22 Oct 2013 0 comments

Ayam masak tempoyak

Ayam masak tempoyak -

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam (cuci bersih)

4 ulas bawang merah (tumbuk)

2 ulas bawang putih (tumbuk)

sedikit kunyit hidup (tumbuk)

2 biji cili merah (tumbuk)

3 biji cili padi (tumbuk)

2 sb tempoyak



2 helai daun kunyit (siat2)

Cili merah (potong)

1 buah tomato (belah 4)

1 batang serai (ketuk)

1/2 biji nenas (potong kecil2)

Garam, perasa/gula

Minyak



Cara-Cara:

Gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk.Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan tumbuk.Tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air dan biarkan sekejap supaya hilang pijar bawang.

Masukkan ayam dan gaul bersama bahan tumis.Masukkan garam dan gula/perasa.Gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.

Tambah air hingga paras kuah yg diinginkan.Masukkan nenas, tomato, cili merah dan daun kunyit.Sesuaikan rasa.



Ayam masak tempoyak shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam goreng telur

Ayam goreng telur -

Bahan-bahan ( 3-4 orang )



  • 300g isi ayam

  • 2 biji telur

  • 2 sudu besar tepung

  • 2 sudu besar olive oil

  • garam

  • lada sulah



Cara-cara



  1. Bersihkan isi ayam. Potong nipis-nipis. Gaulkan dengan garam dan lada sulah.

  2. Masukkan tepung dan gaul

  3. Panaskan minyak.

  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.

  5. Ambik isi ayam, celup ke dalam telur dan goreng.

  6. Gorenglah sehingga perang.

  7. *** Sedap dimakan dengan sos tomato atau cili. Guna minyak masak biasa pun tak apa.






Ayam goreng telur shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam percik

Ayam percik -


Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 1 sekor ayam yang dipotong 4

  • 1 1/2 cawan santan pekat

  • 2 biji bawang putih

  • 1 labu bwg besar

  • 2 cm halia

  • 2 batang serai

  • 1 camca kecil ketumbar

  • 1/2 camca kecil jintan putih

  • 1/2 cawan tepung beras

  • sedikit air asam jawa@asam keping

  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)

  • garam dan gula secukup rasa



Cara-cara



  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.

  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.

  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.

  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.

  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2






Ayam percik shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak kicap halia

Ayam masak kicap halia -

Bahan-bahan ( 3 )



  • 1/4 ekor ayam

  • 3 inci halia 5 ulas bawang putih di ketuk

  • 3 susu besar kicap makan (masin) 3 sudu kicap makan (manis) sudu sos tiram

  • 6-10 biji cendawan shitake dan 6 tangkai cili kering

  • 1 cawan @ 250ml air

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

  • minyak untuk menggoreng

  • 1 sudu kecil stok ayam

  • 2 sudu kecil tepung jagung

  • 4 tangkai daun bawang



Cara-cara



  1. Ayam dipotong kecil-kecil goreng bersama kunyit separuh masak sahaja

  2. Panaskan kuali, masukan air, bawang putih dan halia (shreded)sehingga mendidih. kemudian masukan kicap, sos tiram dan stok ayam. Apabila sudah mesra masuk ayam yang telah digoreng tadi

  3. Cendawan shitake di belah dua (direndam sebelum itu dengan air panas bagi lembut). Cili kering di potong kecil kecil . Masukan cili dan cendawan Kacau bagi mesra

  4. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan masukan kedalam masakan. Potong daun bawang gaul bersama. Kacau sehingga pekat kauh.Tutup api!Siap untuk dimakan






Ayam masak kicap halia shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam serai pedas

Ayam serai pedas -


Bahan-bahan ( 2 orang )



  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)

  • 1 batang serai (dititik)

  • 5 helai daun limau purut

  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)

  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)

  • 1 camca sos ikan (sos nampla)

  • 1 camca sos tiram

  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto

  • sedikit minyak untuk menumis

  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)

  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)



Cara-cara



  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.

  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.

  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.






Ayam serai pedas shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak kicap

Ayam masak kicap -

Bahan-bahan ( 1-2 orang )



  • 1 bahagian paha ayam

  • garam kunyit secukupnya

  • minyak untuk menggoreng

  • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis

  • 2 ulas bawang puting- mayang

  • 1cm halia- cincang halus

  • kicap pekat manis secukupnya

  • 2-3 biji cili padi- potong dua

  • 1-2 batang cili hijau



Cara-cara



  1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan

  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan

  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.

