30 Aug 2015

Kek Lapis Durian

Kek Lapis Durian -

Kek Lapis Durian

Bahan A
350gm mentega
120gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen durian

Bahan B
120gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
200gm tepung Hong Kong
1 sudu teh baking powder

Bahan D - Pes Durian
200gm isi durian - kisar dgn 100ml susu cair

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen durian dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.  Kemudian masukkan bahan D (Pes durian), putar hingga rata dan sebati.   Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung dan baking powder dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.  Kaup balik dengan adunan putih telur hingga rata.
5.. Ambil 6 sudu besar adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.  Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi dan tekan dengan penekan kek lapis.
6. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
7. Kemudian ratakan 6 sudu besar adunan untuk lapisan kedua. Bakar dgn api atas sahaja hingga permukaan perang.
8.  Ulangi langkah melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
9. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula api atas dan bawah selama 15 minit lagi.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Kek Lapis Durian



Kek Lapis Durian shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;