31 Jul 2019 0 comments

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit -

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
300 gm kunyit segar, cuci bersih
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
2 keping gula merah / melaka (60 gm)
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar asam jawa

Cara-cara :

  1. Rebus bahan A hingga mendidih dan warna kunyit keluar.
  2. Setelah suam, kisar bersama air rebusan hingga halus.  Ketepikan.
  3. Masak bahan B hingga gula larut.
  4. Masukkan kunyit kisar tadi dan masak hingga mendidih.
  5. Tapi ke dalam jug sebanyak 2 kali untuk mengeluarkan hampasnya.
  6. Sedia di minum panas atau sejuk.
  7. Boleh di tambah sedikit madu untuk rasa yang lebih enak.


Nota : Jika tiada kunyit segar, boleh juga menggunakan serbuk kunyit

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit


Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
28 Jul 2019 0 comments

Jagung Panggang Ala Mexico

Jagung Panggang Ala Mexico -

Jagung Panggang Ala Mexico
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 batang Jagung
1 sudu besar mentega
1/4 cawan mayonis
2 sudu besar Keju Feta tau Cheddar
Serbuk paprika
Hirisan daun ketumbar
Lemon

Cara-cara :
  1. Rebus jagung dan mentega selama 15-20 minit,  angkat dan toskan.
  2. Sapu mentega pada jagung dan panggang di kedua belah hingga terbakar.
  3. Angkat dan sapu rata dengan mayonis.
  4. Tabur dengan parutan keju, serbuk paprika dan daun ketumbar.
  5. Perah sedikit lemon jus semasa menikmati.
  6. Boleh di hidang bersama salad dan sos Kewpie.

Jagung Panggang Ala Mexico


Jagung Panggang Ala Mexico shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
27 Jul 2019 0 comments

Panna Cotta Buah Naga

Panna Cotta Buah Naga -

Panna Cotta Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Panna Cotta
500 ml susu segar (2 cawan)
100 ml sour cream / yogurt (1/4 cawan)
75 gm gula pasir (1/3 cawan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil serbuk jelly

Cara-cara :
  1. Satukan susu, gula, serbuk agar dan serbuk jelly.
  2. Kacau dan panaskan hingga gula larut.
  3. Tak perlu hingga mendidih.
  4. Ambil satu senduk adunan, campurkan dengan sour cream.
  5. Kacau rata dan tuang kembali ke dalam periuk.
  6. Masak sebentar, setelah rata, tuang ke dalam gelas dessert.
  7. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
  8. Tuang puri buah naga dan hias dengan potongan buah naga.

Puri Buah Naga
1 biji buah naga merah
1 sudu besar jus lemon
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1 sudu besar air

Cara-cara :
  1. Haluskan buah naga dengan garfu.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama gula, air dan jus lemon.
  3. Apabila mendidih, masukkan larutan tepung jagung.
  4. Kacau dan tapis untuk mengeluarkan bijinya.
  5. Setelah sejuk, tuang ke atas panna cotta.
Panna Cotta Buah Naga



Panna Cotta Buah Naga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ais Cream Buah Naga

Ais Cream Buah Naga -

Ais Cream Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber Ummi Sakinah @CookpadMalaysia

Bahan-bahan
1/2 biji buah naga
100 gm ais
3 sudu besar perahan jus lemon
4 sudu besar susu pekat manis

Langkah :
  1. Campur semua bahan ke dalam pengisar
  2. Kisar sampai halus dan sebati
  3. Isi ke dalam bekas ais krim
  4. Simpan dalam peti sejuk beku


Ais Cream Buah Naga


Ais Cream Buah Naga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Jul 2019 0 comments

Buah Naga / Pitaya

Buah Naga / Pitaya -

Buah Naga / Pitaya
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Buah Naga (Dragon Fruit dalam English) ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae berasal dari Amerika Selatan.

Isi buah naga ada yang berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Isinya lembut dan berjus.  Buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan, minuman, smoothie, jelly, kek, puding atau kuih. 

