30 Jun 2019 0 comments

Mac & Cheese Hipster Burger

Mac & Cheese Hipster Burger -

Mac & Cheese Hipster Burger
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm elbow macaroni
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
serbuk lada hitam untuk perasa
2 cawan susu cair
2 cawan parutan keju mozzarella
1/4 cawan parutan keju cheddar

Bahan Batter
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1/2 sudu teh garam

Bahan Salutan
4 cawan cornflakes di ramas kasar

Bahan Burger
4 keping daging burger, perap sos BBQ
4 kepingan keju cheddar
2 biji tomato, hiris nipis
Daun salad
Kobis ungu, hiris halus

Cara-cara :
Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus macaroni hingga lembut.
Angkat dan toskan, gaul sedikit minyak supaya tidak melekat.  Ketepikan,
Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung gandum, garam dan serbuk lada hitam.
Tuang susu cair dan kacau rata.
Masukkan parutan mozzarella dan cheddar, kacau hingga keju cair.

Masukkan macaroni dan gaul hingga bersalut rata.  Biarkan sejuk.
Setelah itu masukkan macaroni ke dalam acuan bulat, tekan padat.
Keluarkan dari acuan dan simpan di dalam peti sejuk hingga keju mengeras.
Satukan bahan batter, adunan tidak terlalu pekat atau cair.
Celup burger macaroni ke dalam batter dan gulingkan ke atas bahan salutan.
Panaskan minyak dan goreng terendam hingga kekuningan.

Angkat dan toskan.  Ketepikan dulu.

Panggang daging burger hingga masak.
Lapis macaroni dengan salad, tomato dan kobis.
Letak daging burger di atasnya bersama kepingan keju cheddar.

Lapis atasnya dengan satu lagi macaroni.
Sedia di hidang gaya hipster.

Mac & Cheese Hipster Burger






Mac & Cheese Hipster Burger shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Jun 2019 0 comments

Yorkshire Pudding

Yorkshire Pudding -

Yorkshire Pudding
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji telur A
180 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
200 ml susu cair
1/4 sudu teh garam
Minyak masak

Acuan muffin - menghasilkan 8 biji

Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 200C.
Pukul telur hingga kembang dan berbuih.
Masukkan susu dan garam, kacau sebati.
Masukkan tepung yang di ayak dan gaul rata.
Masukkan ke dalam jug kecil supaya senang menuang.
Atau satukan semua ke dalam pengisar dan kisar halus.
Gris acuan dengan minyak dan masukkan 1 sudu kecil minyak setiap lubang acuan.
Panaskan sehingga minyak betul2 panas.
Keluarkan dari oven dan tuang adunan hingga penuh.
Bakar selama 20 minit atau sehingga kembang dan keperangan.
Sedia di makan bersama inti tuna, daging atau ayam.

Inti Tuna Mayonis
1 tin Tuna/Mackerel/Sardine Ayambrand, buang airnya
2 sudu besar bawang besar cincang
1 sudu besar cili merah cincang
1/2 batang timun, buang biji dan potong kiub
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
secubit garam
1 sudu besar perahan jus limau nipis

Gaulkan isi tuna dan semua bahan hingga rata dan hidang bersama yorkshire pudding.

Yorkshire Pudding


Yorkshire Pudding shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
18 Jun 2019 0 comments

Corn Flakes Madu

Corn Flakes Madu -

Corn Flakes Madu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/4 cawan (60 gm) mentega atau marjerin
1/4 cawan gula perang
3/4 cawan madu
1 sudu kecil esen vanila
250 gm corn flakes

Hiasan yang di sukai :  Bijai sangai, manik gula, cornflakes honey star

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega, masukkan gula perang dan kacau hingga larut.
  2. Masukkan madu dan masak di atas api sederhana hingga berbusa.
  3. Tutup api, masukkan cornflake dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam cawan kertas. tabur dengan hiasan yang di sukai.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 8 minit atau hingga kekuningan.
  6. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.


Corn Flakes Madu


Corn Flakes Madu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
15 Jun 2019 0 comments

Rendang Kulat Sisir

Rendang Kulat Sisir -

Rendang Kulat Sisir
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm kulat sisir
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa pekat
1 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit, hiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
3 cm halia

Cara membuatnya:

  1. Cuci kulat dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biar mendidih,
  4. Masukkan kulat, air asam jawa dan kerisik.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Apabila hampir pekat, masukkan hirisan daun kunyit.
  7. Kacau hingga hampir kering.
  8. Enak di makan dengan nasi putih atau pulut.


Rendang Kulat Sisir



Rendang Kulat Sisir shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Jun 2019 0 comments

Cornflakes Telur Masin

Cornflakes Telur Masin -

Cornflakes Telur Masin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
120 gm mentega / marjerin (1/2 blok)
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi, hiris
1 sudu besar Pes Telur Masin Nurell
1 sudu kecil gula
250 gm cornflakes
100 gm kacang tanah goreng
50 gm bawang putih goreng

Cara-cara :
Cairkan marjerin, masukkan daun kari.  Kacau sebati.

Masukkan Nurell dan cili padi. masuk gula dan gaul rata.

Masukkan cornflakes, kacang tanah dan bawang putih goreng, gaul hingga bersalut rata.

Angkat dan simpan di dalam botol kaca atau bekas kedap udara.

