Proses Umum Keputusan PRU13 oleh SPR -
Pengumuman Keputusan PRU13 oleh SPR pada 5 Mei 2013 sebaik sahaja masa mengundi tamat maka bermulah beberapa proses yang dikawal ketat sehingga keputusan akhir diperolehi.
Bagaimanakah proses-proses ini dilakukan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Berikut ialah proses-proses yang dilakukan SPR sehingga keputusan rasmi diperolehi dan keputusan
Pilihan raya Umum 13 akan di Umumkan secara Rasmi melalui media-media massa sedia ada. Semoga tiada berlaku
Kekecohan PRU13 dan semuanya berjalan lancar. Insyaallah. Panduan Dakwat Kekal pilihan Raya, Download di
E-Book Penggunaan Dakwat Kekal PRU13
Proses Mengira Undi Pilihan Raya Umum Malaysia 2013
Sebaik sahaja Tempat Mengundi ditutup,
Ketua Tempat Mengundi akan menutup bukaan/mulut peti undi dan memeteraiakannya dengan cara meletakkan perekat keselamatan. Penutupan peti undi ini dilakukan di hadapan ejen-ejen tempat mengundi mengira undi yang hadir. Petugas-petugas pula akan bertindak menyusun semula Tempat Mengundi mengikut susunan proses pengiraan undi. Sebelum kiraan dimulakan, Ketua Tempat Mengundi akan memberikan taklimat ringkas berhubung proses pengiraan undi. Proses pengiraan undi bermula dengan memotong ikatan penutup peti undi dan mengeluarkan kertas undi untuk dimasukkan ke dalam dulang 'Undi Belum Dikira'. Kertas-kertas undi kemudiannya dikira dalam bilangan sepuluh dan diikat dalam bilangan seratus. Proses ini bertujuan mendapatkan bilangan sebenar kertas undi yang berada dalam peti undi untuk direkodkan ke dalam Borang 13. Sekiranya bilangan kertas undi adalah sama atau kurang, proses pemaparan kertas undi boleh dimulakan.
Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum 13
Setelah semua Borang 14 dijumlahkan, Pegawai Pengurus akan mengisikan keputusan yang diperoleh setiap calon ke dalam Borang 16 (Borang Keputusan Pertandingan). Akhirnya, Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan jumlah undi yang diperoleh setiap calon dan pemenang bagi pertandingan tersebut yang seterusnya dipilih menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya tersebut. Selepas keputusan diumumkan, maka selesailah urusan asas pilihan raya.