Nasi Khao Mok Kai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4
Bahan Nasi
3 cawan beras Basmathi, rendam 20 minit.
4 cawan air
1 cawan susu sejat atau yogurt asli
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 sudu kecil serbuk pati ayam
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar rempah Khao Mok**
Rempah Khao Mok**
2 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil kayu manis
Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang akar ketumbar
Rempah Kasar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 helai daun bay
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
Penyediaan Nasi :
- Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris dan rempah kasar hingga wangi.
- Masukkan rempah Khao Mok dan kacau dengan api perlahan supaya tidak hangus.
- Masukkan air. garam dan akar ketumbar.
- Apabila mendidih, masukkan ayam. Rebus hingga ayam setengah masak.
- Keluarkan ayam dan toskan.
- Masukkan air rebusan ayam kedalam periuk nasi letrik.
- Tambah susu, garam dan serbuk pati ayam.
- Masukkan beras, kacau rata. Tutup periuk dan biarkan masak.
- Setelah masak gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya tidak patah.
- Hidang bersama ayam goreng, bawang goreng dan sos cili.
Ayam Khao Mok :
Lumurkan ayam dengan serbuk pati ayam, garam dan kunyit.
Perap sebentar hingga mesra.
Goreng ayam yang di perap tadi.
Sos Cili Merah
3 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 /4 cawan cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Kisar dan masak hingga mendidih, Sejukkan dahulu.
Sos Cili Hijau
5 tangkai cili hijau
6 ulas bawang putih
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
1/4 cawan gula
1/4 cawan cuka
1 sudu kecil garam
Kisar semua bahan hingga halus. Tidak perlu di masak.
Nasi Khao Mok Kai
Nasi Khao Mok Kai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment