20 Sept 2016

Kuih Koci Kelantan

Kuih Koci Kelantan -

Kuih Koci Kelantan

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan, masak hingga mendidih, sejukkan
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak untuk sapuan
pewarna yang di sukai
Daun pisang dilayur, potong 3 x 2 in untuk membungkus

Inti Kacang Hijau
1 cawan kacang hijau
2 keping gula thai (100gm)
3 sudu besar air
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut

Cara-cara :
  1. Rendam kacang hijau selama 2 jam atau lebih hingga kembang.  Kemudian rebus hingga empuk.
  2. Lenyek sedikit ketika masih panas.
  3. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau, gaul rata.  Apabila hampir kering masukkan tepung pulut gaul hingga bergentel.  Masak hingga kering.  Sejukkan inti dan buat bulat-bulat.  
  4. Untuk doh, uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut.   Bahagikan doh dan beri pewana yang disukai kemudian uli hingga sebati.
  5. Lumur tangan dengan minyak, ambil doh sebesar ibu jari (10gm) kemudian isikan inti kacang didalamnya. Tutup doh dan bentukkan bulat kecil sapu minyak masak ke atasnya.
  6. Bungkus rapi dengan daun pisang.
  7. Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8 - 10 minit.

Tips :
*** Doh mestilah liat tetapi boleh di bentuk, doh lembut akan menjadikan kuih kembang.
*** Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh menjadi kering.  Jika kering dan merekah masukkan sedikit air saja dan uli semula.
*** Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.

Kuih Koci Kelantan


Kuih Koci Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;