30 Mar 2022 0 comments

Mee Bandung Special Aroma Kari

Mee Bandung Special Aroma Kari -

Mee Bandung Special Aroma Kari
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN PES
1 biji keledek oren, rebus dan haluskan
3 sudu besar udang kering direndam air panas)
10 tangkai cili kering direndam air panas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk perasa 
1/2 cawan minyak utk menumis

PENYEDIAAN PES HOMEMADE
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Panaskan minyak dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari, gula, garam dan serbuk perasa. 
  4. Masak hingga naik minyak. 
  5. Masukkan keledek dan kacau hingga pekat.
  6. Sejukkan dahulu.

BAHAN MEE BANDUNG (hidangan 4 orang)
1 kg mee kuning
1 paket Steamboat 5 in 1, potong
8 ekor udang
2 senduk Pes Bandung Homemade
4 cawan air rebusan udang
2 sudu besar minyak

PELENGKAP
Sayur sawi, celur
4 biji telur

PENYEDIAAN :
  1. Celur udang sebentar, toskan dan simpan air rebusannya.
  2. Panaskan minyak, masukkan pes bandung dan kacau. 
  3. Masukkan air rebusan udang, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan EB Steamboat 5 in 1.  Reneh sebentar.
  5. Pecah kan telur ke dalam cawan dan tuang ke dalam kuah. 
  6. Biarkan sebentar sehingga telur hampir masak.
  7. Masukkn mee kuning. udang dan sawi. 
  8. Perasa kan dengan gula dan garam sesuai rasa.
  9. Jika kurang pekat boleh tambah pes.

Mee Bandung Special Aroma Kari




Mee Bandung Special Aroma Kari shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
28 Mar 2022 0 comments

Ikan Stim Tociau

Ikan Stim Tociau -

Ikan Stim Tociau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor Bawal Emas
Potong ikan 2 cm tebal, jangan putus

PES HUMAN TOCIAU
4 sudu besar cili merah cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu besar Sinchuan Cili Bean
4 tangkai cili padi - jika suka pedas

Bahan Minyak Wangi

1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang, hiris
1 bawang besar, hiris
1/4 cawan minyak

Penyediaan :
  1. Panaskan , tumis bay leaf, bunga lawang, bawang hiris dan kayu manis.
  2. Apabila naik bau, keluarkan bahan2 tumis, tinggalkan minyak sahaja
  3. Masukkan bahan PES TOCIAU dan tumis hingga naik bau
  4. Panaskan pengukus, selitkan potongan carrot dan halia pada ikan.
  5. Letak Pes  Tociau dan kukus sebentar selama 6-7 minit.
  6. Hias cili hiris.

Ikan Stim Tociau


Ikan Stim Tociau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
15 Mar 2022 0 comments

Biskut Gulungan Kurma

Biskut Gulungan Kurma -

Biskut  Gulungan Kurma
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mentega
50 gm gula kaster
2  kuning telur
250 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

Jem Kurma
200 gm kurma, cincang halus
1/4 sudu teh serbuk kayu manis - optional
50 ml susu cair
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

Penyediaan 
  1. Cincang kurma hingga halus.
  2. Masukkan gula, mentega, serbuk kayu manis dan susu cair.
  3. Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di kuali.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bujur (4gm)
  5. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.
  6. Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
  7. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  8. Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
  9. Canai dan terap menggunakan penerap bulat.
  10. Leperkan sedikit supaya senang di lipat.
  11. Mmasukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.
  12. Untuk hiasan, sepit mengikut paten yang di sukai.
  13. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Gulungan Kurma


Biskut Gulungan Kurma shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Mar 2022 0 comments

Pau Cendawan

Pau Cendawan -

Pau Cendawan 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Inti Cendawan :
1 keping dada ayam, potong dadu
1 tin cendawan butang, cincang
1 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar stok pekat ayam
Secubit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan minyak. 
  2. Tumis bawang besar hingga layu. 
  3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan ayam dan tumis hingga ayam berubah warna.
  5. Masukkan cendawan, kacau rata.
  6. Masukkan air dan stok ayam. Masak hingga mendidih.
  7. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  8. Masak hingga inti agak kering. 
  9. Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam pau.

Doh Pau :
250 gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gm gula kaster
1/2 sudu kecil gula kaster
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
120 ml air suam
20 gm shortening

Bancuhan Kulit Cendawan :
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air
Satukan semua hingga larut, ketepikan. Adunan tidak terlalu cair atau pekat.

