31 Aug 2016 0 comments

Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin

Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin -

Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin

Bahan-bahan
120 gm marjerin Puteri
180 ml air
170 gm tepung gandum, ayak
4 biji telur grade A

Penyediaan :
  1. Masukkan marjerin dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan cepat sehingga menjadi segumpal doh.
  3. Angkat, biarkan doh suam atau sejuk dahulu.
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan likat dan boleh di picit.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas dulang yang di alas baking paper.  Ketepikan.
  6. Sementara itu sediakan bahan craquelin.

Bahan Craquelin
50 gm mentega
50 gm gula perang
60 gm tepung gandum

Penyediaan :
  1. Satukan mentega dan gula perang.  Gaul menggunakan spatula hingga sebati saja, jangan di pukul.
  2. Masukkan tepung dan gaul sebati.  Bungkus dengan plastic wrap dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan dari peti sejuk dan canai, tidak terlalu nipis atau tebal.  Potong empat segi atau boleh di terap.
  4. Letak potongan craquelin ke atas puff.
  5. Panaskan oven dahulu selama 10 minit.  Bakar di rak atas pada suhu 200C selama 15 minit.  Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 15 minit lagi.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum di isi dengan cream.
Cream Filling
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
50gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh mentega

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega.  Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga meletup-letup.  Tutup api dan masukkan mentega, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
  4. Keluarkan dan masukkan cream ke dalam piping bag.
  5. Potong puff tetapi jangan putus.  Picit cream ke dalamnya.
    Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin


Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Pulut Inti Ros

Pulut Inti Ros -

Pulut Inti Ros

Bahan-bahan
500gm beras pulut
1 sudu teh garam
350ml santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
Pewarna merah
1 sudu besar sirap rose

Daun pisang secukupnya - di layur

Cara-cara :
Rendam pulut bersama pewarna merah selama 2 jam, Toskan.
Kemudian kukus bersama daun pandan selama 25 minit atau setengah masak.
Angkat dan pindahkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan santan, sirap rose dan garam.
Kukus semula selama 20 minit sehingga masak.
Ambil sedikit pulut, letak inti kelapa manis dan bungkus di dalam daun pisang.

Inti Kelapa Manis
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1 sudu besar gula kasar
2 - 3 sudu air
1 sudu besar tepung pulut

Satukan semua bahan dan masak di atas non-stick pan sehingga agak kering dan masukkan satu sudu tepung pulut atau tepung gandum untuk melekatkan inti.

Pulut Inti Ros


Pulut Inti Ros shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 Aug 2016 0 comments

Talam Durian Nyonya

Talam Durian Nyonya -

Talam Durian Nyonya

Bahan Lapisan Bawah
500gm beras pulut
300ml santan KARA
200ml air
2 sudu kecil garam halus

Jus Bunga Telang
(20 kuntum bunga telang, rendam dengan 1/4 cawan air panas, perah jusnya, tapis)

Bahan Lapisan Atas
200gm isi durian
120gm gula kaster
60gm tepung beras
40gm tepung hun kwee
300ml santan KARA
250ml air
1/4 sudu teh garam halus
pewarna kuning telur

Loyang 10x10 - di gris minyak dan di alas plastik tahan haba

Cara-cara :
  1. Cuci dan rendam beras pulut selama 2 jam.  Toskan.
  2. Satukan pulut bersama lapisan atas dan kukus selama 30 minit.  Apabila masak, sudukan jus bunga telang secara rawak di atas pulut.
  3. Ambil garfu atau chopstik dan gaulkan jus bersama pulut.  Kemudian ratakan dan tekan dengan penekan hingga padat.
  4. Lapisan Atas :  Satukan semua bahan, kisar sebentar hingga isi durian hancur.  Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga naik wap sambil di kacau dengan sudip kayu.
  5. Apabila bancuhan sedikit berketul di bahagian bawah periuk, tutup api, guna whisk dan kacau hingga licin dan tidak berketul.
  6. Tuang ke atas lapisan bawah.  Jika ada gelembung udara, cucuk dengan lidi supaya permukaan tidak berlubang sewaktu di kukus.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30-35 minit.  Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik.
    Talam Durian Nyonya


Talam Durian Nyonya shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 Aug 2016 0 comments

Rendang Ayam Kampung

Rendang Ayam Kampung -

Rendang Ayam Kampung
Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

Bahan Tumis
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Penyediaan :
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  3. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  4. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  5. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja.

