1 Nov 2019

Kuzi Ayam Yogurt

Kuzi Ayam Yogurt -

Kuzi Ayam Yogurt
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Recipe by Chef Zam

Bahan-bahan
1.6 kg ayam, potong 16
3 sudu besar rempah Kuzi
3 sudu besar minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan gajus
1 cawan bawang goreng
1 cawan pes tomato
1 cawan MARIGOLD Fat Free Yogurt
2 cawan air
5 tangkai cili merah, hiris
2 biji tomato, belah
1 labu bawang besar, hiris
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
1/2 keping gula melaka

Rempah Kasar 4 sekawan
2 batang Kulit kayu manis
6 tangkai cengkih
2 bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 in halia
15 tangkai cili kering, buang biji rendam air panas

Penyediaan :
  1. Gaul ayam dengan rempah kuzi, perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kismis, gajus, pes tomato, kacau rata.
  5. Reneh sebentar, masukkan air dan masak hingga ayam menjadi lembut.
  6. Tambahkan MARIGOLD Fat Free Yogurt. Kacau rata.
  7. Reneh dengan api perlahan hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  8. Akhir sekali, masukkan tomato, bawang, cili hiris. garam dan gula secukup rasa.
  9. Hidang dengan nasi atau roti.

Kuzi Ayam Yogurt


Kuzi Ayam Yogurt shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;