Cornflakes Telur Masin


Cornflakes Telur Masin shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
11 Jun 2019 0 comments

Jeruk Nanas dan Anggur

Jeruk Nanas dan Anggur -

Jeruk Nanas dan Anggur
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 biji nanas potong2
1 tangkai anggur hijau atau merah belah dua
10 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3/4 cawan gula pasir
1 cawan air
3 sudu besar perahan jus limau kasturi
2 sudu teh garam

Cara-cara  :
  1. Kisar cili dengan air hingga halus
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama gula dan garam.
  3. Masak hingga mendidih, masukkan jus limau kasturi.
  4. Reneh hingga hampir pekat.  Tutup api biarkan sehingga sejuk.
  5. Tuang ke atas potongan nanas dan anggur. 
  6. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kuahnya meresap.

Jeruk Nanas dan Anggur


Jeruk Nanas dan Anggur shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Jun 2019 0 comments

Kek Lapis Keju Oren

Kek Lapis Keju Oren -

Kek Lapis Keju Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
450 gm mentega
10 biji telur A
220 gm gula halus (1 cawan)
1 tin susu pekat manis
2 sudu kecil ovalette
360 gm tepung Hong Kong
500 gm cream cheese, suhu bilik
2 sudu kecil orange emulco
Sedikit pewarna oren

Loyang 9in - Gris dan alas dasar loyang sahaja

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.
  3. Dalam bekas lain, putar cream cheese hingga lembut.
  4. Masukkan susu pekat, putar hingga licin dan tidak berketul.
  5. Campurkan adunan mentega dan adunan cheese, sebatikan.
  6. Masukkan tepung, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  7. Satu adunan asal dan satu di beri pewarna oren dan oren emulco.
  8. Ketepikan 6 sudu besar adunan untuk hiasan.
  9. Ratakan 9 sudu besar adunan oren (150 gm) ke dalam loyang.
  10. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8 minit.
  11. Tukar api atas saja dan ratakan adunan asal.  Bakar selama 8 minit.
  12. Buat berselang seli adunan hingga habis.
  13. Untuk lapisan terakhir, tompokkan adunan hiasan dan lorekkan.
  14. Turunkan suhu kepada 150C dan bakar hingga masak,
  15. Jangan terlalu perang supaya akan menegelamkan corak di atas.
  16. Kek ini juga boleh di kukus.


Kek Lapis Keju Oren



Kek Lapis Keju Oren shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
2 Jun 2019 0 comments

Kek Buah Kukus

Kek Buah Kukus -

Kek Buah Kukus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250gm mentega
300gm gula pasir
50ml air panas
500gm mixed fruits
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Bahan Ayak
360gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu kecil serbuk buah pala

Loyang 9in - di alas dan di gris dasar dan kelilingnya

Cara-cara :
  1. Masak gula pasir hingga perang, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan.
  2. Tuang di bahagian tepi periuk supaya tidak terpercik.  
  3. Masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
  4. Masukkan mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.  
  5. Ketepi dan biarkan sejuk.
  6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixed fruit dan gaul hingga rata menggunakan sudip kayu.
  7. Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dengan hand mixer.
  8. Kemudian tuang ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.  
  9. Jika adunan likat, tambahkan 1-2 sudu besar air panas lagi dan gaul hingga rata.
  10. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam loyang.
  11. Ratakan dan tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali.
  12. Kukus selama 4 jam di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  13. Potong kek bila telah betul-betul sejuk.

Nota :
Kek lebih sedap dan lembab selepas di simpan selama 2 hari.
Balut dengan plastik untuk mengekalkan kelembapannya.
Untuk tahan lebih lama, bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk.

Kek Buah Kukus


Kek Buah Kukus shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kek Kukus Blackcurrant

Kek Kukus Blackcurrant -

Kek Kukus Blackcurrant
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250gm mentega
360gm tepung gandum
3 biji telur Grade A
170gm gula kaster
1 biji buah pala
300gm blackcurrant
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream of tartar
120gm gula kasar (dijadikan gula hangus)

Loyang 8" atau 5 tin susu pekat manis di gris

Cara-cara :

  1. Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.
  2. Satukan blackcurrant, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata.  Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.
  5. Kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  6. Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata.  Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali.
  8. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 3 jam.


*** NOTA :
Jika menggunakan tin susu pekat manis, masukkan 3/4 adunan beri ruang untuk kek menaik.

Kek Kukus Blackcurrant


Kek Kukus Blackcurrant shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 Jun 2019 0 comments

Biskut Buah Kana

Biskut Buah Kana -

Biskut Buah Kana
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 gm mentega
70 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
200 gm tepung gandum
70 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder

Jem strawberry atau yang disukai secukupnya
Acuan biskut kana - tabur tepung

Menghasilkan 55 biji

Penyediaan :
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.  Ketepikan.
  2. Pukul gula, mentega dan kuning telur dengan sudip kayu hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila, kacau rata.
  4. Masukkan bahan ayak. Uli hingga menjadi doh.
  5. Simpan doh di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
  6. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang ditaburi sedikit tepung.
  7. Ketukkan acuan untuk mengeluarkannya dan atur di atas dulang pembakar yang di gris marjerin. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 min atau hingga masak.
  8. Biar suam atas redai sebelum disapu jem dan ditangkupkan.
  9. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Buah Kana


Biskut Buah Kana shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;