29 Sept 2018

Pizza Daging dan Salami

Pizza Daging dan Salami -

Pizza Daging dan Salami
By Kak Wan@Resipicitarasawan
Recipe By: Sue Norrman@semaniskasturi.blogspot

Doh pizza 
250g tepung roti/ high protein
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/3 sudu teh bread softener
1/2 sudu teh instant yis
1/2 sudu teh baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sudu makan marjerin
*Minyak untuk menerap doh

Sos pasta Adabi atau homemade sos pizza

Menghasilkan :
(2 keping saiz 8in atau 1 keping saiz 10in)

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees
  2. Satukan semua bahan dan uli sehingga lembut selama 15-20 minit.
  3. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian untuk saiz 8in.
  4. Sapu pizza pan dengan 1/2 sudu makan minyak dan masukkan seketul doh pizza.
  5. Tekan sedikit doh tadi dan masukkan lagi 1 sudu makan minyak.
  6. Tekan lagi doh dengan jari bersama minyak tadi supaya sebati dan memenuhi pan.
  7. Lebih kan supaya doh dapat di lipat hujung.
  8. Jangan tekan terlalu nipis, doh akan memgembang jika cukup minyak selepas di bakar.
  9. Sapu dengan sos pizza, tabur daging cincang dan mozzarella.
  10. Di ikuti cili benggala, buah zaitun dan tabur lagi mozzarella dan susun salami.
  11. Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah dan 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah.
  12. Bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan dan cheese cair sepenuhnya.


TOPPING
Cili benggala secukupnya - hiris nipis
Buah zaitun hitam - hiris nipis
Salami secukupnya
Daging cincang
Parutan Keju Mozzarella dan Cheddar

DAGING CINCANG
200g daging cincang
1 sudu besar bawang besar cincang
1 sudu teh mixed herbs
1/2 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
  2.  Kemudian masukkan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna.
  3.  Masukkan mixed herbs dan perasa secukupnya.
  4. Masak sehingga air daging kering.  Angkat.


SOS PIZZA
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
1-2 sudu teh gula
Sedikit garam
1 sudu makan minyak zaitun

Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.

Pizza Daging dan Salami


Pizza Daging dan Salami shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;