  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.

  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.

  6. Siap untuk dimakan.






Ayam masak kicap shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam golek

Ayam golek -


Bahan-bahan ( 2 )



  • 2 bhgian paha ayam

  • 1 mangkuk santan

  • 5 biji bawang merah

  • 1 batang serai

  • 2 ulas bawang putih

  • 3 tangkai cili kering

  • sedikit kunyit dan sedikit halia



Cara-cara



  1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus

  2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.

  3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt

  4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar.

  5. siap utk dimakan






Ayam golek shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak madu

Ayam masak madu -


Bahan-bahan ( 2-4 )



  • 1/2 ekor ayam

  • garam

  • kunyit

  • 1 sudu rempah kari ayam

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inch halia

  • bawang besar

  • cili kering

  • madu

  • gula merah

  • sos/tomato puree

  • air



Cara-cara



  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.

  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.

  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.

  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.

  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.

  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.






Ayam masak madu shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam goreng rangup

Ayam goreng rangup -

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )



  • 1 kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan

  • 2 sudu makan pes halia

  • 2 sudu makan pes bawang putih

  • 2 sudu makan serbuk ketumbar

  • 1/2 sudu makan serbuk jintan halus

  • kunyit serbuk secukupnya

  • garam secukup rasa

  • Tepung beras secukupnya



Cara-cara




  1. Ayamgorengranggup1

    Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit.


  2. Ayamgorengranggup2

    Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas. Sedappppp.






Ayam goreng rangup shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah -


Bahan-bahan ( seramai yang boleh )



  • 1 ekor ayam yang dipotong - potong

  • sedikit serbuk perasa ( ajinomoto )

  • serbuk kari daging atau ikan ( xkira jenama apa )

  • tepung rangup atau tepung goreng kfc



Cara-cara



  1. potong ayam mengikut kesukaan,kemudian basuh dan toskanlah...

  2. perapkan ayam dengan sedikit serbuk perasa lebih kurang dalam 2 - 3 minit ( bukan apa untuk melembutkan ayam tu )

  3. kemudian gaulkan ayam tadi kedalam serbuk kari sehingga semuanya terkena rempah

  4. akhir sekali gaulkan plak dengan tepung goreng rangup atau kfc (lebih sedap tepung kfc)kemudian panaskan minyak lalu digoreng.

  5. apabila dah masak bolehlah dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja bersama sos kegemaran anda..

  6. cubalah pasti sedap.terangkat abis....






Ayam goreng berempah shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam harum Thai

Ayam harum Thai -


Bahan-bahan ( 6 orang )



  • Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis

  • 1 biji bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos

  • 2 sudu besar - sos cili

  • 1 sudu besar - sos tomato

  • 2 sudu besar - pes tomyam

  • 2 sudu besar - kicap cair

  • 2 sudu besar - kicap manis

  • 1 biji air perahan limau nipis

  • daun sup (dihiris nipis)

  • Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam

  • 2 batang serai - dititik

  • 4 helai daun limau purut

  • 2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)



Cara-cara



  1. Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan

  2. Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut

  3. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...

  4. Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...

  5. Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe






Ayam harum Thai shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam pepsi

Ayam pepsi -

Bahan-bahan ( 10 )



  • 2kg Chix Wings, 2 bawang putih (blender), 1/2 botol cili sos, 1/2 botol tomato sos, Garam secukup rasa, 1 tin Pepsi



Cara-cara


Tumis semua bahan kecuali ayam dan pepsi... Selepas itu masukan ayam dan pepsi... Setelah ayam masak, da boleh hidang, makan dgn nasi panas2... Selamat mencuba...



Ayam pepsi shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak hitam

Ayam masak hitam -

Bahan-bahan ( 80rg mkn )



  • 2 sudu minyak 1/2 ayam @ 1/2kg daging 2 ulas bwg merah 2 ulas bwg putih 2cm halia 1 tangkal daun kari 1 bunga cengkih 1 bunga lawang 2cm kayu manis 1/2 cwn kicap 10 tangkal cili kering secukup rasa



Cara-cara


kisar cili kering tumis bwg2,daun kari,bnga cengkih,lawang,kayumanis sehingga naik bau. tumiskan cili yg tlh dikisar sehingga masak. masukkan kicap masukkan ayam/daging, masukkan perasa secukup rasa tunggu sehingga ayam empuk/daging lembut, #sedia untuk dihidang bersama nasi putih. ~nyummy~