Selain dari itu, buah naga mempunyai banyak manafaatnya :-
Sumber Info :  Bidadari.com

  1. Melambatkan kesan penuaan pada kulit muka ( anti penuaan )
  2. Menghalang sel kanser daripada menjadi aktif
  3. Meningkatkan kesihatan jantung
  4. Mengatasi masalah sembelit
  5. Meningkatkan sistem imun
  6. Menurunkan tekanan darah tinggi
  7. Menstabilkan paras gula bagi pesakit diabetis
  8. Meningkatkan selera makan
  9. Menguatkan tulang dan gigi
  10. Mencantik dan menyuburkan rambut
  11. Mencegah dan mengurangkan anemia
  12. Mencegah glaukoma  kongenital
  13. Menyembuhkan luka dengan Cepat


Buah Naga / Pitaya


Buah Naga / Pitaya shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
25 Jul 2019 0 comments

Custard Sponge Cake Cannoli

Custard Sponge Cake Cannoli -

Custard Sponge Cake Cannoli
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Adunan Kek Sponge
2 biji telur B
40 gm gula kaster (3 sudu besar)
1/2 sudu teh jus lemon /1/4 sudu teh cream tartar
40 gm tepung gandum (4 sudu besar)
5 gm susu tepung (1 sudu besar)

Loyang alas dengan Glad baking paper
atau gris mentega dan tabur tepung

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C selama 10 minit
  2. Asingkan kuning dan putih telur.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan putar sebati hingga kental.
  4. Masukkan kuning telur, putar sebati.
  5. Masukkan susu tepung, jus lemon dan putar lagi.  Scrap biar rata,
  6. Masukkan tepung sedikit sedikit, kaup balik hingga rata.
  7. Masukkan dalam piping bag dan picit lingkaran bulat 4cm dia.
  8. Alas loyang dengan kertas minyak,  Picit adunan bentuk lingkaran bulat 4cm dia, ratakan atasnya dengan spatula
  9. Bakar 170C selama 8 - 10 min
  10. Sejukkan di atas redai, tabur dengan gula aising
  11. Terbalikkan picit whiping cream, tabur potongan buah dan katupkan.
  12. NOTA :  Jangan terlebih adun adunan, adunan mestilah kental, tidak meleleh, bila di picit di atas loyang bentuknya kekal.


Filling Cream Custard

Bahan-bahan
1 biji telur B
130 ml susu segar
5 gm tepung gandum
5 gm tepung jagung
20 gm gula kaster
5 gm mentega tawar
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan B
100 gm dairy whipping cream
Putar hingga kental, ketepikan.

Whisk telur dan gula hingga berkrim, masukkan tepung dan tuang susu.
Kacau sebati dan tapis ke dalam periuk.
Masak dengan api kecil sambil di kacau hingga pekat.  Tutup api.
Masukkan mentega dan esen vanila, kacau sebati.
Biarkan suam, kaup balikkan dengan bahan B hingga rata.
Masukkan dalam piping bag, picit ke dalam kek.

Custard Sponge Cake Cannoli


Custard Sponge Cake Cannoli shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Jelly Cocktail

Jelly Cocktail -

Jelly Cocktail
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Agar-agar Santan
50 gm (1 packet serbuk santan)
600 ml air (3 cawan)
75 gm gula pasir (1/3 cawan)
2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil serbuk jelly (Nutrijell/Konnyaku)

Agar-agar Jernih
600 ml air (3 cawan)
60 gm gula pasir (1/4 cawan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil serbuk jelly

Potongan buahan, kiwi, strawberry, manga, anggur
2 Acuan Jelly 6 in

Cara-cara :


  1. Satukan bahan agar-agar santan di dalam periuk.
  2. Kacau hingga larut dan masak hingga mendidih.
  3. Tuang ke dalam satu acuan hingga penuh.
  4. Simpan di dalam petisejuk hingga beku.
  5. Keluarkan dari acuan dan potong 12 kepingan.
  6. Susun 6 kepingan pada setiap acuan, berselang.
  7. Bahagian yang kosong isikan dengan potongan buah-buahan.
  8. Satukan bahan agar-agar jernih di dalam periuk.
  9. Masak hingga mendidih.
  10. Setelah wapnya hilang, tuang ke dalam acuan berisi buahan hingga penuh.
  11. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.


Jelly Cocktail


Jelly Cocktail shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
23 Jul 2019 0 comments

Kuah Rojak Mudah

Kuah Rojak Mudah -

Kuah Rojak Mudah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
1/2 botol kicap lemak manis
1/2 botol sos cili
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk belacan
6 tangkai cili kering
3 cili padi, jika suka, potong kecil
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
4 sudu besar bijan - goreng tanpa minyak
1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)

Cara-cara :

  1. Rebus cili kering dan kisar dengan belacan hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama kicap, sos cili, gula merah dan gula pasir.
  3. Kacau di atas api perlahan hingga larut.
  4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, tuang ke dalam kuah.
  5. Kacau hingga mendidih dan kuah hampir pekat.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan bijan.
  7. Hidang bersama buahan rojak.