Rendang Ayam Kampung


Rendang Ayam Kampung shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Aug 2016 0 comments

Nasi Ulam Kelantan

Nasi Ulam Kelantan -

Nasi Ulam Kelantan

Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk - leraikan

Bahan Tumbuk Halus
4 ulas bawang merah
4 hiris halia
2 hiris temulawak
2 hiris kunyit
1 sudu kecil lada hitam
1 batang serai - ambil bahagian putih, hiris halus
Gula dan garam secukupnya
1 ekor ikan kembung / kerisi, bakar dan ambil isinya
1 cawan kelapa parut, sangai hingga perang
Sedikit budu

Penyediaan :
Tumbuk kasar isi ikan.  Ketepikan ke dalam mangkuk.
Kemudian tumbuk kelapa parut hingga halus tetapi jangan sampai pecah minyak.   Satukan bersama isi ikan.
Tumbuk pula serai hingga lumat.  Masukkan garam dan gula di ikuti lada hitam, halia, kunyit, temulawak dan bawang merah, tumbuk hingga halus.  Gaul bersama isi ikan, budu dan kerisek kelapa.  Perasakan secukupnya.  Ketepikan.

Ulam-ulaman - Hiris halus
10 helai daun serai kayu
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 batang timun
1 tangkai kacang panjang
1 kelopak kobis
1 kuntum bunga kantan
3 ulas bawang merah
3 tangkai daun pudina
2 tangkai daun kesum
1 tangkai daun ketumbar
4-5 tangkai cili api jika suka pedas

Lain-lain ulaman jika suka, daun kaduk, daun cekur, daun selasih, daun kunyit muda, daun limau purut.

Penyediaan Nasi Ulam  :  Masukan nasi ke dalam bekas besar, diikuti bahan tumbuk, gaul rata. Kemudian gaul dengan hirisan ulam-ulaman hingga rata.


Hidang bersama sambal belacan, perahan limau kasturi, ikan goreng celup tepung, telur masin,  daging atau ayam bakar atau masakan bergoreng seperti udang dan ayam.

Nasi Ulam Kelantan


Nasi Ulam Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 Aug 2016 0 comments

Pisang Goreng Tepung Rangup

Pisang Goreng Tepung Rangup -

Pisang Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan majerin pelangi
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air suam atau secukupnya

3-4 biji pisang di belah 2
atau cempedak dan lain-lain

Penyediaan :  
Satukan tepung, serbuk kunyit, garam dan majerin.  Gaul rata.
Tambah minyak masak dan gaul sebati.
Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang sesuai, tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak, celup pisang ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Pisang Goreng Tepung Rangup


Pisang Goreng Tepung Rangup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Aug 2016 0 comments

Acar Buah

Acar Buah -

Acar Buah
Sumber :  Atie Jumaat

Bahan-bahan
2kg buah jeruk campuran - potong jika saiz besar
(Kana,Cherry merah, Cherry hijau, Pala, Jeruk Limau)
2 cawan kismis / raisin
4 sudu besar bijan - sangai dahulu

Bahan Masak Cuka
1 botol besar cuka makan (2 cawan)
3 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
3 in halia - hiris memanjang
15 ulas bawang merah - belah 2
15 ulas bawang putih - belah 2
50 tangkai cili padi - jangan buang tangkai

Penyediaan :
Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, biar sekali mendidih.  Tutup api dan angkat.  Ketepikan dulu

Bahan Kisar halus
50 tangkai cili merah kerinting (buang biji, rebus dan kisar)
2 labu kecil bawang besar
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 cawan minyak untuk menumis

Bahan Rempah
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 paket kecil rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit (Satukan semua)

Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak (1/2 jam) sentiasa kacau supaya tidak hangus.

Masukkan bahan rempah dan tumis selama 10 minit hingga naik bau.

Masukkan bahan masak cuka, bersama cuka sekali dan buah jeruk campuran.  Gaul rata.
Kacau sehingga kuah hampir kering tetapi jangan terlalu kering, biar berkuah sedikit, selepas beberapa jam kuah akan memekat.

Angkat dan tabur bijan.

Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.  Acar Buah semakin sedap jika di simpan beberapa hari.

