10 Nov 2021 0 comments

Apam Jepun

Apam Jepun -

Apam Jepun
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 cawan susu cair
1 biji telur A
1 cawan air
1/2 packet yis kering (6 gr)
3 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin cair 
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Inti Kacang Merah
200 gm kacang merah - rendam semalaman
500 ml air
100 gm gula merah
50 gm gula pasir
1 sudu besar sirap rose
1/8 sudu teh garam

Inti : Kacang Merah atau Chocolate Paste, Nutella, Jam atau Sekaya

Cara-cara :
Satukan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar hingga sebati.
Perap dalam pengisar selama 1 jam hingga adunan naik.
Oles acuan tipis dengan marjerin.
Panaskan dengan api paling kecil.
Tuang 1/4 adunan, biar sedikit mengering.
Isikan inti dan tutup dengan adunan hingga penuh.
Tutup acuan dengan penutup, masak hingga tepinya lekang.
Tutup api dan terbalik kan apam, biarkan selama 1 minit.
Keluarkan dari acuan.

Penyediaan Int Kacang Merah :
Rebus kacang merah hingga hampir empuk.  
Tambahkan sedikit air jika masih keras.  
Reneh hingga air tinggal sedikit di dasar periuk.  
Masukkan gula, gula merah, sirap rose dan secubit garam.  
Tutup periuk dan renehkan dengan api perlahan hingga inti kacang empuk dan kering.
Haluskan kacang ketika masih panas dengan garpu atau penekan.

Apam Jepun


Apam Jepun shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
19 Oct 2021 0 comments

Karipap Cendawan

Karipap Cendawan -

Karipap Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Doh Karipap :
500 gm Tepung Gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu makan Marjerin
1 sudu kecil garam
170 ml air ais
1 sudu besar air kapur jernih

Penyediaan :
  1. Cairkan minyak, marjerin dan garam.
  2. Tuangkan ke dalam tepung, gaul rata.
  3. Apabila sejuk, gaul sebati dengan tangan.
  4. Masukkan air kapur dan air ais sedikit-sedikit.
  5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  6. Canai nipis dan potong bulat.
  7. Isikan inti cendawan dan klim tepinya hingga tertutup.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Inti Cendawan :
200 gm isi ayam cincang
2 tin cendawan butang, potong dadu
1 labu bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, cincang    
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu teh garam
1 tangkai daun sup, hiris kasar

Penyediaan Inti :
  1. Panas minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah dan isi ayam. kacau hingga masak.
  3. Tuang sedikit air dan perlahan api hingga rempah garing dan masak.
  4. Masukkan cendawan, gaul rata.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam, lada putih dan garam.
  6. Akhir sekali, masukkan daun sup.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam doh karipap.

Karipap Cendawan




Karipap Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi -

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
500 gm telur ikan mayong
1 biji limau nipis
1 kotak santan (200 ml)
1/2 cawan air
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit segar
1 keping asam gelugor
1 batang serai - diketuk
5 tangkai cili api - ditumbuk lumat
1 sudu teh garam

Cara-caranya :
  1. Perap telur ikan selama 30 minit dengan perahan jus limau untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Kemudian bilas sebelum di celur.
  3. Didihkan air dan celur telur ikan sebentar. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk bawang, kunyit dan cili padi hingga lumat.
  5. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan dan air.
  6. Tambahkan asam gelugor, garam dan perasa secukupnya.
  7. Masak hingga mendidih.
  8. Masukkan telur ikan, masak sebentar dan tutup api.
  9. Biarkan telur ikan masak dengan haba dalam periuk.

Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi


Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
18 Oct 2021 1 comments

Ayam Bumbu Bambu

Ayam Bumbu Bambu -

Ayam Bumbu Bambu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
500 gm isi Ayam, potong kecil
1 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
1 sudu teh MAGGI Stok Ayam
1/2 sudu teh serbuk Lada Hitam
1/2 sudu teh Garam
60 gm MAGGI Pes Sambal Tumis  
10 helai Daun Ubi kayu

Bahan Kisar :
3 sm Halia
4 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
2 batang Serai
Bahan Hiris :
20 helai Daun Kesum
2 kuntum Bunga Kantan, dihiris halus

Cara Memasak :
  1. Perap ayam dengan MAGGI Cukup Rasa, MAGGI Stok Ayam, Serbuk Lada Hitam dan garam.
  2. Gaul sebati dengan MAGGI Pes Sambal Tumis, bahan Kisar dan bahan Hiris.  
  3. Rendam daun ubi kayu dengan sedikit garam, biarkan 5 minit. 
  4. Bilas dengan air dan toskan.
  5. Masukkan daun pisang ke dalam buluh, isikan dengan bumbu ayam hingga padat.
  6. Ambil daun ubi kayu dan letak di atas ayam.  Tutup dengan lebihan daun pisang.
  7. Cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka.
  8. Bungkus buluh dengan aluminium foil.
  9. Panggang di dalam oven selama 45 minit.
  10. Boleh di makan bersama nasi atau di cicah air asam.

Bahan Sos Air Asam :
3 ulas bawang merah, hiris 
3 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar jus limau nipis
4 tangkai cili padi, hiris 
1 tangkai daun ketumbar, hiris
2 sudu besar gula Kabung atau gula putih

Gaul semua bahan-bahan sos hingga rata.

Ayam Bumbu Bambu





Ayam Bumbu Bambu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kerepek Crabstik Ketagih

Kerepek Crabstik Ketagih -

Kerepek Crabstik Ketagih
By Kak Wan @ Resipicarasawan

Bahan-bahan :
100 gm Crabstik - di carik halus
2 sudu besar tepung jagung
50 gm kacang tanah goreng
2 tangkai daun kari - di goreng

Sambal Tumis : 
80 gm Bawang Holland
20 gm Bawang Putih
60 gm MAGGI Pes Sambal Tumis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil air asam jawa
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak untuk menumis
Penyediaan :
  1. Gaul Crabstik dengan tepung jagung.
  2. Goreng hingga garing dan toskan.
  3. Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.
  4. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan MAGGI Pes Sambal Tumis.
  6. Tambah air asam jawa, garam dan gula.
  7. Masak hingga sambal agak kering dan berkilat.
  8. Masukkan Crabstik dan gaul rata.
  9. Angkat dan leraikan dalam dulang pembakar.
  10. Oven selama 10 minit pada suhu 150C.
  11. Angkat dan tabur dengan kacang tanah dan daun kari.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Kerepek Crabstik Ketagih



Kerepek Crabstik Ketagih shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Puding Roti Bandung

Puding Roti Bandung -

Puding Roti Bandung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Bahan :
6 keping Roti
200 ml Air (1 cawan)
1000 ml Susu cair (4 cawan)
120 ml Susu Pekat (1/2 cawan)
secubit garam
14 gr Serbuk Agar agar
1 sudu kecil Vanilla esen
2 sudu kecil Sirap Rose
3 sudu besar Mentega / Marjerin

Loyang 8 inci, basahkan

Penyediaan :
  1. Buang tepi roti, ambil bahagian putih sahaja.
  2. Potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan setengah susu cair.
  3. Biarkan seketika hingga roti lembut. Kisar hingga halus.
  4. Tuang ke dalam periuk, masukkan baki susu cair, serbuk agar-agar, garam dan susu pekat.
  5. Kacau hingga larut dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  6. Tutup api, masukkan esen vanila dan mentega, kacau hingga sebati.
  7. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian adunan asal.
  8. Satu bahagian di campur Sirap Rose, sebatikan.
  9. Tuang 3 senduk kecil adunan sirap rose di dasar loyang.
  10. Di ikuti 3 senduk kecil adunan asal.
  11. Ulangi berselang seli hingga habis.
  12. Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.
  13. Keluarkan dari acuan dan potong.

