22 Oct 2013

Tomyam ayam ori

Tomyam ayam ori -

Bahan-bahan ( 5 orang )



  • Ayam 1/2 ekor - potong kecil-kecil

  • Lengkuas - 1 inci

  • * Bawang besar - 2 biji

  • * Bawang putih - 1 labu

  • * Tomato - 3 biji

  • * Belacan - 1 inci

  • * Serai - 3 batang

  • * Cili boh - 2 sudu

  • Daun limau purut - 5 helai

  • Limau nipis - 2 biji

  • Minyak - 2 sudu



Cara-cara



  1. Rebus ayam yang telah dipotong kecil dengan lengkuas sampai masak

  2. Untuk pes tomyam - kisar semua bahan-bahan bertanda *

  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar tanpa minyak hingga masak - minyak naik

  4. Masukkan 2 sudu minyak selepas bahan dikisar masak

  5. Masukkan ayam yang telah direbus

  6. Tuangkan air rebusan ayam sikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diperlukan

  7. Masukkan daun limau purut

  8. Masukkan perahan air limau-bergantung pada tahap kemasaman yang anda mahukan

  9. Selesai






Tomyam ayam ori shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;