3 Feb 2018

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi -

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Bahan-bahan
1 3/4 cawan parutan ubikayu
1/4 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung ubikayu
1/2 sudu teh garam
1 cawan santan pekat (kotak)
1 sudu kecil serbuk vanila atau esen rose
Pewarna yang di sukai

Bahan Salutan / Taburan
Kelapa parut, kukus sebentar, gaul sedikit garam
Bijan putih - sangai
Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar

Piring atau pinggan kecil di oles sedikit minyak atau di lapik daun pisang

Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali pewarna.  gaul rata hingga sebati.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna yang di sukai.
Tuang setiap satu adunan ke dalam piring kecil dan ratakan.

Kukus selama 15 minit hingga masak.
Setelah sejuk, potong jalur memanjang menggunakan pisau plastik.
Jika jalur terlalu panjang, boleh di potong dua.
Golek di dalam kelapa parut.
Masukkan ke dalam pinggan, tabur dengan bijan dan kacang tanah jika suka.

Nota :
Untuk menghilangkan toksin pada ubikayu, selepas di buang kulit, cuci dan rendam semalaman di dalam peti sejuk.  Kemudian toskan sebelum di parut.

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;