Puding Roti Bandung


Puding Roti Bandung shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
12 Oct 2021 0 comments

Durian Cream Brulee

Durian Cream Brulee -

Durian Cream Brulee 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
50 gm isi durian, haluskan
300 ml susu sejat
2 sudu besar krimer manis 
125 ml whipping cream
2 biji telur 
3 kuning telur

4 mangkuk ramekin
1/4 cawan gula pasir untuk taburan

Penyediaan :
  1. Satukan isi durian, whipping cream, susu sejat dan krimer manis.
  2. Gunakan whisk tangan dan kacau di atas api perlahan hingga susu suam.
  3. Alihkan dari api.
  4. Kocok telur dan kuning telur, tuang sedikit susu suam dan kacau sebati.
  5. Kemudian tuang kembali campuran tadi ke dalam periuk berisi susu.
  6. Sebatikan dan panaskan semula dengan api perlahan.
  7. Sentiasa kacau hingga adunan sedikit pekat.
  8. Tuang 3/4 penuh ke dalam mangkuk ramekin.
  9. Letak mangkuk ke dalam bekas berisi air panas.
  10. Oven secara water bath pada suhu 170C selama 30-35 minit.
  11. Apabila sejuk, tabur gula pasir di atasnya.
  12. Oven pada suhu 200C di rak atas, api atas hingga gula menjadi karamel.
  13. Sedia di hidangkan bersama sos kastard.

Bahan Sos Kastard
1/2 tin susu sejat 
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil tepung kastard
1/2 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan sos, tapis dalam periuk
Masak dengan api perlahan hingga sos hampir pekat.
Hidang bersama Durian Cream Brulee.


Durian Cream Brulee



Durian Cream Brulee shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kayu Keramat Keledek

Kayu Keramat Keledek -

Kayu Keramat Keledek
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikabonat
50 gm keledek oren, kukus dan haluskan
1/4 sudu teh garam
20 gm Marjerin
40 gm gula kaster
5 gm Yis segera
120 ml air suam

Salutan : Gaul rata
1/4 cawan gula perang halus
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara :
  1. Larutkan Yis dengan air suam dan sedikit gula.
  2. Biar kembang dan berbuih.
  3. Satukan tepung, soda bikabonat dan keledek.
  4. Gaul rata dan masuk kan marjerin, gula dan garam.
  5. Tuang bancuhan yis dan uli hingga menjadi doh.
  6. Tutup doh dan biar mengembang 2 kali ganda.
  7. Kempis kan doh dan canai memanjang.
  8. Potong 5-7 cm dan bentuk kan lonjong seperti kayu.
  9. Panaskan minyak, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
  10. Golek kan di atas salutan gula perang kayu manis.
  11. Hidang dengan celupan sos Koko cili.


Sos Koko Cili
1/4 cawan serbuk koko
4 sudu besar air panas
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil serbuk cili

Cara-cara :
Larutkan serbuk koko dengan air panas dan susu pekat.
Masak dengan api kecil hingga larut.
Masuk serbuk cili dan gaul rata.


Kayu Keramat Keledek



Kayu Keramat Keledek shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
22 Sept 2021 0 comments

Pizza Arang Ratatouille

Pizza Arang Ratatouille -

Pizza Arang Ratatouille
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Doh pizza :

240 gm tepung roti (High Protein)
10 gm serbuk arang (Bamboo Charcoal Powder)
1/2 sudu besar gula halus
1 sudu teh garam
1/3 sudu teh pelembut roti (bread softener)
1/2 sudu teh instant yis
1/2 sudu teh baking powder
140 ml air sejuk ais
1/2 sudu makan marjerin

Sambal Mackerel :
1 tin kecil ikan Mackerel
2 sudu besar bawang Holland cincang
2 tangkai cili padi, hiris
1 sudu kecil jus limau nipis
1/4 teh garam
1 sudu besar minyak untuk menumis

Sayuran - potong bulat
Terung
Tomato
Bawang merah besar
Lobak hijau
Bijan jikan suka

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees
  2. Satukan semua bahan dan uli hingga lembut selama 15-20 minit.
  3. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian.
  4. Gelek doh, kemudian gulung tepinya membentuk bujur.
  5. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  6. Isikan dengan sambal ikan Mackerel dan ratakan.
  7. Susun hirisan sayuran berselang warna di atasnya.
  8. Sapu keliling pizza dengan kuning telur dan tabur bijan.
  9. Tutup permukaan pizza dengan aluminium foil
  10. Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah saja.
  11. 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah sehingga masak.
Penyediaan Sambal Mackerel :
  1. Hancurkan isi ikan Mackerel bersama sosnya.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga layu.
  3. Masukkan isi ikan, cili padi, jus limau dan garam.
  4. Masak sebentar dan sejukkan sebelum di isi ke dalam pizza.

Pizza Arang Ratatouille 





Pizza Arang Ratatouille shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
14 Sept 2021 0 comments

Ayam Butteryogurt Telur Masin

Ayam Butteryogurt Telur Masin -

Ayam Butteryogurt Telur Masin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 keping dada ayam, potong kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Gaul isi ayam bersama serbuk lada putih dan garam.
  2. Satukan tepung jagung, tepung gandum dan baking soda di dalam mangkuk.
  3. Gaul ayam bersama telur hingga rata.
  4. Kemudian celup ke dalam campuran tepung dan salut hingga rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga sedikit perang.
  6. Angkat dan toskan.

Sos Butteryogurt Telur Masin :
1 sudu besar mentega atau marjerin
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar pes telur masin
6 tangkai cili padi, potong kecil
4 ulas bawang putih, cincang
1 tangkai daun kari
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/4 cawan LACTEL Natural Yogurt

Penyediaan Sos :
Panaskan mentega dan minyak.
Goreng bawang putih, daun kari dan cili hingga wangi.
Masukkan pes telur masin, kacau rata.
Masukkan air, susu cair dan LACTEL Natural Yogurt
Akhir sekali masuk kan ayam dan gaul rata.


Ayam Butteryogurt Telur Masin





Ayam Butteryogurt Telur Masin shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Aug 2021 0 comments

Cheong Chee Fun Springroll

Cheong Chee Fun Springroll -

Chee Cheong Fun Springroll
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
8 keping kulit Rice Paper

Bahan Inti
100 gm isi udang cincang
100 gm Cendawan Shitake, potong dadu
1 tangkai daun bawang - potong halus
2 ulas bawang merah di cincang.
1 ulas bawang putih di cincang
1/2 sudu kecil AJI-SHIO® lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar minyak masak

Taburan : Bijan sangai, hirisan daun bawang dan bawang goreng

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan cendawan dan tumis hingga layu.
  3. Masukkan udang, tumis hingga udang berubah warna.
  4. Perasakan dengan kicap manis, kicap cair, minyak bijan dan AJISHIO lada hitam.
  5. Angkat dan sejukkan dahulu.
  6. Ambil sekeping Rice Paper, basahkan dengan sedikit dengan air.
  7. Letak inti cendawan dan gulung rapi.
  8. Tabur bijan, daun bawang dan bawang goreng.
  9. Siram dengan Sos Kicap.

Bahan Sos Kicap :
100 ml air
1/4 sudu teh AJI-SHIO® lada putih
3 sudu besar kicap manis
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung, larutkan dengan sedikit air

Penyediaan :
Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Masak sebentar hingga sos hampir pekat.