Acar Buah


Acar Buah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Aug 2016 0 comments

Kerabu Manga Ala Thai

Kerabu Manga Ala Thai -

Kerabu Manga Ala Thai

Bahan-bahan
2 biji mangga muda di sagat atau racik halus
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
4 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu besar udang kering,  direndam dan tumbuk halus
1 biji tomato, di hiris atau 6 biji tomato cherry di belah 2
2 tangkai cili merah atau cili padi dihiris halus
1 batang serai dihiris halus
2 sudu makan sos ikan atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
Kacang tanah secukupnya digoreng dan ditumbuk kasar
2 tangkai daun ketumbar di hiris halus

Penyedian :
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk besar, masukkan gula, garam dan sos ikan secukupnya.
Gaul rata, sedia di hidang.

Kerabu Manga Ala Thai


Kerabu Manga Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Tauhu Bakar

Tauhu Bakar -

Tauhu Bakar
2 - 4 keping tauhu pok (saiz besar)
Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Taugeh secukupnya, buang ekor dan celur sekejap dalam air panas, toskan
Hirisan cili padi, jika suka pedas
Kacang tanah secukupnya, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar

Bahan-bahan Sos
1 botol petis @ otak udang
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
5 - 6 biji cili padi merah, ditumbuk halus (optional)
1/4 cawan jus asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari + 1/4 cawan air panas, tapis jusnya)
3 camca besar gula melaka, hiris kecil*
1 1/2 cawan air*(*disatukan, masak hingga gula larut dan tapis)
Gula secukup rasa (che mat tak taruk sebab dah ada gula melaka)
1 camca besar penuh tepung gandum + 3 camca besar air, kacau rata

Penyediaan Sos
Dalam periuk, masukkan petis, sos tiram, cili kisar, cili padi tumbuk (jika guna), kicap pekat, jus asam jawa dan juga air gula melaka tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Rasa dan jika kurang manis, anda boleh masukkan sedikit gula pasir. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum (kacau sebelum dimasukkan ke dalam periuk). Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Penyediaan Tauhu
Tauhu pok di panggang dalam kuali atau dibakar atas bara api. Balik2kan agar kulit tauhu pok garing sekata. Angkat dan ketepikan. (jika anda guna tauhu pok jenis kecil2, boleh guna lebih dari yang disyorkan dalam resipi).

Hidangan :
Tauhu pok dipotong kepada saiz makan.  letak taugeh celur, sengkuang dan timun atasnya. Curah sos secukupnya, tabur kacang tanah tumbuk dan sedikit hirisan cili padi.
Tauhu Bakar


Tauhu Bakar shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 Aug 2016 0 comments

Talam Ubikayu

Talam Ubikayu -

Talam Ubikayu
Resepi Chef Asma
Sumber :  Puan Tahrunnisah Jali

Bahan Lapisan Bawah
700 gm parutan ubi kayu
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Loyang 10x10 - gris minyak dan alas plastik tahan panas

Penyediaan :
  1. Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.  
  2. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga adunan hampir memekat tetapi masih dapat di tuang ke dalam loyang.
  3. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan, kacau rata.  Tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga naik wap.
  3. Bila bancuhan sedikit berketul di bahagian bawah, tutup api dan kacau dengan whisk hingga licin.
  4. Tuang ke atas lapisan bawah.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  5. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong menggunakan pisau plastik.


Talam Ubikayu


Talam Ubikayu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Aug 2016 0 comments

Udang Celup Tepung Ala Thai

Udang Celup Tepung Ala Thai -

Udang Celup Tepung Ala Thai

Bahan-bahan
20 ekor udang - buang kulit, tinggalkan bahagian ekornya
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
2 sudu kecil baking powder
1 cawan air
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos ikan
Udang / Pilihan makanan laut kegemaran

Penyediaan :
  1. Udang di tos dan di gaul dengan sedikit serbuk lada sulah dan sedikit garam.  Ketepikan.
  2. Satukan semua tepung, baking powder, gula dan sos ikan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul hingga sebati.  
  3. Adunan jangan cair atau terlalu pekat.  Tidak perlu habiskan kesemua air jika adunan melekat tebal pada udang ketika di celup.
  4. Panaskan minyak secukupnya, pastikan betul-betul panas sebelum mengoreng.
  5. Celup udang ke dalam adunan, pegang ekornya, rendam ke dalam minyak sebentar.
  6. Kemudian lepaskan perlahan-lahan sehingga udang timbul.
  7. Balik-balikkan hingga keperangan.
  8. Hidang dengan sos cili Thai.


