4 Apr 2016

Nasi Arab Mandy / Mandy Chicken Rice

Nasi Arab Mandy / Mandy Chicken Rice -

Nasi Arab Mandy / Mandy Chicken Rice
FB :  Tahrunisah Jali

Penyediaan Air Rebusan Ayam / Stok ayam untuk nasi

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran atau serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa atau 1 ketul kiub ayam
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat :
Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan-bahan diatas.  Kemudian angkat dan toskan ayam. 
Tapiskan air rebusan untuk memasak nasi.  Sejukkan terlebih dahulu.
Ayam yang direbus digunakan untuk buat ayam panggang.

Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:
3 cawan beras basmathi
4-5 cawan air rebusan / stok ayam (yang disediakan di atas)
Garam jika perlu sebab stok/rebusan ayam dah letak garam
Sedikit zaffran atau pewarna kuning

Bahan menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:
  1. Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min).
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan bahan tumis.  
  3. Goreng hingga naik bau / kekuningan.
  4. Pindahkan ke periuk nasi letrik, masukkan bahan tumis, stok ayam dan beras.
  5. Apabila masak masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.
  6. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.
HomeMade Rempah Kabsah - Untuk ayam panggang**

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) atau pelaga putih
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
Goreng tanpa minyak bahan-bahan di atas kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau dan angkat.  Kemudian kisar bahan hingga halus, kemudian tambahkan serbuk kunyit dan serbuk cili.
Simpan rempah didalam bekas kedap udara sehingga hendak digunakan.

Ayam Mandy Panggang

Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat resipi diatas)**
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam
Aluminium foil utk balut / bungkus

Cara membuat:
  1. Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dengan bahan perapan.
  2. Letakkan atas aluminium foil, balut kemas.
  3. Bakar dalam oven selama 1 jam pd suhu 180C untuk menghasilkan ayam yang lembut.
Sos Salata :
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon

Penyediaan:  Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.  Jangan terlalu hancur

Salad Arab :
2 biji tomato potong dadu
1 batang timun, buang pulur, potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - potong halus
2 tangkai cili hijau - potong halus
5 tangkai cili padi - potong halus
Jus dari sebiji lemon
1 sudu minyak zaitun
Garam dan gula secukupnya

Penyediaan :  Gaulkan semua bahan, perasakan secukupnya.  Sedia di hidang bersama nasi mandy.

.

Nasi Arab Mandy / Mandy Chicken Rice


Nasi Arab Mandy / Mandy Chicken Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;