22 Aug 2020 0 comments

Puding Beras Tapai

Puding Beras Tapai -

Puding Beras Tapai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Recipe By Chef Wan

Bahan bahan
2/3 cawan Beras Nagasari Import ERA (dibasuh & ditoskan)
1 biji kulit buah lemon (diparut)
3 cawan air
1 tin Krimer Sejat ERA
1 cawan gula (dibahagi dua)
1 sudu besar mentega
1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
1/2 cawan tapai pulut
1 sudu besar tepung kastard
1/3 cawan krim pekat (dipukul sederhana kembang)
Secubit garam
Jus dari sebiji buah lemon

Bahan-bahan Tapai Pulut
2 cawan Beras Nagasari Pulut ERA
1 biji ragi, haluskan
4 sudu besar air
Daun pisang

Cara menyediakan Tapai Pulut
  1. Rendam beras selama 30 minit.
  2. Kukus selama 15 minit. 
  3. Selepas kukus, biarkan di suhu bilik sekejap.
  4. Campurkan ragi bersama beras pulut yang dikukus tadi.
  5. Biarkan seketika sebelum dibalut dengan daun pisang.
  6. Biarkan di suhu bilik selama 5 hari.

Cara menyediakan Puding Beras Tapai
  1. Didihkan air dan campurkan Beras Nagasari Import ERA bersama kulit buah lemon. 
  2. Tambah separuh daripada sukatan gula, secubit garam dan mentega. 
  3. Kemudian masukkan Krimer Sejat ERA.
  4. Pukul kuning telur bersama gula dan jus lemon di dalam mangkuk sehingga kembang.
  5. Sejukkan nasi yang dimasak tadi.
  6. Masukkan tepung kastard, nanas, tapai dan kuning telur yang dipukul.
  7. Setelah itu, gaulkan krim putar dan putih telur perlahan-lahan.
  8. Tuangkan ke dalam bekas acuan dan ayakkan sedikit gula aising di atas. 
  9. Bakar dalam dulang pembakar yang berisi air panas pada suhu 180’C selama 25 - 30 minit.
  10. Hidangkan panas atau sejuk.

Puding Beras Tapai


Puding Beras Tapai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
20 Aug 2020 0 comments

Halwa Kastard

Halwa Kastard -
 
Halwa Kastard
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A, Larutkan

1/2 cawan tepung custard
1 cawan air

Bahan B
1 1/4 cawan gula
1 cawan air
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu kecil serbuk pelaga 
1 sudu besar minyak sapi atau mentega

Biji labu atau badam hiris panggang
Oles acuan dengan sedikit minyak.

Penyediaan :

  1. Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
  2. Masuk jus limau nipis dan tuang bancuhan tepung kastard.
  3. Kacau sentiasa hingga pekat dan berkilat
  4. Tambah minyak sapi, serbuk pelaga dan kacau sebati.
  5. Tabur biji labu dalam loyang dan tuang kan kastard.
  6. Hentak loyang dan ratakan dengan spatula.
  7. Biar hingga sejuk sebelum di potong.

Halwa Kastard


Halwa Kastard shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
19 Aug 2020 0 comments

Roti Manis Jalur Gemilang

Roti Manis Jalur Gemilang - jjj
Roti Manis Jalur Gemilang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm tepung roti
25 gm gula halus
5 gm garam
210 ml susu suam
20 gm mentega atau marjerin

Pewarna, merah, putih, biru, kuning
Loyang 7x10 in alas baking paper

Penyediaan :
  1. Larutkan yis dan gula di dalam susu suam.
  2. Kacau dan tutup hingga yis berbuih.
  3. Masuk tepung ke dalam mangkuk pengadun.
  4. Tuang larutan yis dan putar hingga bergumpal.
  5. Masuk mentega dan putar hingga doh elastik.
  6. Uli doh dengan tangan.
  7. Masuk kembali ke dalam mangkuk pengadun.
  8. Tutup dan rehatkan doh selama 30 minit hingga mengembang 2 kali ganda.
  9. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  10. Bahagi doh dan warnakan mengikut warna bendera.
  11. Susun dalam loyang, tutup dengan kain lembab dan biar mengembang,
  12. Panaskan oven pada suhu 180C.
  13. Turunkan suhu pada 160C dan bakar selama 10 minit.
  14. Kemudian tutup loyang dengan aluminium foil.
  15. Turunkan suhu pada 150C dan bakar selama 10 minit lagi. 
Roti Manis Jalur Gemilang


Roti Manis Jalur Gemilang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
16 Aug 2020 0 comments

Bingka Roti Jagung

Bingka Roti Jagung -

Bingka Roti Jagung 
By Kak Wan @ Resipictarasawan

Bahan-bahan
15 keping roti sandwich
1/2 tin jagung cream
500 ml santan
500 ml susu segar
180gm tepung gandum
20 gm tepung kastard
3 biji telur 
100 gm gula halus
85 gm mentega cair
1/2 sudu teh garam halus

Hiasan : Jagung, badam hiris, kismis atau yang disukai
Acuan atau Loyang di gris marjerin,

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan, kecuali roti dan jagung krim. 
  2. Gaul rata dan masuk ke dalam pengisar.
  3. Buang tepi roti dan carik-carikkan ke dalam pengisar. 
  4. Kisar hingga halus.  Biarkan selama 20 minit. 
  5. Masuk jagung krim dan gaul hingga sebati.
  6. Panaskan acuan di atas api dapur sebentar.
  7. Tuang adunan hingga penuh, tabur badam atau kismis.
  8. Panaskan oven pada suhu 180C.
  9. Bakar selama 20-25 minit hingga masak.



