13 Oct 2016 0 comments

Hokkaido Cheese Tart

Hokkaido Cheese Tart -

Hokkaido Cheese Tart

Bahan Kulit Tart
100gm marjerin
30gm gula kaster
150gm tepung gandum
1/2 kuning telur atau 1 kuning telur grade C

Filing Keju
250 gm cream cheese
40 gm mentega tawar
1 sudu kecil esen vanila
120 gm yogurt plain atau dairy whipping cream
60 gm gula kaster
1 putih telur

1 kuning telur untuk sapuan
Menghasilkan 17 saiz medium

Penyediaan  Kulit Tart
Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.  Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling keju.

Penyediaan Filing Cheese
Satukan keju, mentega, yogurt dan gula ke dalam periuk.  Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.

Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila.  Kacau rata.

Masak semula di atas api kecil hingga meletup-letup dan pekat.
Tuang adunan keju ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.

Simpan di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
Keluar dari peti sejuk, kacau rata, masuk ke dalam piping bag picit ke dalam kulit tart.

Setelah selesai sapu kuning telur atasnya.

Bakar rak atas pada suhu 200C selama 8 minit hingga permukaan sedikit terbakar.

Hokkaido Cheese Tart


Hokkaido Cheese Tart shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Oct 2016 0 comments

Italian Tiramisu

Italian Tiramisu -

Italian Tiramisu

Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascorpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko



Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascorpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul.
  4. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya. 
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  9. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascorpone cheese.

Italian Tiramisu


Italian Tiramisu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Oct 2016 0 comments

Asam Gumpal / Sagumpal Trengganu

Asam Gumpal / Sagumpal Trengganu -

Asam Gumpal / Sagumpal Trengganu

Bahan Sagu
250gm sagu kecil di cuci dan di toskan (putih atau berwarna)
200ml air panas utk siram

Inti Kacang Hijau
250gm kacang hijau
200gm gula melaka di racik halus
50gm gula pasir
600ml air
1 sudu besar tepung gandum

Rendam kacang selama 2-3 jam hingga kembang
Kemudian masak bersama air hingga kembang, biarkan sehingga air hampir kering, masukkan gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.  Tabur dan gaul dengan tepung gandum untuk memekatkannya.  Masak hingga inti kering.  Angkat dan sejukkan, kemudian bulat2kan.

*** Lebihan inti boleh di simpan untuk membuat kuih yang menggunakan inti kacang.

Cara-cara :
  1. Cuci sagu dan toskan selama 1/2 jam.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga boleh dikepal.  Air panas tidak perlu di habiskan jika boleh dikepal.
  2. Masak air di dalam periuk besar hingga mendidih.  Ambil sagu sebesar bola ping pong, menggunakan plastik, leperkan dan masukkan inti kacang di tengahnya dan gumpalkan menjadi bebola sagu dan rebus dalam air mendidih hingga berbola menjadi jernih.  Angkat dengan sudip berlubang dan masukkan ke dalam periuk kuah.

Bahan Kuah
800ml santan
180gm gula pasir              
2 helai daun pandan                    
1 ulas bawah merah di mayang        
1 cm halia di hiris memanjang                          
1 sudu kecil halba
secubit garam
Air secukupnya untuk merebus bebola sagu

Masak santan bersama gula pasir, bawang merah, halia, halba dan daun pandan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bebola sagu ke dalamnya.
Sedia di hidangkan

*** Guna sarung tangan plastik utk mengelak sagu dari melekat ketika mengumpalnya.

Asam Gumpal / Sagumpal Trengganu


Asam Gumpal / Sagumpal Trengganu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich

Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich -

Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich

Bahan-bahan
2 keping roti sandwich
Peanut butter
Nutela
2 biji pisang berangan di hiris bulat
50gm gula pasir / gula perang
Mentega tanpa garam
1 keping keju - jika suka

Cara-cara :
Sekeping roti di sapu nutela, atur hirisan pisang dan sekeping keju jika suka.
Sekeping lagi roti di sapu peanut butter, atus hirisan pisang.
Setelah siap tindihkan kedua keping roti tadi, sapu mentega di atasnya dan tabur dengan gula pasir.
Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Panaskan non-stick pan dengan sedikit mentega, letak kepingan roti dan masak dengan api kecil dan balikkan hingga kedua belah roti keperangan.
Potong 2 dan sedia di hidangkan.

