2 Jun 2019

Kek Buah Kukus

Kek Buah Kukus -

Kek Buah Kukus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250gm mentega
300gm gula pasir
50ml air panas
500gm mixed fruits
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Bahan Ayak
360gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu kecil serbuk buah pala

Loyang 9in - di alas dan di gris dasar dan kelilingnya

Cara-cara :
  1. Masak gula pasir hingga perang, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan.
  2. Tuang di bahagian tepi periuk supaya tidak terpercik.  
  3. Masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
  4. Masukkan mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.  
  5. Ketepi dan biarkan sejuk.
  6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixed fruit dan gaul hingga rata menggunakan sudip kayu.
  7. Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dengan hand mixer.
  8. Kemudian tuang ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.  
  9. Jika adunan likat, tambahkan 1-2 sudu besar air panas lagi dan gaul hingga rata.
  10. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam loyang.
  11. Ratakan dan tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali.
  12. Kukus selama 4 jam di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  13. Potong kek bila telah betul-betul sejuk.

Nota :
Kek lebih sedap dan lembab selepas di simpan selama 2 hari.
Balut dengan plastik untuk mengekalkan kelembapannya.
Untuk tahan lebih lama, bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk.

Kek Buah Kukus


Kek Buah Kukus shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;