Bingka Roti Jagung shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bihun Goreng Pink

Bihun Goreng Pink -
 
Bihun Goreng Pink
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 bungkus bihun, rendam air paip selama 30 minit
1/2 cawan minyak masak 

Bahan Tumbuk
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
2 sudu besar udang kering (rendam)

Bahan Perasa
1 sudu besar sos Tomato 
1 sudu besar sos Cili
4 sudu besar sos Labu
2 sudu kecil cuka makan
3 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 cawan air 
1 sudu kecil serbuk lada putih

Sayuran
1 ikat kangkung atau sawi
Taugeh

Penyediaan :
  1. Toskan bihun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan air, sos, bahan perasa dan bihun.
  4. Gaul rata, masak dengan api perlahan.
  5. Masuk kangkung, gaul rata.
  6. Tambah sedikit air jika perlu saja.
  7. Akhir sekali masukkan taugeh dan hirisan daun sup.
  8. Hidang dengan hirisan telur dadar, timun, sos cili dan perahan jus limau nipis.
Bihun Goreng Pink


Bihun Goreng Pink shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Aug 2020 0 comments

Krim Puffs Periuk Kera

Krim Puffs Periuk Kera -

Krim Puffs Periuk Kera
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 ml air
90 gm Marjerin Pelangi
1 sudu kecil gula
120 gm tepung gandum, diayak
200 gm telur (4 biji telur B), kocok ringan

Acuan muffin, di gris Marjerin Pelangi
Buah-buah segar, strawberry, kiwi, manga, nanas, anggur, limau manderin atau yang di sukai

Penyediaan :
  1. Satukan air, Marjerin Pelangi dan gula.  Masak hingga mendidih.
  2. Tutup api, masukkan semua tepung.
  3. Kacau segera hingga menjadi segumpal doh.
  4. Panaskan semula adunan dengan api perlahan.
  5. Kacau hingga kepingan nipis terbentuk di tepi periuk.
  6. Padamkan api, kacau doh hingga wapnya keluar dan suam.
  7. Masukkan telur satu per satu secara bertahap.
  8. Sebati kan telur hingga rata sebelum di masukkan telur berikutnya,
  9. Adunan mesti likat dan licin, masukkan ke dalam piping bag.
  10. Picit adunan bermula dasar acuan, terus melingkar hingga ke atas.
  11. Bakar di rak atas pada suhu 200c selama 15 minit.
  12. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 15 minit lagi.
  13. Setelah sejuk, isi dengan cream kastard dan hirisan buah.
  14. Tuang sedikit agar-agar untuk kilatan.

Penyediaan Cream Kastard
200 gm kastard segera - boleh di beli di kedai bakeri
400 ml air atau susu cair

Satukan kedua nya dan putar hingga pekat.

Penyedian Agar-agar untuk kilatan
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml air
1 sudu besar gula

Satukan dalam periuk, masak hingga mendidih.
Kacau hingga wapnya hilang, tuang ke atas buah-buahan.


Krim Puffs Periuk Kera


Krim Puffs Periuk Kera shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
3 Aug 2020 0 comments

Kek Lapis Chocolate Keju Cracker

Kek Lapis Chocolate Keju Cracker -

Kek Lapis Chocolate Keju Cracker
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan:
450 gram mentega tulin
250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik
100 gram gula halus
200 gm susu pekat manis (1/2 tin)
10 biji telur gred A
2 sudu kecil ovalette
300 gram tepung Hong Kong
60 gm serbuk koko
2 sudu besar coklat emulco
1 bungkus Thong Guan Cracker Cheese

1 cawan susu suam untuk mencelup biskut

Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya.
Cara-cara :
  1. Putar mentega, gula dan ovalette hingga kembang dan berkrim.
  2. Masuk cream cheese. Pukul sebati dan licin.
  3. Masuk telur satu persatu, putar hingga bergaul rata.
  4. Masuk susu pekat manis. putar dengan kelajuan rendah.
  5. Masuk tepung dan serbuk koko yang di ayak.
  6. Tambah coklat emulco, putar hingga sebati.
  7. Ambil 6 sudu besar (130 gm) adunan, ratakan di atas loyang. 
  8. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit pada suhu 180C.
  9. Bila permukaan kek sedikit perang,  keluarkan loyang.
  10. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek.
  11. Celup ringan biskut cracker dalam susu, susun atas kek pada setiap lapisan kedua.
  12. Ulangi langkah seterusnya hingga selesai.
  13. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil.
  14. Bakar api atas dan bawah 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.
Kek Lapis Chocolate Keju Cracker


Kek Lapis Chocolate Keju Cracker shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;