Nota :  Jangan masukkan udang sekaligus ketika menggoreng, masukkan satu persatu jangan terlalu banyak dalam satu masa.  Udang lebih garing dan tidak melekat antara satu dengan yang lain

Udang Celup Tepung Ala Thai


Udang Celup Tepung Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Aug 2016 0 comments

Muffin Coklat / Chocolate Muffins

Muffin Coklat / Chocolate Muffins -

Muffin Coklat

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
3 sudu besar serbuk koko
175 gm gula kaster
250 ml susu cair
100ml minyak jagung atau mentega cair
1 biji telur Grade A - pukul ringan
1 sudu teh esen vanila

Loyang Muffin - Alas dengan cawan kertas

Coklat chips atau emping jagung untuk taburan

Penyediaan :

  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan serbuk koko ke dalam bekas.
  2. Masukkan gula dan gaul rata,
  3. Kemudian masukkan susu cair sedikit-sedikit sambil di kaup balik dengan whisk.
  4. Masukkan telur, esen vanila dan minyak.  Gaul rata.
  5. Masukkan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.  Tabur chocolate chips di atasnya.
  6. Bakar di rak atas pada suhu 180C - 190C bergantung pada oven selama 20-25 minit.  Cucuk dengan lidi jika keluar licin boleh lah di keluarkan dari oven.


Muffin Coklat


Muffin Coklat / Chocolate Muffins shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Muffin Pandan / Pandan Muffins

Muffin Pandan / Pandan Muffins -

Muffin Pandan / Pandan Muffins

Bahan-bahan
225gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam halus
120gm gula castor
100ml santan KARA / santan kotak
100ml jus pandan (kisar 5 helai daun pandan + 100ml air, tapis)
100ml minyak jagung
2 biji telur
sedikit pewarna hijau

Hiasan - Badam cincang, kelapa kering atau yang di sukai

Penyediaan :


  1. Panaskan oven pada suhu 190C.
  2. Alas loyang muffin dengan cawan kertas atau guna souffle muffin cup.
  3. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.
  4. Masukkan ke dalam bekas besar.  
  5. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
  6. Masukkan santan, air, telur dan minyak, kacau balik hingga sebati dan licin.
  7. Isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas dan tabur dengan hiasan yang di sukai.
  8. Bakar di rak atas selama 20-25 minit.  Cucuk dengan lidi jika keluar licin, bolehlah di keluarkan dari oven.


Muffin Pandan / Pandan Muffins


Muffin Pandan / Pandan Muffins shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Aug 2016 0 comments

Nasi Goreng Pattaya

Nasi Goreng Pattaya -

Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan
2 cawan nasi putih sejuk
1 cawan isi ayam dan udang - di cincang
1 biji telur - pukul ringan
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan kiub ayam secukup rasa

Kisar / Tumbuk Halus
1/2 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih

Telur Dadar : 2 biji telur + sedikit garam (pukul ringan)

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga masak.
  3. Tuang telur, kacau hingga masak.
  4. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi.  Gaul rata.
  6. Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Cara membungkus nasi dengan telur :
  1. Satukan telur dan sedikit garam. Pukul sehingga sebati. 
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.  Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali.
  3. Bila minyak betul-betul panas, masukkan/tuangkan telur secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali.  Bila telur bahagian atas hampir kering, tutup api dan masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  4. Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.
  5. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Nasi Goreng Pattaya


Nasi Goreng Pattaya shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Aug 2016 0 comments

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi -

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi

Bahan-bahan
800gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
1 sudu besar tepung ubi
300 ml air
200gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
Pewarna merah, kuning dan hijau

Loyang 7x7 atau 8x8in - alas daun pisang atau plastik tahan panas

1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Gaul dan kukus selama 10 minit.

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali pewarna, gaul hingga rata.
  2. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.
  3. Beri warna merah, kuning dan hijau setiap adunan, kacau rata.
  4. Masukkan adunan hijau, ratakan di dalam loyang.  Kukus selama 15 minit.
  5. Kemudian ratakan  adunan kuning, kukus 15 minit.
  6. Akhir sekali, ratakan adunan merah, tutup loyang dengan alumium foil dan kukus selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong menggunakan pemotong plastik.
  8. Kemudian gaul dengan kelapa parut.


Kuih Lapis Ubikayu Pelangi


Kuih Lapis Ubikayu Pelangi shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;