
  7. Pusingkan kedudukan dulang supaya biskut masak sekata.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Gajus


Biskut Gajus shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Jun 2017 0 comments

Biskut Ferrero Rocher

Biskut Ferrero Rocher -

Biskut Ferrero Rocher

Bahan-bahan
250 gm mentega
80 gm gula icing
20 gm cornflakes kisar
350 gm tepung gandum
100 gm serbuk badam, sangai
40 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (peragup biskut)
1/2 sudu teh esen vanilla
Kacang Hazelnut - di panggang sebentar (jika suka)

Salutan
Almond nibs secukupnya
3 biji putih telur

Celupan
300 gm Coklat masakan
40 gm coco butter


Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula, hingga sebati.  Masukkan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, emplex, serbuk badam, tepung jagung dan cornflakes kisar.
  3. Uli sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan sebesar guli (10gm), masukkan kacang hazel di tengahnya dan bulatkan kembali.
  6. Atur di dalam dulang pembakar yang di lengser dgn marjerin.
  7. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit.
  8. Sejukkan biskut sebentar, kemudian celup biskut yang dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan dengan almond nibs.
  9. Bakar semula lebih kurang 5 minit. 
  10. Cairkan coklat masakan dan coco butter secara double boil.
  11. Menggunakan penyepit, celup biskut ke dalam coklat dan letak di dalam cawan kertas.
  12. Biarkan coklat beku sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Note :  Cara kedua, doh yang di bulatkan di celup ke dalam putih telur dan di golek ke dalam almond nibs sebelum di bakar.

Biskut Ferrero Rocher


Biskut Ferrero Rocher shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Jun 2017 0 comments

Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies -

Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Bahan-bahan
250 gm mentega - dilembutkan
100 gm gula kaster
1/2 sudu kecil esen badam
260 gm tepung gandum
40 gm cornflakes kisar
1/2 cawan jem strawberry

Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 C.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen badam diikuti tepung dan cornflakes.
  3. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  4. Ambil sedikit doh dan gentel bulat (8 gm). Kemudian tekan sedikit dibahagian tengah dengan ibu jari atau belakang sudu metrik.
  5. Paip jem ditengahnya.
  6. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga sedikit keperangan. Sejukkan seketika sebelum di hias dengan gula aising.

Gula Aising - Drizzle
125 gm gula aising
1/4 sudu kecil esen badam
2 sudu kecil susu segar

Satukan gula aising, esen badam dan susu di dalam satu mangkuk.  Gaul sebati, jika pekat tambah sedikit susu lagi.  Masukkan ke dalam piping bag dan drizzle di atas biskut


Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies


Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
1 Jun 2017 0 comments

Tart Nenas Gulung

Tart Nenas Gulung -

Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan
250 gm mentega
50 gm gula aising
2 sudu besar minyak sapi QBB
350 gm tepung gandum

Jem nenas siap guna, gentel
Telur untuk sapuan

Penyediaan :
Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Rehatkan adunan selama 15 minit.
Masukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang.
Letak jem di hujung dan gulung rapi.
Sapu dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak.


Tart Nenas Gulung


Tart Nenas Gulung shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
31 May 2017 0 comments

Biskut Buah Berempah

Biskut Buah Berempah -

Biskut Buah Berempah

Bahan-bahan
100 gm mentega
90 gm marjerin
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
120 gm gula pasir
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh rempah kek lapis (Koepoe)
100 gm buahan kering campur (rendam sebentar, tos)
Kuning telur untuk sapuan

Penyediaan :
Pukuk mentega, marjerin dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati.
Masukkan esen vanila dan buahan kering.
Masukkan tepung dan uli sebati,
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.
Tekan sedikit dengan garfu dan sapu dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Biskut Buah Berempah


Biskut Buah Berempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 May 2017 0 comments

Kuih Tako Labu Marble

Kuih Tako Labu Marble -

Kuih Tako Labu Marble

Bahan A - Adunan Labu
300 gm isi labu kukus, lecek
100 gm tepung hunkwee
250 gm gula pasir
900 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan B - Adunan Santan
350 ml santan pekat
300 ml air (kisar dengan 5 helai pandan), tapis
50 gm tepung hunkwee
100 gm gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Loyang 8in, alas dengan plastik tahan haba


Penyediaan :
Satukan bahan A ke dalam pengisar, kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam periuk ketepikan.
Satukan bahan B dan kisar sebati.  Masukkan ke dalam periuk berasingan.
Masak kedua-dua adunan serentak di dalam periuk berasingan.
Masak dengan api kecil sehingga kedua2 adunan sederhana pekat dan berkilat.
Tuang adunan A berselang seli dengan adunan B hingga habis.
Guna chopstik untuk membuat corak marble.

Kuih Tako Labu Marble


Kuih Tako Labu Marble shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 May 2017 0 comments

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq -

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Bahan-bahan
100 gm ikan masin
3 sudu besar sambal pahang Enaq
1/2 labu bawang besar
4 biji cili padi - potong kecil
1 sudu kecil gula
1 sudu besar perahan jus limau nipis

Penyediaan :
Cuci dan goreng ikan masin cincang hingga garing.  Toskan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau.
Masukkan sambal pahang dan sedikit air.
Kacau rata, masukkan sedikit gula dan perahan jus limau.
Rasa masam, manis dan pedas.

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq


Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos -

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Bahan-bahan
1kg ayam sederhana, cuci bersih
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan yogurt
3 sudu besar sos peri-peri

Bahan Kisar
1/3 cawan minyak zaitun
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil serbuk paprika / serbuk cili
1 ikat daun ketumbar, potong

Daun Parsley / Oregano untuk taburan


Penyediaan :
Cucuk ayam dengan pisau di beberapa tempat supaya bahan perapan meresap.
Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar bersama minyak hingga halus.
Gaul bersama ayam, yogurt, garam, gula dan sos peri-peri.
Perap di dalam peti sejuk semalaman.
Tabur dengan daun parsley dan Panggang pada suhu 200C selama 45-50 minit.
Hidang bersama salad, kentang goreng, jagung bakar

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos


Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus -

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 biji telur A
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air

Minyak untuk menggoreng
Acuan Kuih Ros
Acuan kecil bulat atau melengkung untuk membentuk kuih

Penyediaan :
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Tapis.
Panaskan minyak, rendam acuan sehingga panas.   Adunan tidak akan melekat jika acuan tidak betul-betul panas.
Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tidak meleleh di acuan.
Kemudian celup ke dalam adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat.
Goncang ringan untuk mengeluarkan adunan berlebihan.
Rendam seketika di dalam minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar.

Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat.
Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sebagai dasar.

Apabila kuih telah mengeras, simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk Kuih Ros Coklat
Tambahkan 1 sudu serbuk coklat, kemudian tapis adunan dan masukkan 2 sudu besar bijan

Kuih Ros Coklat dan Bijan

Untuk kuih ros berwarna, tambahkan pewarna yang disukai.


Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus


Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 May 2017 0 comments

Pulut Nangka

Pulut Nangka -

Pulut Nangka

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
12 ulas nangka (keluarkan bijinya)

Kacang hijau tanpa kulit (sangai)
Kelapa parut muda

Penyediaan :
Cuci dan rendam beras selama 1 jam.
Kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan biarkan sejuk.
Masak santan, gula dan garam hingga gula larut.
Gaulkan bersama pulut hingga rata.
Kepal dan masukkan ke dalam nangka
Tabur kelapa parut dan kacang hijau
Hidang bersama sos santan.

Sos Santan
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.  Tuang ke atas pulut nangka.


Pulut Nangka


Pulut Nangka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 May 2017 0 comments

Nasi Ala Kak Wok

Nasi Ala Kak Wok -

Nasi Ala Kak Wok
Sumber :  FB Rozmaliza Omar

Bahan-bahan
Nasi putih dimasak dengan daun pandan


Gulai Ayam Ala Kak Wok
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 in  halia
1 1/2 in lengkuas
3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat
2 sudu besar rempah kerutub
Carrot - dipotong 2"
Kacang panjang - dipotong 2"
Kentang potong kiub
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan sederhana pekat
Garam dan gula nisan secukup rasa
1/2 kiub pati ayam

Penyediaan :
Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi.
Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk.
Masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
Masukkan carrot dan kacang panjang.
Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Ala Kak Wok
Ayam, cuci bersih, potong kecil
Bawang putih ditumbuk lumat
Garam dan 1/2 kiub pati ayam
2 in kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Penyediaan :
Lumur ayam dengan bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap
Goreng dalam minyak terendam sampai sederhana garing
Angkat dan toskan.

Sambal Belacan Ala Kak Wok
4 biji cili kering - direbus dahulu
6 tangkai cili padi atau ikut pedas
2 tangkai cili merah, buang biji
2 inci belacan, bakar
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
Air asam jawa

Sangai tanpa minyak, cili kering, cili padi, cili merah, bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kisar atau tumbuk bersama belacan hingga halus.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Nasi Ala Kak Wok


Nasi Ala Kak Wok shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
26 May 2017 0 comments

Apam Labu Soya Yeo's

Apam Labu Soya Yeo's -


Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan

Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Hari ini 27 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.  Antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih.  Apa kata kita amalkan berbuka dengan kuih muih yang lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo's. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dari membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya.

Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Yeo's yang berkhasiat dan menyihatkan kerana ia menggunakan ramuan dari buah labu dan susu soya menggantikan santan.  Amalkan cara hidup sihat sepanjang masa terutama di bulan Ramadan ini :D

Apam Labu Soya Yeo's

Bahan A
125 gm isi labu kukus
1 biji telur
60 gm gula pasir
100 ml susu soya Yeo's
30 ml minyak sayur
1/2 sudu kecil yis segera

Bahan B - Ayak
160 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
1 sudu teh baking powder


Penyediaan :
Panaskan pengukus, masukkan acuan lompang dan panaskan sebentar.
Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kisar hingga rata.  Tapis ke dalam jug kecil.
Tutup dengan plastik dan rehatkan adunan selama 15 minit.


Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang atau paper cup, tabur bijan jika suka.
Kukus dengan api yang besar selama 15 minit atau sehingga masak.


Apam Labu Soya Yeo's


Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo’s Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!


Apam Labu Soya Yeo's shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;