29 Sept 2018 0 comments

Pizza Daging dan Salami

Pizza Daging dan Salami -

Pizza Daging dan Salami
By Kak Wan@Resipicitarasawan
Recipe By: Sue Norrman@semaniskasturi.blogspot

Doh pizza 
250g tepung roti/ high protein
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/3 sudu teh bread softener
1/2 sudu teh instant yis
1/2 sudu teh baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sudu makan marjerin
*Minyak untuk menerap doh

Sos pasta Adabi atau homemade sos pizza

Menghasilkan :
(2 keping saiz 8in atau 1 keping saiz 10in)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees
  2. Satukan semua bahan dan uli sehingga lembut selama 15-20 minit.
  3. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian untuk saiz 8in.
  4. Sapu pizza pan dengan 1/2 sudu makan minyak dan masukkan seketul doh pizza.
  5. Tekan sedikit doh tadi dan masukkan lagi 1 sudu makan minyak.
  6. Tekan lagi doh dengan jari bersama minyak tadi supaya sebati dan memenuhi pan.
  7. Lebih kan supaya doh dapat di lipat hujung.
  8. Jangan tekan terlalu nipis, doh akan memgembang jika cukup minyak selepas di bakar.
  9. Sapu dengan sos pizza, tabur daging cincang dan mozzarella.
  10. Di ikuti cili benggala, buah zaitun dan tabur lagi mozzarella dan susun salami.
  11. Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah dan 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah.
  12. Bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan dan cheese cair sepenuhnya.


TOPPING
Cili benggala secukupnya - hiris nipis
Buah zaitun hitam - hiris nipis
Salami secukupnya
Daging cincang
Parutan Keju Mozzarella dan Cheddar

DAGING CINCANG
200g daging cincang
1 sudu besar bawang besar cincang
1 sudu teh mixed herbs
1/2 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
  2.  Kemudian masukkan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna.
  3.  Masukkan mixed herbs dan perasa secukupnya.
  4. Masak sehingga air daging kering.  Angkat.


SOS PIZZA
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
1-2 sudu teh gula
Sedikit garam
1 sudu makan minyak zaitun

Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.

Pizza Daging dan Salami


Pizza Daging dan Salami shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Sept 2018 0 comments

Sira Pisang Special

Sira Pisang Special -

Sira Pisang Special
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Sesikat pisang awak / berangan / nangka separuh masak
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 liter air
1 sudu kecil jus limau nipis

Hirisan buah strawberry, kiwi, anggur atau yang di sukai

Cara-cara :

  1. Kupas kulit pisang, potong atau biarkan sebiji2 jika pisang kecil.
  2. Masak air hingga mendidih bersama daun pandan.
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir.
  4. Kacau hingga gula larut dan biarkan hingga berbusa (berbuih kasar)
  5. Masukkan pisang dan reneh hingga air gula tinggal separuh.
  6. Apabila pisang berubah warna, masukkan jus limau supaya gula tidak mengeras.
  7. Reneh sehingga sira hampir pekat.
  8. Angkat dan hidangkan bersama sos dan hirisan buah2 citrus.


Sos Santan
1 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung beras

Cara-cara :
Satukan semua bahan, kacau hingga larut.
Masak di atas api kecil dan sentiasa di kacau hingga sos hampir pekat.

Sira Pisang Special


Sira Pisang Special shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Sept 2018 0 comments

Tortillas Fajitas Ayam Mexico

Tortillas Fajitas Ayam Mexico -

Tortillas Fajitas Ayam Mexico
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  LinaThomas

Bahan-bahan :

Bumbu :
3 sudu kecil serbuk cili (atau 2 sudu kecil serbuk cili + 1 sudu kecil paprika)
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Fajitas Filling :
3 keping dada ayam tanpa tulang, dihiris 1/2 inci memanjang
1 biji bawang besar bombay di hiris memanjang
1 biji cili capsicum merah
1 biji cili capsicum hijau
1 biji cili capsicum kuning
2 ulas bawang putih di cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar jus limau nipis segar
3 sudu besar daun sup cincang

Topping pilihan :
8 keping roti tortillas KAWAN
Sour cream
Hirisan avocado atau guacamole
Tomato di potong dadu
Parutan keju

Caranya:
Panaskan ketuhar hingga 200 ° C.
Sapu sedikit minyak zaitun rata dalam loyang pembakar besar.