Ayam masak hitam shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Tomyam ayam ori

Tomyam ayam ori -

Bahan-bahan ( 5 orang )



  • Ayam 1/2 ekor - potong kecil-kecil

  • Lengkuas - 1 inci

  • * Bawang besar - 2 biji

  • * Bawang putih - 1 labu

  • * Tomato - 3 biji

  • * Belacan - 1 inci

  • * Serai - 3 batang

  • * Cili boh - 2 sudu

  • Daun limau purut - 5 helai

  • Limau nipis - 2 biji

  • Minyak - 2 sudu



Cara-cara



  1. Rebus ayam yang telah dipotong kecil dengan lengkuas sampai masak

  2. Untuk pes tomyam - kisar semua bahan-bahan bertanda *

  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar tanpa minyak hingga masak - minyak naik

  4. Masukkan 2 sudu minyak selepas bahan dikisar masak

  5. Masukkan ayam yang telah direbus

  6. Tuangkan air rebusan ayam sikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diperlukan

  7. Masukkan daun limau purut

  8. Masukkan perahan air limau-bergantung pada tahap kemasaman yang anda mahukan

  9. Selesai






Tomyam ayam ori shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Kari Ayam

Kari Ayam -


Bahan-bahan ( 1 periuk kecil )



  • ayam

  • bwg kecil-dihiris

  • bwg pth-dihiris

  • halia-dimayang

  • cili kering-blend

  • awas menumis campuran-bunga lwg,kayu manis,jintan,halba etc

  • kentang belah 4

  • serbuk kari

  • santan

  • daun kari

  • garam gula ckp rasa

  • sedikit minyak utk menumis

  • air asam jawa



Cara-cara



  1. Potong dan bersihkan ayam.Toskan

  2. Masukkan sedikit minyak ke dlm periuk/kuali tumiskan bwg kecil,bwg putih,halia,cili,awas menumis,kentang dan sedikit daun kari hingga naik bau

  3. Sementara itu bancuhkan serbuk kari bersama garam,gula dan air asam jawa.Kacau sebati dan tuangkan ke dlm periuk /kuali tadi dan kacau.Biar seketika

  4. Bila dah mendidih masukkan ayam dan santan.Kecilkan api dan tutup periuk,biar 10 minit.

  5. Bila dah masak angkat dan hidangkan






Kari Ayam shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Masak Kari Ayam Cara Orang India

Masak Kari Ayam Cara Orang India -


Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 500 gm daging 2 sudu teh serbuk kari daging ayam 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 cm halia 7 helai daun kari 2 sudu teh kicap manis pekat 1 cawan santan



Cara-cara


1. Bersihkan daging dan hiriskan nipis. 2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia bersama. 3. Panaskan periuk. Tambahkan minyak ke dalam periuk dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. 4. Masukkan serbuk kari, daging dan santan. Reneh sehingga daging menjadi empuk. 5. Akhir sekali, masukkan daun kari dan kicap pekat, serta garam secukupnya.



Masak Kari Ayam Cara Orang India shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak lemak berapi

Ayam masak lemak berapi -


Bahan-bahan ( 2-3 orang )



  • 5-6 ketul ayam (mana-mana part pun boleh)

  • 3 biji bawang merah (*)

  • 3 cm kunyit hidup (*)

  • 1 genggam cili padi / anggaran 15-20 biji (*)

  • 3 batang serai (di titik)

  • 2-3 asam keping

  • 1 helai daun kunyit

  • 1 kotak santan

  • Garam secukup rasa

  • Bahan-bahan (*) di tumbuk halus



Cara-cara




  1. Abcd0017

    Masukkan bahan-bahan (*) dan ayam. Biar sehingga air ayam kering.


  2. Dsc03000

    Masukkan santan dan asam keping. Jika warna kuah tak kuning sangat, boleh tambah dengan serbuk kunyit.


  3. Dsc03001

    Bila kuah hampir mendidih, masukkan daun kunyit dan serai


  4. Dsc03005

    Rasakan garam dan tadaaa dah siap....






Ayam masak lemak berapi shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam panggang kunyit

Ayam panggang kunyit -


Bahan-bahan ( 3-5 orang )



  • ayam 500gram

  • Sedikit serbuk kunyit

  • Garam



Cara-cara



  1. Gaulkan Ayam dengan campuran serbuk kunyit dan garam

  2. Bakar menggunakan suhu 200 darjah selama 20 minit






Ayam panggang kunyit shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak kurma

Ayam masak kurma -


Bahan-bahan ( seisi keluarga )



  • ayam - ikut suka banyak mana

  • halia dan bawang putih - dikisar bersama . kuantiti ni ikutlah banyak mana ayam atau kuah yg bakal anda masak. if dalam 8 ketul ayam letak lah dlm 2 sb.

  • serbuk kurmai babas - ikut suka nak letak banyak mana - if 8 ketul 8, letak dlm 2 ke 3 sb.

  • suku biji bawang besar - dimayang

  • 1 btg kulit kayu manis, 2 biji bunga lawang , 3 biji buah pelaga , 3 biji bunga cengkih

  • ubi kentang - dipotong2 / belah 4 - ikut suka bnyak mana

  • lada sulah - secukup rasa pedas yg anda suka

  • garam secukup rasa

  • 2 helai daun pandan , 1 batang serai - diketuk

  • santan / susu cair - suku cawan

  • air - ikut banyak mana kuah yg anda suka

  • minyak tuk menumis



Cara-cara



  1. tumis bunga lawang, bga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang putih dan halia yg diblend tadi, bawang besar,serai dan daun pandan.

  2. dah naik bau, masukkan ayam, ubi kentang dan garam.biarkan seketika dlm 2 minit.

  3. masukkan air dlm 1 cawan. biarkan seketika dlm 3 minit. ni nak biarkan rencah yg ditumis tadi masuk kat dlm dging ayam tu.

  4. pas tu, masukkan plak, serbuk kurma. biarkan seketika dlm 2 minit g.

  5. pas tu, masukkan air lagi 3 cawan. biarkan mendidih, kemudian masukkan santan / susu cair. Biar dlm 1 minit ( sambil tu kacau2 la skit) then masukkan lada sulah.

  6. masaklah sampai ayam dan kentang empuk dan masak. siap.






Ayam masak kurma shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam madu BBQ

Ayam madu BBQ -


Bahan-bahan ( sekeluarga )



  • 12 ketul kepak/peha ayam

  • 4 sudu makan madu

  • 1 sudu makan ketumbar

  • 1 sudu teh jintan manis

  • 1 sudu teh jintan putih

  • 2 inci halia

  • 10 ulas bawang merah

  • 5 ulas bawang putih

  • 3 sudu makan sos cili

  • 3 sudu makan kicap pekat

  • 1 sudu makan sos tiram

  • 1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)

  • Garam secukup rasa



Cara-cara



  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.

  2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.

  3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.

  4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.

  5. Panggang/bakar seperti biasa.

  6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.






Ayam madu BBQ shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Rahsia Garam...

Rahsia Garam... -
Amalan sunnah yang tak diketahui...






Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.



Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .



.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.






Dari Abdullah Bin Umar



” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”



Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .



Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .



Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:



1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.



2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.



3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.



4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan



5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.



6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.



Petua berdasarkan kajian



Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).



Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.



Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.



Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.



Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.



Rahsia Garam... shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Masak Halia - Special dari Johor

Ayam Masak Halia - Special dari Johor -


Bahan- Bahan


  • 500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]

  • 3 s/b sos tiram ]

  • 1/2 cawan air ] bancuh

  • 1 s/k tepung jagung ]

  • 1 s/k serbuk lada hitam

  • 1 pokok daun bawang [potong pendek]

  • 1 biji buah tomato [belah 4]

  • 1/2 btng carrot- ptng kecil

  • minyak

  • garam dan sedikit gula


Bahan Hiris


  • 5 cm halia

  • 3 ulas bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 3 tangkai cili merah

  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah


Cara-Caranya


  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.

  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.

  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.

  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.

  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.

  6. Hidangkan.







Ayam Masak Halia - Special dari Johor shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Popia Nestum

Resepi Biskut Popia Nestum -






Bahan-bahan:



1 bungkus besar popia

Lidi satay utk menggulung

Telur sebagai bahan pelekat

Minyak masak untuk menggoreng

1/2 cawan horlicks

1/2 cawan gula - kisar halus

1 cawan nestum - kisar halus



Cara penyediaan:



1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.



2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.



3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.



4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.