Kuah Rojak Mudah


Kuah Rojak Mudah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Oreo Layer Brownies

Oreo Layer Brownies -

Oreo Layer Brownies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mentega
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
1 cawan oreo kisar
100 gm chocolate masakan - potong kecil
300 gm gula perang
3 biji telur A - kocok ringan
2 sudu kecil esen vanila

Topping
300 gm coin coklat putih / coklat chips putih
100 ml dairy whipping cream
8 keping oreo, patah kecil

Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
  1. Cairkan mentega dan coklat masakan secara double boiler.
  2. Masukkan serbuk koko, kacau dan masukkan gula perang, gaul rata.
  3. Angkat dan masukkan telur sedikit-sedikit.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung dan oreo kisar, gaul rata.
  5. Tuang ke dalam loyang, ratakan.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 45 minit atau hingga masak.
  7. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat, keluarkan dari oven.
  8. Untuk topping, cairkan mentega dan coklat putih secara double boiler.
  9. Setelah larut, angkat dan masukkan kepingan oreo.
  10. Gaul rata dan tuang ke atas lapisan bawah.
  11. Simpan di dalam peti sejuk hingga coklat mengeras.
  12. Potong menggunakan pisau yang di panaskan.


Oreo Layer Brownies


Oreo Layer Brownies shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
22 Jul 2019 0 comments

Brownie Biskut Marie

Brownie Biskut Marie -

Brownie Biskut Marie
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mentega
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1 cawan Milo
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu kecil esen vanila
200 gm biskut marie, patahkan
1 cawan tepung gandum
3 biji telur, kocok ringan

Toping Ganache
250 gm coklat susu (milk chocolate)
50 gm coklat hitam (dark chocolate)
250 ml dairy whipping cream

Loyang 10in Loose Base, di alas kertas minyak

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega. masukkan serbuk koko, milo, esen, air dan susu pekat.
  2. Kacau hingga larut dan licin.
  3. Angkat dari api dan masukkan telur sedikit sedikit.
  4. Setelah sebati, masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan biskut marie gaul dan ratakan di dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit atau hingga permukaan atas set.
  7. Sejukkan dahulu.
  8. Untuk topping, panaskan whipping cream secara double boiler.
  9. Masukkan coklat yang telah di potong kecil.
  10. Kacau hingga coklat cair dan tuang ke atas brownie.
  11. Simpan di dalam petisejuk sehingga coklat beku.
  12. Keluarkan, biarkan pada suhu bilik sebentar.
  13. Potong menggunakan pisau yang di panaskan.


Brownie Biskut Marie


Brownie Biskut Marie shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
18 Jul 2019 0 comments

Tempoyak Ikan Bilis Petai

Tempoyak Ikan Bilis Petai -

Tempoyak Ikan Bilis Petai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  Melatiey

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm kunyit atau sedikit serbuk kunyit
Segenggam cili padi
Segenggam Ikan bilis
3 sudu tempoyak atau lebih
1 helai daun kunyit - buang urat, hiris halus
1/2 cawan Petai
1 cawan air
Gula, garam & serbuk perasa

Cara-cara :
Tumbuk bawang putih, bawah merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan tumis hingga garing.

Masukkan ikan bilis, gaul sebati
Tambahkan tempoyak dan air.
Kacau rata dan masak hingga hampir pekat.
Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan petai dan hirisan daun kunyit.
Reneh sebentar hingga masak dan pekat.

Tempoyak Ikan Bilis Petai


Tempoyak Ikan Bilis Petai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
14 Jul 2019 0 comments

Sourcream Durian Butter Cake

Sourcream Durian Butter Cake -

Sourcream Durian Butter Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm (2 cawan)  tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
150 gm mentega
225 (1 cawan) gm gula caster
1 1/2 sudu kecil esen vanilla / esen durian
3 biji telor size A
85 gm (1/3 cawan) sour cream atau yogurt
165 ml (2/3 cawan)  susu cair
1 cawan isi durian
1 sudu besar susu pekat manis

