31 Oct 2018 0 comments

Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand

Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand -



Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand
By Kak Wan

Bahan-bahan Kuah 
1 paket Awang Brand Lemak Cili Padi
1 mangkuk kecil ikan bilis halus atau udang kering
1 mangkuk potongan kacang panjang
1 mangkuk tempe goreng
1 mangkuk tauhu goreng
1 mangkuk fucuk dan soon hoon yang di rendam
1/2 mangkuk potongan lobak merah
1/2 mangkuk potongan sengkuang
1 mangkuk hirisan daun kobis
1 mangkok potongan terung
4 cawan air
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
Nasi impit
Sambal tumis udang
Telur rebus, dibelah dua

Cara membuatnya :
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan ikan bilis dan tumis sebentar.
Masukkan pes lemak cili padi, kacau rata.
Tambah air dan santan, kacau rata.
Masukkan lobak merah dan sengkuang. Biar mendidih.
Masuk tauhu, tempe dan fucuk.
Masak hingga semua lembut.
Masukkan kacang panjang dan kobis.
Akhir sekali masukkan terung.
Jika kurang kuah, boleh tambah sediki lagit air.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bila mendidih matikan api dan hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal tumis udang.


Sambal Tumis Udang 

Bahan-bahan
1 paket pes Awang Brand Sambal Tumis
1 mangkuk isi udang
1 biji bawang besar, potong bulat
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis pes sambal sebentar.
Masukkan isi udang, tumis hingga udang berubah warna.
Masukkan bawang dan santan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masak hingga sambal hampir kering.
Sedia di hidang bersama lontong atau nasi.



Lontong Lemak Cili Padi - Awang Brand shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Oct 2018 0 comments

Dorayaki

Dorayaki -

Dorayaki
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 biji telur A
4 sudu besar gula pasir (80 gm)
1 cawan tepung gandum (130 gm)
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen
1/4 cawan susu cair (50 ml)
2 sudu besar madu)

Inti :  Kacang Merah, Peanut Butter, Nutella  atau yang di sukai

Cara-cara :
Whisk telur dan gula hingga kembang dan berbuih.
Masukkan tepung, baking soda dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan susu cair dan madu, aduk hingga sebati.
Tutup dan rehatkan selama 10 minit.
Adunan tidak terlalu pekat atau cair, bila di tuang alirannya tidak putus.

Panaskan non stick pan, leser sedikit marjerin dan bersihkan dengan tissu dapur.
Selepas itu tidak perlu di oles marjerin lagi.
Tuang 1 sendok adunan, masak dengan api paling kecil.

Tutup pan dan biarkan sehingga permukaan adunan berlubang dan tepinya keperangan.
Terbalikan sehingga bahagian bawah masak
Angkat dan isikan inti dan tangkupkan.

Nota :  Selepas di angkat, tutup kepingan dorayaki supaya sentiasa lembut dan tidak kering.

Dorayaki


Dorayaki shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
23 Oct 2018 0 comments

Bingka Ubikayu Cheese

Bingka Ubikayu Cheese -

Bingka Ubikayu Cheese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  Alongroz

Bahan-bahan
250 gm cream cheese
250 gm gula pasir
2 biji telur A, kocok ringan
800 gm parutan ubikayu - tapis airnya
400 ml Santan pekat
Pewarna kuning

Loyang 8in di gris dengan mentega

Cara-cara :
Pukul cream cheese dan gula sehingga rata.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar rata.
Masukkan ubikayu dan santan dan gaul sebati,
Bakar suhu 170C selama 1 jam 30 min atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.

Bingka Ubikayu Cheese


Bingka Ubikayu Cheese shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Oct 2018 0 comments

Kraker Keledek Goreng

Kraker Keledek Goreng -

Kraker Keledek Goreng
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
20 keping biskut Kracker
250 gm keledek ungu (rebus)
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan mentega cair
1/2 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Haluskan keledek dengan garpu.
Tambahkan tepung, susu pekat, mentega dan esen vanila.  Gaul rata.
Ambil sekeping kraker, isi dengan adunan keledek di tengahnya.
Tutup dengan sekeping lagi kraker,  tekan dan padatkan.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Bila betul-betul panas, kecilkan api
Masukkan biskut dan goreng sebentar hingga Kraker keperangan.
Boleh di bakar di dalam oven pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga keperangan.