Resepi Biskut Popia Nestum shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Nestum

Resepi Biskut Nestum -






Bahan-bahan ( lebih 200 biji... )



375 gm mentega

250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn

400 gm tepung gandum

225 gm nestum

1/2 sudu teh serbuk penaik

coklat masakan...utk hiasan je....tak letak pon takpela..

Ceri dipotong kecil2..saya saje tambah ni

paper cup secukupnya



Cara-cara



1. Pukul mentega & gula perang hingga kembang.

2. Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh akan jd berderai mcm serbuk gitu)

3. Bentukkan..saya kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat

4. Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...sejukkan sebelum di hias

5. Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan, paipkan atas biskut..(saya boh dalam plastik, gunting buat lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka lah yea..

6. Simpan dalam bekas kedap udara..biskut ni rangup & kurang manis, resepi asalnya dibentukkan ikut suka..selamat mencuba

7. Saya buat separuh adunan & dapat lebih kurang 170 biji biskut



Resepi Biskut Nestum shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Sarang Semut -







Bahan-bahan :



250 gm butter

100 gm gula halus

350 gm tepung gandum.....]

100 gm tepung jagung.......] di ayak

1 biji kuning telur

1 s/teh esen vanilla



Hiasan:



Sedikit coklat rice

secukupnya papercup kecil



Cara membuat:



1. Pukul kembang butter dan gula.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.

3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)

5. Taburkan coklat rice.

6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Resepi Biskut Sarang Semut shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Puding Roti Istimewa

Resepi Puding Roti Istimewa -






BAHAN-BAHAN

4 keping roti

2 biji telur ayam

1 sudu besar butter - cairkan

1/4 cawan gula (equals to 50gram)

235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)

1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)

kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)



CARA-CARA

1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.



2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.



3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.



4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.



5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.



6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause..



Resepi Puding Roti Istimewa shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resipi Kuih Siput

Resipi Kuih Siput -









Bahan-bahan



1kg tepung gandum

300gm tepung ubi

2 biji telur

1 sudu makan cili boh

5 sudu makan serbuk kari

1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)

Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)

Garam secukup rasa



Cara-Cara



Campurkan kesemua bahan kecuali margerin dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukan margerin tadi dan uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.



Cubit doh sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput.



Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.



Resipi Kuih Siput shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Rendang Daging

Resepi Rendang Daging -


Bahan-bahan untuk Memasak Rendang Daging


Bahan-bahan:

1 kilo Daging lembu

1 biji kelapa – diambil santannya

daun limau purut ( di hiris ) @ daun kunyit ( di hiris )

1 – 2 keping asam gelugur @ 1/2 cawan air asam jawa

garam secukup rasa

gula secukup rasa

serbuk perasa

2 sudu besar kerisik ( kali ni saya tak letak – sebab tak ada )



Bahan kisar

10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji

2 biji bawang besar

4 biji bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

4-5 batang serai

1 sudu makan biji ketumbar

1 sudu teh jintan halus

1 sudu teh jintan kasar

Cara-cara Memasak Rendang Daging


1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging masak hingga daging kecut.

2. Masukkan santan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.

3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Kemudian masukkan kerisik, daun kunyit atau daun limau purut yg telah dihiris.

4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.





Resepi Rendang Daging shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Sate ayam

Resepi Sate ayam -





Bahan-bahan ( 2-3 org makan )


  • 400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2

  • 1/2 sudu teh garam

  • 40gm gula

  • lidi sate (direndam dgn air)

  • 3 sudu besar minyak

  • Bahan dikisar:-

  • @4 ulas bawang merah

  • @2 cm kunyit hidup

  • @2 biji buah keras

  • @1 cm lengkuas

  • @1/2 sudu besar ketumbar-disangrai

  • @1/2 sudu teh jintan manis-disangrai

  • @1/2 sudu teh jintan putih-disangrai

  • @2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat

  • @4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)

  • @1 batang serai

  • * 1 btg serai dititik-buat merenjis sate



Cara-cara



  1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (jun perap 1 semalaman).

  2. Cucuk ayam pada lidi sate.

  3. lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.

  4. bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit dan kuah kacang.