Cheong Chee Fun Springroll




Cheong Chee Fun Springroll shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
24 Jul 2021 0 comments

Chocolate Lava Puding Airfryer

Chocolate Lava Puding Airfryer -

Chocolate Lava Puding Airfryer
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
130 ml UHT Whipping Cream
110 gm Chocolate Hitam cair
50 gm Chocolate Hazelnut paste
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
2 sudu besar Susu pekat manis

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan dan whisk hingga sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas tahan panas.
  3. Isikan air panas di dalam bekas Airfyer.
  4. Letak bekas puding di dalamnya.
  5. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan hias dengan whipping cream dan buahan yang di sukai.
  7. Boleh terus di hidang atau di dinginkan dalam peti sejuk.

Chocolate Lava Puding Airfryer


Chocolate Lava Puding Airfryer shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
15 Jul 2021 0 comments

Tom Yam Kelapa Muda / Tomka

Tom Yam Kelapa Muda / Tomka -

Tom Yam Kelapa Muda / Tomka
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan:
1 biji Kelapa Muda, kerok isinya
800 ml air
200 gm Udang Galah
200 gm Sotong
2 keping isi ikan Siakap jika suka
1 biji Tomato, belah 6
1 biji Bawang Holland, potong baji
2 batang Serai, ketuk
3-4 keping hirisan Lengkuas
3-4  helai Daun Limau Purut
2 sudu besar Sos Ikan
4 sudu besar Tomyam Paste
1/2 kotak kecil Santan
Cendawan tiram
Daun Ketumbar, hiris
6-8 Cili Padi, ketuk
1/4 cawan jus Limau Nipis
Garam, Gula dan Perasa secukupnya

Penyediaan :
Satukan air kelapa, air, isi kelapa, serai, bawang dan lengkuas dalam periuk.
Masak hingga mendidih, masukkan daun limau purut, cili padi dan santan.
Masukkan sos ikan, jus limau nipis, Tomyam Paste, gula dan garam.
Tambah tomato hiris, cendawan dan daun ketumbar.
Akhir sekali masukkan sotong, isi ikan dan udang.
Masak sebentar dan sedia dihidang.


Tom Yam Kelapa Muda / Tomka


Tom Yam Kelapa Muda / Tomka shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Jul 2021 0 comments

Jagung Susu Cheese

Jagung Susu Cheese -


Jagung Susu Cheese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
3 ketul jagung, potong 4 setiap satu
1 tin susu sejat
1/2 tin air
2 sudu besar mentega tawar
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 sudu kecil garam
3 keping keju Cheesedale
1 sudu kecil daun parsley kering

Penyediaan :
  1. Rebus atau kukus jagung hingga masak, Toskan
  2. Cairkan mentega, tambah susu sejat, susu pekat, air dan garam.
  3. Masuk kan jagung, gaul rata.
  4. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan kepingan keju.
  6. Siramkan dengan kuah susu hingga keju cair.
  7. Tabur dengan parsley kering jika suka.

Jagung Susu Cheese


Jagung Susu Cheese shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Jul 2021 0 comments

Apam Pisang Buah Naga

Apam Pisang Buah Naga -

Apam Pisang Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B
200 gm Buah Naga
3 biji pisang emas
150 gm gula kaster
1 biji telor
150 ml santan pekat
200 gm tepung gandum

Hirisan pisang untuk hiasan

24 biji acuan kecil - gris dengan minyak

Cara Membuat :-

Satukan bahan A, Rehatkan hingga adunan berbuih selama 5 - 10 minit.
Satukan bahan B dan kisar halus.
Masukkan bahan A dan kaup balik hingga sebati.
Tutup bekas adunan dengan plastik wrap, rehatkan selama 1 jam.
Letak hirisan pisang di dasar acuan.
Masukkan adunan 3/4 penuh.
Panaskan pengukus dan kukus selama 15-18 minit hingga masak.