Loyang 8in gris mentega, tabur tepung

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. 
  2. Lecek isi durian hingga halus, gaul dengan susu pekat hingga sebati.  Ketepikan.
  3. Ayak tepung dan baking powder.
  4. Satukan susu, sour cream dan esen vanila, kacau rata,
  5. Putar mentega dan gula hingga sebati.  
  6. Scrap tepi mixer dengan spatula supaya mentega dan gula bergaul rata.
  7. Putar lagi hingga putih dan berkrim.
  8. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
  9. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan sourcream tadi. 
  10. Putar perlahan hingga rata. 
  11. Tuang separuh adunan ke dalam loyang, kemudian sudukan isi durian hingga penuh.
  12. Tuang baki adunan dan ratakan.  Hentakkan loyang sedikit.
  13. Bakar di rak tengah selama 40 minit atau hingga masak.


Sourcream Durian Butter Cake


Sourcream Durian Butter Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Jul 2019 0 comments

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka -

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kek
125gm vanila sponge mix
125gm telur (3 biji grd B)
30ml air
30ml minyak jagung
1 sudu teh pandan emulco

Loyang 9 in di alas kertas minyak
Loyang 8 in (Loose base tin)

Cara-cara :
  1. Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  2. Tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung dan pandan emulco, putar hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang 9", bakar selama 25-30 minit pada suhu 180C. 
  5. Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas redai.  Biar sejuk.
  6. Trim bahagian atas kek dan sediakan bahan-bahan puding.

Lapisan Puding Gula Melaka
200 ml santan kotak
200 ml air
1 1/2 sudu teh (6 gm) serbuk agar-agar
1/3 cawan gula merah / gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkwee
1 kuning telur
1/4 sudu teh garam

Lapisan Puding Santan Cendol
200 ml santan kotak
200 ml air
1 1/2 sudu teh (6 gm) serbuk agar-agar
1/3 cawan gula halus
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh tepung Honkwee
1 cawan cendol

Lapisan Puding Kastard Durian
200 ml santan kotak
200 ml air
1/2 cawan isi durian di lecek
2 sudu teh (8 gm) serbuk agar-agar
1/3 cawan gula halus
2 sudu teh tepung kastard
1 sudu teh tepung Honkwee
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
Letak lapisan kek pada dasar loyang 8in yang di basahkan terlebih dahulu.
Satukan semua bahan Puding Gula Melaka kecuali kuning telur.
Apabila agar-agar larut, ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur.
Kacau rata dan tuang semula ke dalam adunan agar-agar.
Kacau sebentar, tutup api dan tapis.
Tuangkan ke atas kek dan biarkan sejuk dan mengeras.

Satukan semua bahan Puding Santan Cendol kecuali cendol.
Masak hingga agar-agar larut.
Tuang ke atas lapisan puding gula melaka.
Tabur cendol hingga rata dan biarkan sejuk dan mengeras.
Setelah keras, cakar sedikit permukaan dengan garfu.

Untuk lapisan Puding Kastard Durian, kisar isi durian dan air hingga halus.
Tapis dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
Masak hingga meletup-letup, kacau rata dan tuang ke atas lapisan puding santan.
Simpan dalam peti sejuk hingga keras sebelum di potong dan hidang.

Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka


Puding Kek Durian Cendol Gula Melaka shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kek Keju Durian Hangus

Kek Keju Durian Hangus -

Kek Keju Durian Hangus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gram cream cheese
1 cawan isi durian, lecek halus
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1/3 cawan santan kotak
1/4 sudu teh garam
Esen durian / vanila

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan durian, putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, santan, garam dan esen, putar rata.
  4. Tuang ke dalam bulat 6 inci yang di alas kertas baking.
  5. Bakar suhu 200 selama 40 minit secara double boiler.
  6. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong dan hidang.


Kek Keju Durian Hangus


Kek Keju Durian Hangus shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
9 Jul 2019 0 comments

Spaghetti Chutney Pudina

Spaghetti Chutney Pudina -

Spagetthi Chutney Pudina
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm spaghetti
1 sudu kecil garam

Chutney Pudina
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
3 tangkai cili hijau
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar jus lemon / limau
1 sudu teh gula
5 sudu besar yogurt
2 sudu besar minyak zaitun

Toping - Cherry tomato dan daun ketumbar

Cara-cara :

  1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam hingga lembut.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Satukan bahan2 chutney ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  4. Gaul spaghetti dengan chutney hingga rata,
  5. Hidang bersama tomato dan daun ketumbar.


Spaghetti Chutney Pudina



Spaghetti Chutney Pudina shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;