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. 
  2. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit.
  3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  5. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 9 biji. 
  6. Ketepikan 1 bahagian untuk tangkai cendawan.
  7. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  8. Untuk tangkai cendawan, guna lebihan adunan dan gentel bujur.
  9. Susun pau dan tangkai di dalam pengukus. 
  10. Rehatkan doh selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  11. Kemudian sapu bancuhan kulit cendawan dengan berus di permukaan pau. 
  12. Rehatkan doh sehingga permukaan doh kelihatan retak.
  13. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.
  14. Biarkan sejuk, cucuk bahagian bawah dengan chopstik untuk membuat lubang. 
  15. Celup hujung tangkai dalam lebihan bancuhan kulit cendawan.
  16. Masukkan ke dalam lubang tadi.
  17. Kukus sebentar selama 2 minit. Sedia di hidangkan.
Pau Cendawan


Pau Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
12 Mar 2022 0 comments

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong -

Sambal Tumis Sotong
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
300 gm Sotong
1 labu Bawang Besar, hiris bulat
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 sudu besar Gula Melaka
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®️

Bahan Kisar :
20 tangkai Cili Kering, rebus
1 biji Bawang Besar
6 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Udang Kering, rendam


Penyediaan :
  1. Cuci sotong, buang kulit dan belah 2.
  2. Kelar2 kan menyerong dan potong saiz sesuai.
  3. Masak air hingga mendidih.
  4. Celur sotong hingga bergulung, angkat dan toskan.
  5. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
  6. Masukkan bawang hiris.  Kacau hingga bawang layu.
  7. Masuk gula, garam dan AJI-NO-MOTO®️.
  8. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul rata.

Sambal Tumis Sotong





Sambal Tumis Sotong shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bubur Boba Tea dan Longan

Bubur Boba Tea dan Longan -

Bubur Boba Tea dan Longan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
1 cawan Boba Tea, boleh di beli di pasaraya 
5 cawan air, untuk merebus
Buah Longan Secukupnya

Sirap Teh Gula Melaka :
3 cawan air
1 cawan gula melaka racik
1 uncang Teh
1 helai daun pandan

Penyediaan :
  1. Sediakan Sirap Teh, masak air hingga mendidih.
  2. Masukkan uncang teh, rebus hingga keluar warna teh.
  3. Masukkan daun pandan dan gula melaka, masak hingga gula larut.
  4. Angkat dan tapis.  Bahagikan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian sirap untuk di gaul dengan Boba Tea.
  6. Satu bahagian sirap di jadikan sirap tambahan.
  7. Sementara itu panaskan air hingga mendidih.
  8. Masukkan Boba Tea dan rebus hingga menjadi jernih.
  9. Toskan dan siram di bawah air mengalir.
  10. Gaul dengan setengah Sirap Teh Gula Melaka hingga rata.
  11. Sendukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  12. Tambahkan Longan jika suka.
  13. Tuangkan Sos Santan dan Sirap, sedia dinikmati bubur berperisa teh.

Sos Santan Berkrim :
1 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak
1/2 cawan susu sejat
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan sedikit air

Penyediaan Sos Santan Berkrim :
Masak santan dan susu cair di atas api yang kecil sehingga mendidih.
Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah hampir pekat.
Masukkan garam secukup rasa.
Bubur Boba Tea dan Longan





Bubur Boba Tea dan Longan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
11 Mar 2022 0 comments

Asam Pedas Daging Tetel

Asam Pedas Daging Tetel -

Asam Pedas Daging Tetel
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
1/2 Kg Daging Tetel
1 batang Serai, di ketuk
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus daging
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu kecil gula
2 helai Daun Limau Purut
2 biji tomato, belah 4
1 batang carrot, potong kasar
2 biji ubi kentang, potong kasar
2 tangkai cili hijau, patahkan
1/4 cawan Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
10 tangkai Cili Kering
3 tangkai Cili Merah
5 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1/2 inci Kunyit 
1/2 inci Belacan
1/2 sudu kecil Lada Hitam
1/2 sudu kecil Jintan Manis, sangai
1/2 sudu kecil Jintan Putih, sangai


Penyediaan :
  1. Masukkan air, daging, serai dan garam ke dalam periuk.
  2. Rebus hingga daging lembut.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut  daging dan air rebusannya.
  5. Masukkan carrot dan kentang.
  6. Reneh hingga sayuran lembut.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau.

Asam Pedas Daging Tetel







Asam Pedas Daging Tetel shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bubur Bebola Labu

Bubur Bebola Labu -

Bubur Bebola Labu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
250 gm Labu
3 cawan Tepung Pulut
3 sudu Tepung Gandum
1/4 sudu teh Garam

Kuah Santan :
1 cawan Santan Pekat atau Santan Kotak
2 1/2 cawan Air
1/2 sudu kecil Garam
1 helai daun pandan, simpul

1/4 cawan sagu - di rebus hingga jernih
Tos dan alirkan di bawah air paip hingga keluar kanjinya.


Penyediaan :
  1. Labu di rebus dan di lecek hingga halus.
  2. Gaul bersama tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  3. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
  4. Gentel doh menjadi bebola bulat atau bujur.
  5. Masak air dan daun pandan hingga mendidih.
  6. Rebus bebola labu hingga terapung.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  8. Kemudian toskan.
  9. Satukan bahan Kuah Santan, masak hingga mendidih.
  10. Masukkan bebola labu, gaul rata.
  11. Hidang dengan sagu dan tuang sirap gula melaka sesuai kemanisannya.

Sirap Gula Melaka :
1 cawan air
200 gm gula melaka
1 helai daun pandan, simpul

Masak hingga gula larut dan tapis.

Bubur Bebola Labu


Bubur Bebola Labu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;