*** Untuk mendapat roti yang lebih ranggup, bakar selama 5-8 minit di dalam ketuhar.

Sandwich Pisang Peanut Butter  Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich


Sandwich Pisang Peanut Butter Elvis / Elvis Banana Peanut Butter Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Oct 2016 0 comments

Smoothie Pisang / Banana Smoothie

Smoothie Pisang / Banana Smoothie -

Smoothie Pisang / Banana Smoothie

Bahan-bahan
1 cawan susu sejuk
1 biji pisang berangan
1 sudu kecil gula perang - optional
Ketulan ais secukupnya

Penyediaan :  
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Tuang ke dalam gelas, sedia di hidangkan.



Smoothie Pisang / Banana Smoothie shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
9 Oct 2016 0 comments

Melon Soda Sangria

Melon Soda Sangria -

Melon Soda Sangria

Bahan-bahan
Tembikai, cantaloupe, honeydew
1 liter air soda sejuk
3 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
2 biji limau nipis - potong bulat
Daun pudina secukupnya
Kiub ais secukupnya

Penyediaan :
Scoop bulat-bulat kecil buah tembikai, cantaloupe dan honeydew.
Atur buah ke dalam bekas yang di alas plastik, jarakkan supaya tidak melekat apabila beku.
Bekukan sehingga keras.
Dalam jug besar, masukkan air soda, jus limau nipis dan madu, kacau rata.
Masukan ketulan beku buah tembikai, cantaloupe dan honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis.
Tambah kiub ais secukupnya.
Sedia di hidangkan.

Melon Soda Sangria


Melon Soda Sangria shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Oct 2016 0 comments

Cempedak Goreng Rangup

Cempedak Goreng Rangup -

Cempedak Goreng Rangup

Bahan-bahan
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Air secukupnya


Penyediaan :
Guna buah cempedak yang tidak terlalu masak supaya tidak menyerap minyak.
Satukan tepung beras, tepung gandum, marjerin, garam dan gula.
Ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit-sedikit dan ramas dengan tangan hingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Pastikan adunan bersalut rata dengan cempedak.
Panaskan minyak, celup cempedak ke dalam adunan dan goreng hingga masak.
Toskan sedia di makan rangup.

Cempedak Goreng Rangup


Cempedak Goreng Rangup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll

Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll -

Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll

Bahan-bahan
500gm isi ayam cincang
250gm isi udang cincang
1 biji telur A
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk 5 rempah (5 spice powder)
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 cawan daun bawang cincang
1/2 cawan cendawan hitam - cincang (black fungus)
1/2 cawan sengkuang cincang
2 sudu besar tepung jagung

10 keping Fucuk - rendam sebentar bila boleh di lentur, potong kepada 2 atau 3 bahagian.  Toskan di atas kain dapur.
(Jangan rendam terlalu lama)
Pelekat :  2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)

Penyediaan :
Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung.  Gaul hingga sebati.

Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1cm bahagian tepi untuk mengulung.
Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan.  Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.

Buat hingga habis.  Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Hidang bersama sos cili.

Fu Chuk boleh di hidang samada di kukus atau di goreng.

Fu Chuk Roll Kukus

Fu Chuk Roll Goreng

Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll


Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 Oct 2016 0 comments

Jus Alpukat / Avocado Juice

Jus Alpukat / Avocado Juice -

Jus Alpukat / Avocado Juice

Bahan-bahan
1 biji avocado masak ranum
1/2 cawan air mineral
2 cawan susu segar
3 sudu besar susu pekat
Ais secukupnya
Sirap Coklat Hershey's

Menghasilkan 2 gelas minuman

Penyediaan :
Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur.
Tuangkan ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.  Tambah sirap coklat jika suka.
Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.