Kraker Keledek Goreng



Kraker Keledek Goreng shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Oct 2018 0 comments

Nasi Arab Kabsah

Nasi Arab Kabsah -

Nasi Arab Kabsah 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Nasi Arab Kabsah

Rempah Kabsah Homemade **
1 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar Buah pelaga
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar

Serbuk cili dan serbuk kunyit

Penyediaan :
Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga menjadi serbuk.
Kemudian gaulkan dengan 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk kunyit.
Simpan di dalam botol untuk di gunakan dalam resipi nasi kabsah atau mandi.

Bahan Air Rebusan
1 ekor ayam sederhana, potong 6, cuci bersih
8 cawan air
1 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil bunga cengkih
2 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil buah pelaga
2 helai daun bay
3 sudu besar Rempah Kabsah **
1 sudu besar pes halia dan bawang putih (1 inci halia di kisar dengan 5 ulas bawang putih)
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 sudu besar garam
1/2 cawan bawang merah, potong dadu
1/2 cawan tomato segar, potong dadu
1/4 cawan cili hijau, potong bulat

Penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Masukkan bunga cengkih, pelaga, lada hitam dan daun bay.
Tumis sebentar hingga naik bau dan masukkan bawang dan cili hijau.
Bila bawang layu, masukkan tomato, kacau rata.
Masukkan ayam, pes halia bawang putih, serbuk pati ayam dan rempah kabsah.
Tutup kuali dan biarkan sebentar.  Gaul ayam hingga rata.
Masukkan air hingga menutupi ayam dan masak hingga mendidih.
Tutup api dan angkat ayam keluar dan toskan.  Ketepikan untuk membuat ayam panggang.
Tapis air rebusan dan ketepikan 4 1/2** cawan untuk memasak nasi.
Baki air rebusan pula untuk memasak sup.

Nasi Kabsah
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit.
4 1/2 cawan air rebusan ** yang di ketepikan,
Garam secukup rasa.
Zafran atau pewarna kuning dan oren
1/2 cawan daun ketumbar hiris.
Hiasan, gajus, badam dan kismis goreng

Penyediaan :
Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam.
Tambahkan sedikit garam dan gaul rata.  Tunggu sehingga nasi masak.
Cucuk nasi dengan chopstick di beberapa tempat dan titiskan pewarna di dalamnya.
Tutup periuk seketika, kemudian tabur dengan daun ketumbar.
Gemburkan nasi menggunakan chopstick supaya nasi tidak patah.
Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar, gajus, badam dan kismis goreng.
dan Hidangan Sampingan Sup Rempah, Salata dan Salad

Bahan Sup Rempah Ayam :
Baki air rebusan ayam
1 biji ubi kentang, potong
1/2 biji carrot, potong
sedikit garam.

Masukkan air rebusan di dalam periuk bersama ubi kentang dan carrot.
Perasakan dengan sedikit garam dan masak hingga ubi empuk.

Bahan Ayam Kabsah Goreng atau Panggang :
Ayam yang telah di rebus
1 sudu besar minyak zaitun / minyak masak
1 sudu besar rempah Kabsah
sedikit garam

Penyediaan :
Gaul rata dan perapkan ayam tadi dengan bahan-bahan di atas.
Panggang di dalam oven atau pemanggang Ajaib
atau di goreng

Bahan Sos Salata
2 biji tomato
1 biji bawang besar
2 batang cabai hijau
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1 cawan hirisan daun ketumbar
Garam dan gula secukupnya

Cara :  Masukkan dalam pengisar dan kisar sekejap saja tidak terlalu halus.

Bahan Salad Arab 
1 cawan tomato dadu
1/2 cawan bawang besar merah dadu
1 cawan timun dadu
Sedikit perahan jus limau nipis atau lemon
1 sudu kecil minyak zaitun
Sedikit garam

Cara : Gaulkan semuanya hingga rata.

