8 Jul 2013

Petua Rahsia Segar di Bulan Puasa

Petua Rahsia Segar di Bulan Puasa -
Petua agar Badan Segar di Bulan Puasa Ramadhan. Petua ini bukan lagi Rahsia setelah didedahkan kepada umum oleh Sha-Myheart. Selain itu rujuk juga Panduan Kesihatan di Bulan Ramadhan. Bagaimana cara-cara menjadikan badan kita lebih segar di bulan puasa Ramadhan ini, apakah rahsianya.
 
Petua Rahsia Segar di Bulan Puasa

Petua Rahsia Segar di Bulan Puasa

Korang ambik limau nipis, limau purut, lemon atau apa sahaja jenis limau. Dah ada tu, potong limau tu. Ambik dan lumurkan ke muka, tangan, kaki. Boleh jugak lumurkan ke seluruh badan.


Petua Rahsia Segar di Bulan Puasa

Cara nak dapatkan jus limau yang banyak? Cari buah yang betul-betul masak. Kalau tak dapat buah masak, korang golek-golekkan buah tu kat papan pemotong. Buat beberapa kali. Pasti korang akan dapatkan juice yang banyak. Tapi jangan la ambik buah yang tak masak atau putik, memang tak akan dapat juice yang menyelerakan. Jangan lupa masukkan gula ya. Eh, bukan. Bukan nak minum ya tapi untuk dilumurkan pada tubuh badan.

Kalau korang nak kesan segar yang lebih sejuk, letak sekejap dalam peti sejuk juice yang dah diperah. Wah, segarnya. Tapi tak boleh sejuk sangat, rasa tak ori segar tu. Walau bagaimanapun, kalau korang tak perah buah tu, jangan letak dalam peti sejuk sebab akan mengurangkan juicy buah tersebut.

Boleh jugak korang letak dalam mikrowave sekejap dalam 15-20 saat. Ingat, korang nak dapatkan jus limau tu bukannya nak didihkannya.

Aku memang buat macam ni. Memang rasa segar je badan. Lagi-lagi lumurkan limau selepas mandi. Wah, segarnya. Bukan segar je, kulit akan rasa lebih halus. Ada orang kata akan pedih pada muka kalau lumurkan limau, pada aku ok jer tak rasa apa-apa pun.

0 comments:

Post a Comment

 
;