Resepi Sate ayam shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

SEKAYA

SEKAYA -







BAHAN2:



Lapisan Atas:



5 biji telur

3 ketul gula melaka

2 SB gula

1 cawan air

1 SB minyak masak

Daun pandan






Lapisan Bawah:



1 1/2 cawan pulut

1 cawan santan pekat

sedikit garam



CARA2:



Lapisan Bawah:

1. Basuh dan toskan beras pulut.Rendam semalaman(Kalau nak lagi cepat, rendam dalam air mendidih selama 15 minit)



2.Toskan beras pulut dan letakkan di dalam loyang pengukus. Masukkan santan yang dikacau dengan sedikit garam.Pastikan pulut terendam sepenuhnya oleh santan.



3.Kukus sehingga masak.Setelah masak, tekan pulut hingga padat(Saya tak tekan padat sangat sebab bila lapisan atas diletak, ia akan menyerap ke dalam pulut, kuih jadi lebih sedap, terpulang kepada individu k)



Lapisan Bawah:



1. Cairkan gula melaka, air dan gula sehingga larut dan menggelegak.Letak bersama beberapa helai daun pandan.Setelah larut, tutup api dan tapis.biarkan sejuk



2. Pukul telur menggunakan hand whisk dan masukkan larutan gula melaka tadi.Pukul sebati dan masukan minyak masak. pukul lagi dan kacau sebati



3. Masukkan adunan ke atas pulut yang dikukus tadi dan kukus lagi lebih kurang setengah jam atau sehingga masak.Sedia dihidang



SEKAYA shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Ayam goreng kunyit

Resepi Ayam goreng kunyit -

Bahan-bahan ( 1 hidangan )



  • 3 @ 4ketul ayam-lebih senang ambik bhgian dada,potong kecil2 ikut saiz kesukaan

  • 10 btg kacang panjang-potong 3cm

  • 7@8 ulas bawang putih-dicincang halus

  • 1biji bawang besar -dihiris

  • 2 batang cili merah-potong menyerong

  • Serbuk kunyit ,serbuk kari & sedikit garam-lumurkan pd ayam

  • Minyak secukupnya

  • Lada sulah.



Cara-cara



  1. Ayam dibersihkan dan dilumurkan dgn serbuk kunyit,kari dan garam.

  2. Panaskan minyak,(tak perlu banyak2,dlm 3 sb...ikut kuantiti ayam)goreng bwg putih yg dicincang tadi hingga kekuningan,garing dan naik bau aromanya.

  3. Masukkan ayam ,goreng hingga sedikit garing dan masak.

  4. Masukkan kacang panjang,bwg besar,cili merah & sedikit lada sulah.Biarkan sekejap,hingga bawang layu & kacang bertukar warna,tp jgn sampai terlalu lama.Kacau rata & siap.






Resepi Ayam goreng kunyit shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi ayam masak merah berempah

Resepi ayam masak merah berempah -


Bahan-bahan ( untuk satu family )



  • 1 ekor ayam

  • 1 1/2 inci kunyit hidup

  • *1/2 inci halia

  • *4 ulas bawang putih

  • *5 ulas bawang merah

  • *1 biji bawang besar (kuning)

  • 2 batang kayu manis

  • 3 kuntum bunga lawang

  • 5 kuntum bunga cengkih

  • 4 biji buah pelaga

  • Cili giling (sukatan tu ikut suka. kalau nak kuah lebih, lebihkan cili giling)

  • 4 sudu sos cili

  • 4 sudu sos tomato

  • minyak masak

  • garam dan gula



Cara-cara



  1. Potong ayam, bersihkan dan toskan. Kemudian, tumbuk atau blend kunyit hidup dan seulas bawang putih beserta garam secukup rasa. Perapkan ayam tersebut dengan kunyit yg ditumbuk tadi. Kemudian goreng. Ketepikan dulu ayam yg dah siap digoreng tadi.

  2. Blendkan bahan-bahan yg bertanda *. Gunakan minyak tadi untuk menumis. Tumis kesemua bahan-bahan yg diblend tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Selang beberapa minit, masukkan cili giling.

  3. Agak2 cili giling tu dah masak, masukkan sos cili dan sos tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

  4. Agak2 kuah tu dah masak, masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata. Dah pun siap resepi ayam masak merah berempah.






