15 Nov 2017 0 comments

Resepi sup telur

Resepi sup telur - Hye Assalamualaikum Macam mana dengan resipi dari saya? Ada yang dah try buat? Menjadi ke tak menjadi? Hope resipi resipi saya dapat lah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang membaca dan mengikuti resipi saya. Tapi pada kebiasaannya, mereka yang mencari resipi ni ialah orang muda kan. Ilmu masih cetek. Bagi yang dah 5 ke 6 tahun jadi suri rumah tu dah tak perlu sangat resipi ni kan. Cuba

Resepi sup telur shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sotong Kukus Limau

Sotong Kukus Limau - Hye Assalamualaikum. Bertemu lagi kita untuk resipi seterusnya. Korang dah cuba belum semua resipi yang saya bagi? Menjadi ke tidak? Jangan lupa cuba ye. Ilmu yang ada ni kalau tak di praktikkan...nanti mudah lupa taw. Lagi pon senang senang je kan resipi nya. Saya pon jarang nak memasak hidangan yang susah susah tu. Bukannya apa...masa tak banyak sangat nk siapkan hidangan yang susah susah tu

Sotong Kukus Limau shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
7 Nov 2017 0 comments

Mee Udang Sg Dua

Mee Udang Sg Dua -

Mee Udang Sg Dua

Bahan-Bahan
1/2 kg udang laut
1 bungkus fish ball
1 bungkus mee kuning, celur
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
2 biji keledek oren, rebus hingga empuk, lenyek halus

Bahan Kisar Halus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut

Bahan Sampingan
Bawang goreng
Telur rebus, belah dua
2 ketul tauhu, goreng dan hiris nipis
Daun bawang, hiris
Cili merah, hiris
Sawi, potong dan celur
Limau nipis

Cara Penyediaan :
  1. Cuci udang, gunting janggut, belah belakang dan buang kotorannya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek lenyek diikuti air secukupnya imbangkan kepekatan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  5. Masukkan sos cili dan sos tomato.  Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan fish ball dan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang bersama mee dan bahan-bahan sampingan.


Mee Udang Sg Dua


Mee Udang Sg Dua shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam - Kerana satu hidangan... Ayat yang ringkas, tapi membawa sebuah maksud tersirat yang mampu menyentuh hati dan perasaan. Kadang kadang orang terlupa atau memandang remeh sesuatu perkara hanya kerana ianya disangka tidak penting. "Kerana satu hidangan"...inilah yang akan menjadi intisari untuk resipi kita kali ini. Pasti semua terpinga pinga dan pelik. Kenapa dengan ayat ini? Apa kaitan ayat ini

Asam Pedas Ayam shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
6 Nov 2017 0 comments

Puding Roti Pandan Gula Melaka

Puding Roti Pandan Gula Melaka -

Puding Roti Pandan Gula Melaka 

Bahan-bahan
8 keping roti
150 ml santan kotak KARA
250 ml air
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar pandan emulco

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Satukan santan, air, gula, telur, pandan emulco dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair.
Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan santan.
Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.

Sementara itu sediakan lapisan puding gula melaka.

Lapisan Atas Puding Gula Melaka
7 gm agar-agar serbuk
550 ml air
150 ml santan kotak KARA
150 gm gula melaka, racik halus
3 sudu besar tepung hunkwee
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula melaka, santan dan tepung hunkwee yang dilarutkan dengan sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.
Enak di makan dingin.

