20 Aug 2018

Ayam Masak Merah Kelantan

Ayam Masak Merah Kelantan -

Ayam Masak Merah Kelantan

Bahan bahan
1 ekor ayam potong 12 bahagian
Serbuk Kunyit dan garam secukupnya
1/2 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 tin kecil tomato pes
2 biji tomato, belah 4
1/2 tin kacang peas, toskan airnya

Rempah Kasar
1 labu bawang holland, hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
5 batang serai di ketuk
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar
5 sudu besar cili kering yang di rebus dan di kisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu sedang bawang Holland

Penyediaan :
  1. Cuci ayam hingga bersih, toskan,
  2. Gaul garam dan kunyit, kemudian goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
  3. Tumis dahulu bawang besar hiris hingga layu,
  4. Kemudian masukkan serai dan rempah kasar,  tumis hingga naik bau,
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
  6. Masukkan gula dan tumis hingga pes berkilat.
  7. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato.
  8. Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Apabila mendidih, masukkan buah tomato.
  10. Akhir sekali masukkan ayam yang di goreng tadi, gaul hingga bersalut rata.
  11. Tambah kacang peas dan daun ketumbar jika suka.

Nota Ayam Enak dan Tahan Lama
Goreng ayam jangan terlalu garing kerana jus ayam akan keluar dan ayam menjadi keras dan tidak sedap.
Bawang besar yang di goreng dahulu akan menerbitkan rasa manis dan wangi.
Serai menambahkan haruman wangi pada bahan tumis.
Pastikan minyak menumis tidak terlalu sedikit dan bahan tumis di masak hingga pecah minyak. Pecah minyak indikasi bahawa bahan masak sempurna dan akan tahan lama.

Ayam Masak Merah Kelantan


Ayam Masak Merah Kelantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;