Resepi ayam masak merah berempah shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Nasi tomato

Nasi tomato -


Bahan-bahan ( 4 orang )



  • 2 cawan beras basmati

  • 2 biji tomato-potong dadu

  • 2 cawan air

  • 1/2 cawan susu

  • 3 sudu besar sos tomato

  • 1 helai daun pandan

  • sedikit garam

  • ## Bahan tumis ##

  • 2 sudu mentega/ minyak sapi

  • 2cm kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 1 biji buah pelaga

  • 2 ulas bawang putih-hiris

  • 1/4 bawang besar dihiris

  • ## Hiasan ##

  • Bawang goreng



Cara-cara



  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan

  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau

  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam

  4. Masaklah nasi macam biasa.

  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng






Nasi tomato shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Sup ayam

Sup ayam -


Bahan-bahan ( 8org )



  • 1 ekor ayam potong 16

  • 1 labu bwg merah

  • 2 ulas bwg putih

  • 1 inci halia

  • sebatang kulit kayu manis

  • 4 kuntum bunga cengkih

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 3 iji buah pelaga

  • 2 bj kentang

  • 1 btg lobak

  • 1 mangkuk air panas br masak

  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam

  • daun sup, daun bawang & bawang goreng



Cara-cara



  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6

  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit

  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda

  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang






Sup ayam shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus -



Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil

1 tin susu cair (375 mL)

2 biji telur

4 sudu besar gula

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar butter

Sedikit kismis



Cara-cara



Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.

Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...


Lagi resepi puding...



Puding Roti Kukus shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

7 Cara mudah kempiskan perut buncit

7 Cara mudah kempiskan perut buncit -
Baju ketat pakai tudung

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.



Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.



7 Cara mudah kempiskan perut buncit shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Kuih Rengas Kasturi

Resepi Kuih Rengas Kasturi -









Resepi Kuih Rengas Kasturi Kuih Muih Tradisional

Kuih Kasturi Kuih Rengas





Bahan-bahan Resepi Inti Kuih Rengas Kasturi


1 cawan Kacang Merah yg telah di rebus

½ cawan Gula Pasir

2-4 sudu besar Kelapa Parut

3-5 tbsp Flour Boleh juga digantikan kacang merah yg telah di bekukan




Bahan-bahan Resepi Tepung Goreng


½ cawan Tepung Beras

1 sudu besar Tepung Kastad

½ sudu teh Air Kapur

Air dan Garam



Cara Menyediakan Kuih Rengas Kasturi



  1. Campur sebati kesemua bahan-bahan Inti Kuih Rengas Kasturi. Bulatkan kecil-kecil.

  2. Bancuh bahan-bahan tepung goreng. Biar sedikit pekat supaya melekat apabila di celupkan bebola kacang.

  3. Panaskan minyak untuk menggoreng.

  4. Penyekkan sedikit bebola kacang, celup ke dlm tepung goreng dan goreng sehingga keperangan.






Resepi Kuih Rengas Kasturi shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Jus Delima Organik Al-Rumman

Jus Delima Organik Al-Rumman -














1 liter - RM140.00 ( Termasuk POSLaju)


Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran.

Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.

Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya.

Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.




Keterangan Produk


Jus Delima organik Al-Rumman didatangkan dalam 2 isipadu iaitu 1 liter dan 314ml.



Mengapa Delima


Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:

Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga



Kebaikan Delima Yang Perlu Anda Tahu


Delima digelar “super fruit” kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr.Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit kronik.

Antaranya adalah:


  • Awet Muda

  • Mencegah Rasa Mual

  • Membersihkan Saluran Darah

  • Menguatkan Imunisasi Badan

  • Menyingkirkan Lemak yang Berlebihan

  • Memberi Tenaga dan Mencegah Keletihan

  • Menstabilkan Hormon semasa Haid dan melancarkan Kitaran Haid

  • Membantu Melegakan Resdung

  • Memberi Tenaga Kepada Ibu Mengandung

  • Menyelesaikan Masalah Kulit

  • Menyelesaikan Masalah Usus




Mengapa Jus Delima Al-Rumman


Dengan khasiat yang begitu banyak terkandung di dalam buah delima, Syarikat YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan buah delima kepada masyarakat dalam bentuk jus. Jus Delima Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang berada di pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.

Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]

Buah Delima adalah buah yang bermusim, Ia sangat banyak pada bulan September hingga Januari. Justeru itu, dengan adanya Jus Delima Al-Rumman yang di keluarkan oleh YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD, masyarakat boleh memanfaatkan khasiat buah delima untuk mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit sepanjang tahun kerana Jus Delima Al-Rumman boleh disimpan selama dua (2) tahun dari tarikh ia dibotolkan.