Jus Alpukat / Avocado Juice


Jus Alpukat / Avocado Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Oct 2016 0 comments

Mee Udang

Mee Udang -

Mee Udang
Sumber :  FB Resipi Sedap

Bahan-bahan
2kg Mee Kuning
300 gm udang segar
1/2 cawan udang kering - disangai dan dikisar halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
250 gm kentang / keledek oren - direbus dan dilecek
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Minyak untuk menumis
2 batang serai - dititik
8 kuntum bunga lawang
1/2 keping gula melaka
Air secukupnya

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air

Bahan Sampingan
Tauge - dicelur
Sawi - dicelur
Bawang goreng
Telur rebus
Tahu - digoreng dan dipotong kiub
Cili merah - dihiris
Daun sup dan daun daun bawang - dipotong kecil
Isi udang
Fish cake - dicelur dan dihiris nipis
Limau kasturi

Cara Penyediaan Kuah 
  1. Udang dicelur hingga masak, angkat dan toskan. 
  2. Kupaskan kulit udang dan simpan isi dan kulitnya. Ambil kulit udang dan kisarkan bersama air rebusan udang hingga hancur. Tapis ke dalam bekas berasingan dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang dan serai yang telah dititik hingga harum.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing dan harum baunya.  Masukkan pula udang kering kisar dan tumis hingga sebati.
  6. Selepas itu masukkan rempah kari daging dan serbuk ketumbar, kacau rata. 
  7. Masukkan air tapisan kulit udang tadi dan air secukupnya. Kuantiti air adalah bergantung kepada kepekatan kuah.
  8. Bila mendidih masukkan kiub pati ikan bilis dan renehkan seketika hingga hancur. Kemudian masukkan kentang atau ubi yang dilecek, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  9. Masak hingga kuah pekat. Hidang bersama mee kuning, isi udang dan bahan sampinganya.

Mee Udang



Mee Udang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Daging Black Pepper Ala Thai

Daging Black Pepper Ala Thai -

Daging Black Pepper Thai

Bahan-bahan
500gm daging batang pinang, (dihiris dan digoreng separuh masak)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 labu bawang besar (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
2 ulas bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih, (di racik)
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar)
3 sudu besar cili boh atau cili kisar
3 sudu besar perahan limau nipis
Capsicum - potong
1 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Tumis cili boh, semua bahan yang telah dikisar, dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kicap dan perahan limau nipis serta daun limau, tumis sehingga sedikit kering, Masukkan sedikit air kemudian masukkan daging yang telah di goreng separuh masak.
  3. Kacau, masukkan potongan capsicum dan sedikit air lagi.
  4. Perasakan dengan garam, biarkan daging betul-betul masak.
  5. Sedia untuk dihidang.


Daging Black Pepper Ala Thai


Daging Black Pepper Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Oct 2016 0 comments

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice -

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice

Bahan
3 biji jambu batu pink (pink guava)
3 sudu besar sirap gula
1 cawan air mineral
1 sudu besar jus limau nipis
Ketulan ais secukupnya

Jambu Bandung / Pink Guava

Penyediaan :  
Kisar jambu menggunakan slow juicer.
Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis.
Tambah ais dan sedia di minum.

Jika menggunakan pengisar biasa, kisar jambu bersama air dan tapis.  Tambah ais dan sirap gula secukupnya.  Sedia di minum.

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice


Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 Sept 2016 0 comments

Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas -

Nasi Hujan Panas
Sumber :  FB Atie Jumaat

Bahan-bahan
3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
1 tin kecil minyak sapi
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Pewarna hijau / merah / kuning
2 helai daun pandan (simpul)
1 pokok ketumbar
3 cawan air (guna cawan beras)

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Menyediakan
  1. Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar.  Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa.  Biarkan mendidih.  Tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak.
  4. Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang.
  5. Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang.  Tutup periuk nasi biarkan selama 30 minit.
  6. Selepas itu kacau nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya ketiga2 pewarna bercampur dan berwarna warni.


Cadangan Hidangan :  Acar timun, Ayam masak merah, Kurma atau kerutup daging atau ayam.

Nasi Hujan Panas


Nasi Hujan Panas shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken -

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken

Bahan-bahan
500gm dada ayam
2 sudu besar daun ketumbar cincang
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu teh serbuk lada putih / hitam
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam

Daun pandan untuk membungkus
Minyak untuk mengoreng

Penyediaan :
Potong ayam saiz makan.

Kemudian perap bersama bahan-bahan di atas selama 2-3 jam.

Kemudian balut dengan daun pandan berbentuk kon.  Gunting bahagian atas daun pandan.

Susun di dalam pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Angkat dan toskan di atas tissu dapur.
Goreng terendam sehingga isi ayam keperangan.

Hidang bersama sos cili Thai.

Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken


Ayam Pandan Thai / Thai Pandan Chicken shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;