Apam Pisang Buah Naga


Apam Pisang Buah Naga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
21 Jun 2021 0 comments

Butterfly Pea Cheesecake

Butterfly Pea Cheesecake -

Butterfly Pea Cheesecake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Dasar Biskut :
150 gm biskut Digestive
70 gm mentega - cairkan

Loyang 7" Loose Base Tin

Penyediaan Dasar Biskut :
Gaul bahan dasar kek dan mampatkan ke dalam loyang.
Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk.

Bahan Kek Keju :
300 gm Cream Cheese
65 gm Gula Caster
1 sudu besar jus lemon
150 ml Dairy Whipping Cream
10 gm serbuk Bunga Telang
50 ml air
15 gm Gelatin

Penyediaan Kek Keju  :
  1. Larutkan serbuk bunga telang dengan sedikit air panas.
  2. Putar dairy whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
  3. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar kembang.
  4. Cairkan di dalam microwave atau secara double boil. Ketepikan.
  5. Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
  6. Kaup balik dengan gelatin cair dan whipping cream..
  7. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  8. Satu bahagian asal dan satu bahagian di gaul larutan bunga telang.
  9. Tuang lapisan asal ke dasar biskut, ratakan.
  10. Tuang pula lapisan bunga telang, lorek dengan chopstik untuk marblekan.
  11. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam hingga permukaannya set.
  12. Tuang lapisan topping dan bekukan di dalam peti sejuk.
  13. Potong menggunakan pisau yang di panaskan.

Topping Agar-Agar :
250 ml jus bunga telang
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil jus lemon

Penyediaan Topping :
Masak jus bunga telang, gula dan agar-agar hingga mendidih.
Tutup api dan masukkan jus lemon.
Kacau hingga wapnya hilang sebelum di tuang ke atas cheese cake.


Butterfly Pea Cheesecake



Butterfly Pea Cheesecake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Tom & Jerry Cheese Cake

Tom & Jerry Cheese Cake -

Tom & Jerry Cheese Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
300 gm coin coklat putih
Pewarna kuning lemon oil base

Bahan B
300 gm Cream Cheese
40 gm Gula Aising
1 sudu besar Susu Pekat Manis
150 gm Dairy Whipping Cream
1 sudu kecil Esen Vanilla
10 gm Gelatin
50 ml air

Bahan C - Filling
50 gm Nutella atau Jem

Cheese Silicon Mould - 5 nos
Biskut Digestive Hancur

Penyediaan Coklat :
  1. Cairkan coklat coin dalam microwave atau secara double boiler.
  2. Titiskan pewarna kuning dan kacau hingga coklat hampir sejuk.
  3. Tuang dan ratakan hingga menyaluti mould.
  4. Terbalik kan mould dan keluarkan lebihan coklat.
  5. Simpan lebihan coklat untuk di guna kemudian.
  6. Simpan di tempat beku hingga coklat keras.
Penyediaan Cheesecake :
  1. Putar Whipping Cream hingga hampir pekat.  Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dan air hingga kembang.
  3. Microwave hingga cair. 
  4. Putar Cream Cheese, gula, susu pekat dan esen vanilla hingga sebati.
  5. Kaup balik dengan whipping cream dan gelatin cair hingga rata.
  6. Masukkan ke dalam piping bag.
  7. Picit separuh adunan cheese ke dalam mould.
  8. Picit Nutella di tengahnya.
  9. Tutup dengan adunan cheese hingga hampir penuh.
  10. Simpan di tempat sejuk beku 1 jam hingga set.
  11. Keluarkan dan picit lebihan coklat yang di cairkan hingga penuh.
  12. Simpan di tempat sejuk beku sekurangnya 4 jam atau lebih bagi memudahkan di keluar dari mould.
  13. Hidang dengan serpihan biskut Digestive.

Nota :  Gunakan coklat berkualiti tinggi supaya tekstur coklat tidak menjadi keras.

Tom & Jerry Cheese Cake





Tom & Jerry Cheese Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;