Nasi Arab Kabsah


Nasi Arab Kabsah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Oct 2018 0 comments

Minuman Tongsui

Minuman Tongsui -

Minuman Tongsui
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi Chef HassanHen

Bahan-bahan
1/2 cawan Kurma merah
1/4 cawan Longan kering
2 keping White Fungus
1 paket kacang Kacang Gingko
2 ketul gula batu putih
1 ketul gula batu perang
1/2 cawan Halwa Kundur
1.5 liter air atau secukupnya

Cara-cara :
Rendam white fungus hingga kembang kemudian gunting kecil.
Masukkan bersama bahan2 lain dan air ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih dan white fungus lembut.
Boleh di minum suam atau sejuk.

Nota : 
Penyejut badan
Sesuai untuk ibu2 dalam pantang
Baik untuk peredaran darah bagi kaum wanita
Penambahan susu badan untuk ibu menyusu

Minuman Tongsui


Minuman Tongsui shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Oct 2018 0 comments

Paprik Sotong Enaq

Paprik Sotong Enaq -

Paprik Sotong Enaq
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan:
1/2 kilo Sotong - cuci dan potong bulat
3 ulas bawang putih, hiris nipis
4 ulas bawang merah, hiris nipis
4 helai daun limau purut
1 biji cili merah- hiris menyerong
3 tangkai kacang panjang - potong 1 in
1 biji Tomato - belah 6
1 sudu kecil sos tiram
5 sudu besar sos cili Enaq
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Rebus air hingga mendidih.
  2. Celur sotong sekejap kemudian masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bawang dan daun limau purut hingga naik bau.
  5. Masukkan kacang panjang, goreng sekejap saja.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air jika terlalu pekat.
  7. Masukkan sotong, cili dan tomato hiris.
  8. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Masak sebentar dan sedia di hidangkan.


Paprik Sotong Enaq


Paprik Sotong Enaq shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Puteri Mandi Keledek Ungu

Puteri Mandi Keledek Ungu -

Puteri Mandi Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kelapa Sira

1/2 cawan gula melaka atau gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Masukkan air, gula, daun pandan dan garam ke dalam periuk.
  2. Apabila gula larut, masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati.
  3. Masak dengan api kecil hingga hampir pekat.
  4. Tutup api, keluarkan daun pandan dan ketepikan.

Bahan Doh Keledek
200 gm tepung pulut
50 gm tepung ubikayu
200 gm keledek ungu
1/4 sudu teh garam
Sedikit air rebusan ubi

Cara-cara :
  1. Keledek di buang kulit, cuci bersih dan rebus hingga empuk.
  2. Keluarkan keledek dan simpan air rebusan untuk menguli dan mengisar.
  3. Lecek keledek hingga halus.
  4. Gaulkan keledek bersama tepung pulut, tepung ubi dan garam.
  5. Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  6. Bulat2 doh dan tekan dengan ibu jari di tengahnya.
  7. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih.
  8. Masukkan doh tadi dan masak hingga terapung.
  9. Toskan dan masukkan ke dalam kelapa sira, gaul rata.
  10. Sedia di hidangkan.

Puteri Mandi Keledek Ungu



Puteri Mandi Keledek Ungu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Oct 2018 0 comments

Lepat Ubikayu Mudah

Lepat Ubikayu Mudah -

Lepat Ubikayu Mudah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi Chef Ruzita

Bahan-bahan
1/2 kg parutan ubi kayu
3 sudu besar gula pasir
3 keping gula melaka, racik halus
1/4 cawan air
1/2 cawan santan pekat

Daun pisang potong 13cm x 9cm, di layur api

Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Masukkan parutan ubikayu ke dalam periuk non-stick.
  3. Satukan gula pasir, gula melaka dan air, masak hingga gula larut.
  4. Masukkan santan dan kacau sebati. 
  5. Tuang ke dalam parutan ubikayu dan gaul hingga rata.
  6. Masak dengan api perlahan, sentiasa di kacau hingga adunan hampir pekat.
  7. Tutup api dan whisk hingga rata supaya tidak berketul.
  8. Letak 1 sudu besar adunan di atas daun pisang.
  9. Lipat dan susun di dalam pengukus.
  10. Kukus selama 15 minit.
  11. Sejukkan sebelum di hidangkan.