Nota :  Guna gula melaka yang gelap warnanya atau campuran gula melaka dan gula merah untuk mendapat warna puding yang lebih gelap.
Puding Roti Pandan Gula Melaka 


Puding Roti Pandan Gula Melaka shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam Pedas Ikan

Asam Pedas Ikan - Hye Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ni cuaca tidak menentu kan. Kadang kadang pagi cerah tapi petang hujan. Kadang kadang pagi hujan tapi petang cerah. Mungkin disebabkan musim tengkujuh kot. Pada mereka mereka yang ada anak kecil dan bersekolah tu, jaga kesihatan anak elok elok. Jangan bagi main hujan. Nanti demam sapa susah? Hahaha. Tidak pasal pasal ada yang minta resipi bubur ayam pulak

Asam Pedas Ikan shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
5 Nov 2017 0 comments

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding -

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Bahan-bahan
8 keping roti
400 ml susu segar / susu sejat
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
2 biji pisang emas - potong kecil

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
Loyang 10 in di isi air panas
Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair dan hirisan pisang.
Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
7 gm agar-agar serbuk
500 ml air
120 gm gula
200 ml susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
400 ml susu cair / susu sejat
100 ml air
50 gm gula pasir
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar tepung kastard
pewarna kuning jika suka

Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
Puding bertambah enak di makan bersama sos.
Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding


Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Sayur Campur

Resepi Sayur Campur - Hye Assalamualaikum. Diharapkan semua yang membaca berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Hari ini kita akan mempelajari satu resipi yang ringkas tetapi sungguh sedap untuk dimakan bersama nasi. Orang kata, untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita haruslah menjaga pemakanan kita. Apa yang kita makan itu haruslah dapat memberi zat zat serta vitamin vitamin

Resepi Sayur Campur shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis - Hye Assalamualaikum. Dah bosan ke baca celoteh saya yang agak panjang ni? Mesti tak kan. Terima kasih ye kepada semua yang masih minat untuk menggunakan resipi dari saya sambil dengar celoteh saya. Apa yang anda tengah baca ini semua nya lahir dari hati. Bukan lah paksaan untuk menyambungkan sel sel otak bagi menghasilkan beberapa perenggan. Jauh sekali sampai nak hantuk hantuk kepala kat dinding

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
3 Nov 2017 0 comments

Keledek Goreng Rangup

Keledek Goreng Rangup -

Keledek Goreng Rangup

Bahan-bahan
1/2 Kg Keledek - potong memanjang
(Rendam dengan sedikit garam) selama 1 jam, toskan

Tepung Goreng Rangup
250 gm tepung beras (Golden Coin) atau 3 Gajah
250 ml air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna

Salutan :  2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata dan sebati,  tidak terlalu pekat atau cair.
Toskan ubi, celup ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga ubi bersalut rata.  Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
Goreng hingga keperangan.
Rangup di makan panas-panas.

Keledek Goreng Rangup


Keledek Goreng Rangup shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak - MEE GORENG MAMAK. Assalamualaikum. Okay hari ni resipi kita ialah mee goreng. Tapi bukan mee goreng biasa, kita nak buat mee goreng mamak. Bukan apa, tadi sambil lepak lepak di kedai mamak, terpandang la seorang mamak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan makanan pelanggan dia. Ketang ketung ketang ketung bunyi kuali dengan sudip dia. Macam nk bocor kuali tu dia hentak. Dan hasilnya,

Mee Goreng Mamak shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
31 Oct 2017 0 comments

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap - Hye. Assalamualaikum. Sunyi je rumah sebab semua sedang sibuk jalankan tugas masing masing. Dan tugas suri rumah macam biasa lah, duduk termenung di rumah sambil tunggu isi rumah. Tapi bosan la asik duduk je. Nak masak...pagi tadi baru buat breakfast untuk diorang. Nak masak untuk diri sendiri...masih kenyang. Apa nak buat ye? Ting!!!. Idea dah datang. Disebabkan nak memasak tak boleh, perkara

Ayam Masak Kicap shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

AYAM MASAK BLACK PAPER

AYAM MASAK BLACK PAPER - Assalamualaikum. Hye semua. Now bulan berapa ye? Oktober kan? Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun. Tapi perkara yang sinonim dengan hujung tahun ni ialah cuaca kan. Biasanya, kalau hujung tahun ni, mesti akan lebih banyak hujan daripada hari yang cerah kan. Musim tengkujuh orang kata. So, kalau asik hujan mesti suasana jadi sejuk kan. Lagi lagi kalau hujan pagi

AYAM MASAK BLACK PAPER shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
 
;