13 Dec 2017 0 comments

Resipi Daging Masak Kurma

Resipi Daging Masak Kurma - Hye Assalamualaikum Apa khabar? Sihat ke semua? Diharapkan semua pembaca dan oengikut blog ini berada dalam keadaan sihat. Bukan sahaja sihat tetapi bahagia bersama insan tersayang. Orang kata kalau suami buncit maknanya dia bahagia dan isterinya pandai masak. Betol ke? Pada saya betul kot sebab kalau bini masak sedap...mesti makan banyak. Tu yang menjadikan buncit tu. Hahaha Kita dah selalu

Resipi Daging Masak Kurma shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
12 Dec 2017 0 comments

RESEPI LALA GORENG TOM YAM ALA THAI

RESEPI LALA GORENG TOM YAM ALA THAI - Hye Assalamualaikum Ada masa terluang ni apa kata kita berceloteh sikit jom. Daripada sebok mengumpat mengata orang sana sini lebih baik kita berceloteh pasal makanan ke resipi ke ada jugak faedahnya. Hari ni saya nak bagi resipi berkaitan seafood. Jom kita celoteh pasal seafood dulu ye. Mesti semua orang sukakan seafood kan. Walaupun harganya mahal tapi kita sanggup beli sebab sedap. Kalau gaji

RESEPI LALA GORENG TOM YAM ALA THAI shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
11 Dec 2017 0 comments

Swissroll Cinta Hati

Swissroll Cinta Hati -

Swissroll Cinta Hati

Bahan Adunan Hati
85 gm mentega
125 gm gula kaster
1 biji telur grade A
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
150 ml susu segar
pewarna merah

Loyang 6' x 6' di alas dan di gris
Acuan bentuk hati @ love

Cara-cara : 
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.  Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan telur dan putar hingga bergaul rata.  (scrapkan tepi mangkuk pengadun supaya adunan bergaul rata) putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak berselang seli dengan susu cair.  
  4. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga rata dan berkrim.
  5. Masukkan pewarna merah.  Gaul rata.
  6. Tuang ke dalam loyang ratakan dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 160C hingga masak.
  7. Sejukkan dahulu dan potong menggunakan cutter bentuk hati.  Ketepikan.

Adunan Swiss Roll

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
Pewarna merah
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris), Buat lakaran bentuk hati di atas kertas minyak.

Cara-cara :
  1. Putar Adunan A, kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  
  2. Dalam Mangkuk lain, putar bahan B hingga kembang dan bertanduk. 
  3. Kemudian kaup balikkan dengan adunan A hingga bergaul rata.
  4. Ketepikan 3 sudu besar adunan, gaul dengan pewarna merah.  Baki adunan biarkan warna asal.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan buat motif hati di atas lakaran kertas minyak dalam loyang.
  6. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit.  Angkat dan ketepikan.
  7. Tuang baki adunan ke atas motif hati,  ratakan dengan spatula. 
  8. Bakar pada suhu 170C di rak atas api atas bawah selama 10-15 minit.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.   
  10. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. 
  11. Keluarkan kertas alas bawahnya.  Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif  hati kemudian terbalikkan ke atas.  
  12. Sapu rata krim putar dan atur beberapa potongan hati di atasnya secara menyerong, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.  Bungkus dengan kemas.
  13. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Swissroll Cinta Hati


Swissroll Cinta Hati shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Dec 2017 0 comments

Cucur Spiral Spaghetti

Cucur Spiral Spaghetti -

Cucur Spiral Spaghetti

Bahan-bahan
100 gm spiral spaghetti San Remo
100 gm isi ayam cincang halus
2 crabstick - potong
50 gm sayur campur
2 biji telur
1/4 labu bawang besar  - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gandum
2 sudu besar tepung jagung

Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
Rebus spiral spaghetti hingga lembut.  Angkat, toskan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan isi ayam, crabstick, sayur campur, bawang hiris dan telur, gaul rata.
Perasakan dengan serbuk lada putih, serbuk pati ayam dan garam.
Akhir sekali masukkan kedua tepung sedikit demi sedikit hingga bersalut dengan spaghetti.
Menggunakan 2 sudu, bulatkan adunan dan goreng hingga keperangan.

Cucur Spiral Spaghetti


Cucur Spiral Spaghetti shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

HONEY GARLIC CHICKEN WINGS

HONEY GARLIC CHICKEN WINGS - Hye. Assalamualaikum. Rindunya nak menulis setelah berehat untuk beberapa hari. Rasa tak lengkap je hari hari saya bila tak dapat nak berceloteh dalam penulisan saya. Tangan pon asik gatal gatal je nak menulis. Takut jugak lama sangat berehat. Nanti pengikut pengikut setia saya ni lari. Tapi korang tak kan lari kan...betol tak? Korang apa khabar? Dah cuba ke semua resipi yang saya kongsikan?

HONEY GARLIC CHICKEN WINGS shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sosej Spaghetthi

Sosej Spaghetthi -

Sosej Spaghetthi

Bahan-bahan
8 ketul sosej mini
Spaghetti biasa atau angel hair secukupnya
2 sudu besar mentega atau minyak zaitun

Penyediaan :
Cucuk sosej dengan 5- 6 batang setiap satu.  Setelah selesai, rendam air sekejap.

Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sosej spaghetthi perlahan-lahan supaya tidak patah.
Masak sehingga spaghetti lembut.
Angkat dan toskan, rengis dengan minyak.
Hidang dengan sos spaghetti kegemaran.

Sos Tomato
1 tin kecil sos tomato Prego
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih cincang
1 biji tomato potong dadu
Daun Bay
Minyak Zaitun

Penyediaan :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga layu.
Tuang sos tomato Prego, sedikit air, daun bay dan tomato dadu.
Biar seketika, angkat dan hidang bersama spaghetti.


Sosej Spaghetthi


Sosej Spaghetthi shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;