Lepat Ubikayu Mudah


Lepat Ubikayu Mudah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Oct 2018 0 comments

Steamboat & Grill

Steamboat & Grill -

Steamboat & Grill
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Sup Steamboat Jernih
1/2 kg tulang ayam
1 1/2 liter air
1 sudu besar stock ayam
1 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
Akar daun ketumbar
1 batang saleri, potong
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Sup Steamboat Tomyam
Untuk sup tomyam tambah thai cili paste, jus limau, sos ikan dan kiub tomyam dalam sup jernih

Bahan-bahan Steamboat
Makanan sejuk beku, Crabstick, Fishball, Fishcake
Sayuran Kangkung, Sayur Bok Choy, Cendawan Enoki, Jagung
Tauhu
Makanan laut, Sotong, Ketam, Udang, Kepah, Lala, Kerang dan lain-lain
atau boleh di pelbagaikan dengan bahan-bahan lain.

Bahan-bahan Grill
Hirisan Daging dan Ayam (perap dengan sedikit kicap cair, sos tiram dan serbuk lada putih)
dan Makanan Seafood

Cara-cara 
  1. Cuci dan rebus tulang sehingga mendidih selama 3-5 minit.
  2. Kemudian toskan semua airnya untuk membuang kotoran dan lemak.
  3. Cuci tulang bersih supaya sup menjadi jernih.
  4. Masukkan semula tulang ke dalam periuk dan air secukupnya. 
  5. Masukkan bahan-bahan lain dan rebus hingga mendidih.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Tutup api, keluarkan bahan-bahan dalam sup tadi.
  8. Kemudian masukkan bahan-bahan steamboat dan sayuran yang di sukai.
  9. Boleh di makan bersama mee atau bihun.


Steamboat & Grill


Steamboat & Grill shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
9 Oct 2018 0 comments

Telur Herbal Teh Cina

Telur Herbal Teh Cina -

Telur Herbal Teh Cina
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 bungkus rempah telur herbal cina, boleh di beli di pasaraya
10 biji telur saiz kecil D atau E
1 liter air
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
Cuci telur hingga bersih.
Rebus hingga keras.  Angkat dan toskan.
Ketuk kulit telur perlahan hingga retak tetapi jangan sampai pecah.
Masukkan kembali telur bersama 1 liter air, rempah herba ke dalam rice cooker.
Tutup dan biarkan mendidih dan airnya tinggal separuh.
Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit garam.
Biarkan mereneh hingga airnya tinggal 1 cawan.
Keluarkan telur, buang kulitnya dan hidangkan bersama dengan kuahnya

** Baik untuk pengaliran darah bagi kaum wanita.

Telur Herbal Teh Cina


Telur Herbal Teh Cina shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Rebung Masak Lemak Udang Daun Kaduk

Rebung Masak Lemak Udang Daun Kaduk -

Rebung Masak Lemak Udang Daun Kaduk
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm rebung segar, hiris nipis, rendam air
100 gm udang sederhana
2 batang serai, di ketuk
2 keping asam gelugor
1 inci gula melaka
garam secukup rasa
1 liter santan cair
200 ml santan pekat
Segengam dauk kaduk
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulang bawang putih
2 biji buah keras
2 tangkai cili merah, buang biji
6 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup atau serbuk

Cara-cara :
  1. Rebus rebung hingga lembut, toskan.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan serai, rebung, asam gelugur, kacau rata.
  4. Masukkan santan cair, masak hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan udang dan daun kaduk.
  7. Biarkan mendidih sehingga udang masak.
  8. Di hidang bersama nasi putih dan sambal belacan.


