4 Mar 2017

Nasi Ayam Penyet

Nasi Ayam Penyet -

Nasi Ayam Penyet 
Sumber :  Fauziyah Arifin@Intai Dapur

Bahan A
1/2 ekor ayam (Saiz besar)
2 helai daun bay
2 batang serai (diketuk lebam)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam

Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca teh lada putih
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar

Penyediaan :
Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan meruap.  Tutup periuk supaya ayam masak sempurna.
Proses merebus jangan terlalu lama kerana ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
Balikkan ayam dengan perlahan dan rebus hingga ayam masak sampai ketulang.
Angkat dan asingkan ayam dari air rebusan.

* Simpan air rebusan untuk merebus tempe, tauhu juga dalam bancuhan kremesan

Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
250 ml 'air rebusan ayam'. (Keluarkan serai dan Daun bay. Masukkan kesemua air rebusan. Tambahkan air jika terkurang)
1/2 sudu teh baking powder

Cara-Cara Menyediakan nya
Satukan kesemua bahan C dalam bekas yang lain dan sebatikan.
Panaskan minyak dalam kuali.  Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder ke dalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
Goreng jangan terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak, sekadar menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi.
Angkat dan toskan di atas tisu dapur.


Sambal Terasi Matang

Bahan A 
Minyak untuk menggoreng
3 biji cili merah
20 biji cili padi merah
12 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
2 inci belacan (sebesar 2 ibu jari)

Bahan B
1/2 keping Gula Melaka
Limau Kasturi
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A kecuali Tomato.
Apabila layu, masukkan tomato, goreng beberapa minit, angkat dan ditoskan.
Masukkan kedalam lesung, tumbuk bersama gula dan garam sehingga 3/4 hancur.
Perah jus limau dan gaul sebati.

* Kalau nak saperti yang dijual direstoren, sambal ini boleh diblend kasar dan dicampur sedikit air.
Saya memang sediakan sambal yang pekat.

Tempe dan Tauhu Goreng
2 keping tempe (setiap keping dipotong 6)
2 keping tauhu (setiap keping dipotong 4)
Baki Air rebusan ayam diatas

Celupan : Baki Adunan Tepung Goreng Ayam tadi

Cara-Cara Menyediakan nya
Rebus tempe dan tauhu selama 1/2 jam dengan api yang sederhana supaya rempah ratus meresap dengan sebati.
Angkat dan celup dalam bancuhan tepung gorengan.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Kremesan Ayam Penyet

Bahan-bahan
125 gram Tepung Sagu (JANGAN diganti dengan tepung Tropika atau Kanji)
2 sudu besar 'penuh' tepung beras  'Campuran' (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah untuk kuih-muih)
200 ml air + 100ml Santan Pekat (saya guna 280 air rebusan ayam + 20 ml santan pekat)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh Double Action Baking Powder (saya masukkan 1 sudu teh Baking Powder biasa)
2 ulas bawang putih (dicincang halus) * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
Kiub ayam * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
Satukan kesemua bahan (kecuali Baking Powder).  Aduk hingga rata.
Panaskan minyak. Aduk adunan baru masukan baking powder, kacau sehingga rata.
Apabila minyak telah panas,  Kepok adunan dengan telapak tangan.
Ambil adunan dengan tangan dan liraikan adunan dengan jari secara berputar di atas minyak.
* Jarak tangan dari atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses 'mengurai'
*Ulang 3-4 genggam untuk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak nanti ia akan melekat antara-satu sama lain.
 Adunan akan menyebar memenuhi kuali.   Biarkan sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2.
Jangan sekali-kali mengacau atau 'menguis' selagi belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tidak akan 'bersarang'.
Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dengan sekata.
Goreng sehingga warna keperangan.  Toskan dalam penapis yang berasalaskan kertas serap minyak.
Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk tahan lebih lama.
Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang sehingga habis adunan.

Nasi Ayam Penyet


Nasi Ayam Penyet shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;