1 Jun 2015

Tumis sos tiram sotong

Tumis sos tiram sotong -
Alhamdulillah sedap sotong katak dimasak tumsi sos tiram . Isi sotong katak ni sedikit keras dan liat so sotong ni elok dipotong kecil . Saya tak tambah air utk masak sotong ni tapi saya guna agak banyak minyak .


BAHAN-BAHAN:

1.5 kg sotong katak
1 biji cili capsicum merah
1biji cili capsicum hijau
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia cm halia
1 sudu besar sos cili Thai 
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cuka - jika perlu
Minyak masak yg banyak utk menumis

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut menjadi kecil kemudian sotong di gaul dgn sedikit garam. 

- Kupas semua kulit bawang merah , bawang putih dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua cili capsicum dan dipotong kecil .

-Panaskan 7 sudu besar minyak dan tumis semua bawang dan halia tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dan skacau semua bahan . Masukkan cili sos , sos tiram , kicap manis , sedikit cuka jika perlu sahaja dan kacau semua bahan . Masukkan semua cili capsicum dan di kacau rata semua bahan. Jika sotong nampak kering boleh ditambah lagi minyak masak . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah mesra sebati dengan sos boleh la ditutup api dapur .


Tumis sos tiram sotong shared from Nennie
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;