15 Oct 2015

Sup Kambing Berempah Mamak Penang

Sup Kambing Berempah Mamak Penang -

Sup Kambing Berempah Mamak Penang
Sumber :  Balanbiar Wordpress.com

Penyediaan Broth - Air Rebusan Sup
1kg tulang kambing
3 liter air
1 batang carrot - potong kasar
1 batang celeri - potong kasar

Cara Penyediaan :
Cuci tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang bersama hirisan carrot dan celeri. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini terlebih dahulu.

Bahan Sup
500gm Daging kambing - di potong
4 biji bawang labu sederhana besar. kisar halus.
2 sudu besar pes halia dan bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
2 keping kulit kayu manis (2″).
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawang
1/2 sudu kecil garam masala - optional, kalau tiada tak apa).*
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.*
1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
3 pokok daun ketumbar atau daun sup.
2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa.

Boleh tambah jika suka
4 biji ubi kentang - potong 4
1 batang carrot - potong baji

Cara Penyediaan :
1.  Sangai bahan-bahan bertanda*  tanpa minyak serbuk jintan putih, ketumbar, garam masala dan serbuk lada sulah atau boleh juga menggunakan 150gm rempah kurma atau rempah sup Adabi.
2. Sediakan periuk, masukkan air rebusan tulang tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Masukan pes halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk yang disangai.
3. Masukkan bawang yang telah kisar dan daging kambing yang telah bersihkan.
4. Biarkan sup mendidih, Masukkan ubi kentang dan carrot, perlahankan api dapur dan reneh sehingga daging kambing masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5.  Masukkan sup ke dalam mangkuk, tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.  Hidang ketika masih panas bersama nasi atau roti bangali.
Sup Kambing Berempah Mamak Penang


Sup Kambing Berempah Mamak Penang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;