Untuk bumbu :
Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama serbuk cili, cumin, ketumbar, 1 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, ketepikan.

Untuk Fajita Filling :

  1. Masukkan kesemua cili capsicum dan bawang bombay ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak zaitun, masukkan ayam, taburkan bawang putih dan bumbu sekata di atas ayam. Masukkan minyak zaitun dan kacau sebati. Ratakan ke dalam loyang pembakar.
  2. Bakar dalam ketuhar kira-kira 20 minit.
  3. Bungkus roti tortillas dengan foil dan panas di dalam ketuhar selama 5 minit terakhir memasak fajita.
  4. Akhir sekali dah siap bakar, keluarkan dari ketuhar masukkan jus limau nipis dan taburkan dengan daun sup, kacau sebati.
  5. Hidangkan dengan tortilla suam dengan topping yang dikehendaki.


Tortillas Fajitas Ayam Mexico


Tortillas Fajitas Ayam Mexico shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Sept 2018 0 comments

Apam Keledek Ungu

Apam Keledek Ungu -

Apam Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Doh Penaik (Starter Doh)
60 gm tepung gandum
110 ml air suam
11 gm ragi instant (3 sudu teh)

Bahan-bahan
350 gm keledek ungu kukus, lecek halus
300 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji telur A, pukul ringan
380 gm tepung gandum
200 ml santan kotak
100 ml air

Cara-cara :
  1. Gaul doh penaik hingga rata di dalam mangkuk.
  2. Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 30 minit hingga kembang.
  3. Lecek ubi, gula dan garam hingga hancur.
  4. Tambah telur, gaul rata.
  5. Masukkan doh penaik, gaul rata.
  6. Tambah tepung berselang seli dengan santan, gaul rata.
  7. Rehatkan adunan selama 30 minit hingga kembang.
  8. Siapkan acuan kuih, oles sedikit minyak.
  9. Aduk2 adunan dan tuang setinggi acuan.
  10. Jarakkan acuan supaya kuih kembang dan merekah.
  11. Kukus 20 minit dengan api besar.

Apam Keledek Ungu


Apam Keledek Ungu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Sept 2018 0 comments

Pastry Fruits Cake / Cupcakes

Pastry Fruits Cake / Cupcakes -

Pastry Fruits Cake / Cupcakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber : Ainie Syeema / Aznie Khasri

Bahan-bahan
100 gm mentega
160 gm gula halus
3 biji telur ayam A
210 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar sourcream / yogurt

Buahan citrus strawberry, blueberry, kiwi
atau buah dalam tin, peach, limau mandarin (di toskan dahulu)

Acuan cupcake di alas papercup
atau loyang 8in di alas dan di leser mentega

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu dan putar perlahan hingga sebati.
  5. Tambahkan esen vanilla dan parutan kulit oren.
  6. Putar perlahan, tambahkan tepung dan putar hingga rata.
  7. Akhir sekali masukkan sourcream atau yogurt, putar hingga sebati.
  8. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam papercup. hentak loyang beberapa kali supaya serata.
  9. Tabur dengan hirisan buah-buahan.
  10. Bakar di rak tengah selama 25minit untuk cupcake dan 45minit jika guna acuan kek 8in.
  11. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek dah masak.
  12. Keluarkan dari oven dan biarkan kek betul-betul sejuk sebelum di tabur snow powder atau gula aising.
  13. atau di hidang bersama creamy vanilla sauce.

Creamy Vanila Sauce

Bahan-bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula pasir
4 biji kuning telur

Cara-cara :
  1. Panaskan susu cair, whipping cream dan esen vanilla hingga berbuih kecil tepi periuk.
  2. Tutup api. 
  3. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran susu panas tadi ke dalam telur sedikit demi sedikit dan whisk hingga sebati.
  5. Tuang semula kedalam periuk dan masak dengan api kecil hingga hampir pekat.
  6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  7. Angkat dan tapis ke dalam mangkuk.  Tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap.
  8. Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk sebelum dihidangkan bersama cake atau cupcake.