Kajian-kajian dan Bukti Kehebatan Buah Delima


Antara kajian-kajian saintifik yang di jalankan oleh universiti luarnegara untuk membuktikan kehebatan buah delima mengandungi banyak khasiat adalah daripada Universiti of Califonia, Los Angeles yang dalam kajiannya menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi jus anggur merah, jus blueberry, jus blackberry, jus acaiberry, jus kranberi, jus oren, the dan jus epal.

Rujukan: http://www.health.com/health/article/0,,20410481,00.html

Profesor Perubatan Dan Patologi Klinikal Di University Naples,Italy yang bernama Claudio Napoli di dalam kajiannya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung). Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan untuk tubuh selepas meminum jus buah delima adalah lebih tinggi daripada sebelumnya.

Rujukan: https://www.acufinder.com/Acupuncture+Information/Detail/Pomegranate+Juice+Fights+Heart+Disease,+Study+Says

Di Universiti Queen Margaret, Edinburgh, Dr.Emad Al-Dujaili merupakan Pensyarah Kanan Biokimia telah membuat kajian menunjukkan penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70 % mereka yang menggunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukkan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.

Rujukan: http://www.medicalnewstoday.com/releases/221961.php

Pat Hagon, UK & World News telah mengemukan kajian menunjukkan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi Berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.

Rujukan: http://www.dailyrecord.co.uk/news/uk-world-news/sex-lives-pepped-up-by-pomegranate-963710

Utusan Online dalam artikelnya menyatakan bahawa buah delima mengandungi bahan oksidan(flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kologen sihat yang melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas dan ia juga mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Dalam Web Rasmi Hospital Taiping menyebut dalam artikelnya bahawa khasiat buah delima ini adalah baik untuk melindungi Jantung, menurunkan kadar kolestrol, mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer, mencantikan kulit dan baik untuk ibu mengandung.

Rujukan : http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/355-khasiat-buah-delima

Dalam website detikhealth menyatakan didalam artikelnya bahawa antioksidan yang paling banyak terdapat dalam buah delima ialah polyphenol dan dilengkapi dengan vitamin A,C dan E serta asid folik yang penting pada awal kehamilan.Ia juga mengandungi zat anti inflammatory, isoflavon yang dapat membunuh kanser. Serta mencegah penyumbatan salur darah yang disebabkan oleh kolestrol tidak baik iaitu LDL.

Rujukan: http://health.detik.com/read/2009/06/23/150357/1152670/766/buah-pome-si-antioksidan-baru

Dr David Lewis, Pengarah Neurosains Mindlabs Universiti Sussex, UK menyatakan dalam kajiannya bahawa lelaki yang meminum jus delima akan meningkatkan kesan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan jus lain. Selain itu, jus delima ini terbukti lebih berkesan terhadap lelaki berbanding wanita.

Rujukan : http://www.express.co.uk/news/weird/73181/Juice-that-gives-men-sex-boost

Dalam web site National Geografic New menyatakan kajian daripada Claudia Napoli, University of Naples Italy, menunjukkan bahawa antioksida dalam jus delima boleh melambatkan atherogenesis dan penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.

Rujukan : http://news.nationalgeographic.com/news/2005/03/0322_050322_pomegranates.html

Lloyd de Vries, CBSNEWS – Dalam artikelnya menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam buah delima yang dipanggil antioksida dapat membantu mengurangkan sakit sendi atau arthritis. Ekstrak buah delima dapat mengekang tahap keradangan yang dipanggil interleukin-1b (1L-1b) dan juga membendung enzim yang menghakis rawan.

Rujukan : http://www.cbsnews.com/2100-500368_162-830305.html

Professor Naughton, Kingston University London – Kulit buah delima boleh dijadikan salap untuk melawan bacteria yang tidak bertindak balas terhadap antibiotic seperti penyakit MRSA. Ia adalah satu kejayaan yang besar dalam mencipta ubat berasaskan tumbuhan yang memungkinkan pesakit kurang mengalami kesan tambahan yang lain.

Rujukan : http://www.kingston.ac.uk/news/article/67/16-dec-2009-pomegranates-the-latest-weapon-in-the-fight-against-mrsa/





Jus Delima Organik Al-Rumman shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Delima

Delima -





Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.





Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.



Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.



Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.



Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.



Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.



Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.



Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.







Rahsia Penciptaan Buah Delima



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?



Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.



Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.



Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.



Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.



Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.



Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.




Delima shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;