Rebung Masak Lemak Udang Daun Kaduk



Rebung Masak Lemak Udang Daun Kaduk shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Oct 2018 0 comments

Sichuan Hot & Sour Sup

Sichuan Hot & Sour Sup -

Sichuan Hot & Sour Sup
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Recipi by Chef Hassan Heng

Bahan A
1 keping dada ayam
1 liter air

Rebus ayam hingga masak, alihkan ke dalam mangkuk berisi sejuk.
Toskan, apabila sejuk, carik2 kan isi ayam.  Ketepikan.
Tapis air rebusan dan simpan untuk membuat sup.

Bahan B - Gaul dan perap
1/2 keping dada ayam, hiris halus memanjang
2 titis minyak bijan
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 kicap cair
1/2 sudu kecil tepung ubikayu

Bahan C
1/2 blok tauhu
1 keping black fungus, rendam
1 biji cendawan bulat segar
1 tangkai cili merah
1/2 batang carrot
4 hiris halia
4 hiris rebung segar atau dalam tin
1/2 packet cendawan Enoki
2 batang crabstick, carik2 kan
2 tangkai cili padi, jika suka pedas
2 sudu besar minyak untuk menumis

Tauhu, black fungus, cendawan, cili, carrot, rebung dan halia di hiris halus memanjang.

Bahan D
1 1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar cili bean paste, boleh di beli di pasaraya
2 sudu besar cuka hitam
1/2 sudu besar cuka apple
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam / chicken stock
2 sudu besar bancuhan tepung ubi
1 biji telur, kocok ringan

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis halia sebentar hingga naik bau, masukkan perapan isi ayam.
  2. Goreng sebentar hingga ayam masak.
  3. Masukkan air rebusan dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan carrot, rebung, black fungus, cendawan segar, dan cendawan enoki.
  5. Apabila mendidih masukkan kicap, lada putih, cili bean, cuka, gula, garam dan serbuk pati ayam.
  6. Kacau rata dan masukkan cili hiris dan tauhu.
  7. Masuk bancuhan tepung ubi, kacau rata.
  8. Tuang telur sambil di pusing dengan sudip hingga rata.
  9. Akhir sekali masukkan isi ayam carik dan crabstick.
  10. Masukkan ke dalam mangkuk, tuang sedikit minyak cili dan taburan daun sup.
  11. Sup boleh di makan begitu saja atau di hidang bersama mee, kwayteow atau di cicah roti.

Sichuan Hot & Sour Sup


Sichuan Hot & Sour Sup shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
6 Oct 2018 0 comments

Ayam Selasih Thai / Pad Krapow Gai

Ayam Selasih Thai / Pad Krapow Gai -

Ayam Selasih Thai / Pad Krapow Gai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping dada ayam (200 gm), cincang kecil
5 ulas bawang putih, cincang halus
4 tangkai cili padi, potong kecil
segengam daun selasih (Thai Basil)
2 sudu besar minyak untuk menggoreng
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil kicap pekat

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi sebentar.
Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam masak.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, gula dan kicap pekat.
Kacau hingga bergaul rata.
Akhir sekali masukkan daun selasih dan kacau hingga layu.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan telur mata.

Ayam Selasih Thai / Pad Krapow Gai


Ayam Selasih Thai / Pad Krapow Gai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 Oct 2018 0 comments

Ikan Panggang Garlic Butter

Ikan Panggang Garlic Butter -

Ikan Panggang Garlic Butter

Bahan-bahan
1 ekor bawal emas
1/4 sudu teh garam

Mentega Bawang Putih (Garlic Butter)
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih, parut halus
1 sudu kecil daun parsley kering

Sayuran Panggang
1 biji terung, belah 2
Salad butterhead belah 2
Tomato
Limau nipis

Cara-cara :
Cuci ikan dan lumur sedikit garam.
Satukan mentega bawang putih, gaul sebati.
Letak ikan di atas pemanggang, dan sapukan mentega hingga rata.
Letak sayuran, sapu mentega dan panggang sebentar.  Angkat.
Balik-balikkan ikan hingga masak.
Hidang bersama salad panggang dan perahan jus limau nipis.

Ikan Panggang Garlic Butter


Ikan Panggang Garlic Butter shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;