TIPS
  1. Mengaul buah dengan gula seperti sesetengah resipi akan menyebabkan buah berair dan hilang bentuk apabila di bakar.
  2. Setelah masukkan adunan, hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali,  Supaya tiada ruang udara di dalam.  Kemudian baru susun buah-buahan.
  3. Buah dalam tin hendaklah di toskan airnya dan keringkan di atas tisu dapur supaya tidak berair.
  4. Hiris buah tebal sedikit supaya tidak tenggelam.
  5. Jangan bakar hingga permukaan kek terlalu perang kerana kek akan menjadi keras.

Pastry Fruits Cake / Cupcakes


Pastry Fruits Cake / Cupcakes shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Sept 2018 0 comments

Kuih Bom Keledek Ungu

Kuih Bom Keledek Ungu -

Kuih Bom Keledek Ungu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm tepung pulut
50 gm tepung ubikayu
Air rebusan ubi secukupnya
200 gm keledek ungu
1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
Keledek di buang kulit, cuci bersih dan rebus hingga empuk.
Keluarkan keledek dan simpan air rebusan untuk menguli dan mengisar.
Lecek keledek, masukkan ke dalam pengisar dengan secukupnya air rebusan ubi.
Kisar hingga halus.
Satukan tepung pulut, tepung ubi, garam dan keledek kisar.
Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Bulat2 doh dan leperkan, isi inti dan bulatkan kembali.
Golekkan ke atas bijan hingga bersalut rata.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api kecil sehingga keperangan.

Nota :  Air rebusan ubi menjadikan warna kuih lebih pekat dan rasa lebih manis,


Inti Kacang Hijau

Bahan-bahan
100 gm kacang hijau tanpa kulit
60 gm gula
1/4 sudu teh garam
60 ml santan pekat

Cara-cara :
Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih.
Rebus atau kukus sehingga lembut.
Masukkan ke dalam pengisar bersama sedikit air, gula, garam dan santan.
Kacau di atas periuk non-stick hingga kering.
Bila sejuk, bulat2 sebagai inti.

Kuih Bom Keledek Ungu


Kuih Bom Keledek Ungu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Sept 2018 0 comments

Puding Kastard Buah Ringkas

Puding Kastard Buah Ringkas -

Puding Kastard Buah Ringkas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan susu segar atau susu soya
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar tepung kastard

Buah-buahan segar yang di sukai, di potong kecil
Strawberry, blueberry, kiwi, delima dan lain-lain

Cara-cara :
  1. Satukan tepung kastard dan sedikit air.  Kacau hingga larut.
  2. Panaskan susu segar, masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
  3. Tuang bancuhan tepung kastard dan masak dengan api sederhana hingga pekat.
  4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  5. Tuang ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.
  6. Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk.
  7. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau kastard hingga lembut.
  8. Masukkan potongan buah-buahan dan gaul rata.
  9. Masukkan ke dalam gelas dessert dan sedia di hidang.

Puding Kastard Buah Ringkas


Puding Kastard Buah Ringkas shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Sept 2018 0 comments

Fluffy Pancakes Paling Lembut

Fluffy Pancakes Paling Lembut -

Fluffy Pancakes Paling Lembut
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 cawan susu segar
2 sudu besar gula kaster
2 biji kuning telur
1/3 cawan mentega cair

3 biji putih telur, putar hingga kental dan bertanduk (meringue)

Non stick pan kecil, di oles mentega

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Dalam mangkuk, satukan susu segar, gula, kuning telur dan mentega cair.
  3. Whisk hingga rata.
  4. Masukkan tepung dan whisk hingga sebati dan licin.
  5. Masukkan putih telur (meringue) sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
  6. Panaskan non stick pan, tuang adunan dan bakar dengan api paling perlahan.
  7. Tutup kuali dengan penutup dan masak hingga permukaan atas kering.


Boleh di makan bersama sapuan mentega, peanut butter, madu, nutela atau yang di sukai.


Fluffy Pancakes Paling Lembut


Fluffy Pancakes Paling Lembut shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;