10 Mar 2014 0 comments

MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang

MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang -
Lima penumpang melakukan daftar masuk bagasi penerbangan MH370 yang hilang tetapi tidak menaiki pesawat tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan laporan bahawa lima penumpang telah membeli tiket dan membuat pendaftaran bagasi tetapi tidak terbang.

Beliau berkata MAS telah mengeluarkan bagasi penumpang-penumpang berkenaan setelah mengetahui mereka tidak menaiki kapal terbang itu, mengikut prosedur standard.

gambar hiasan
gambar hiasan


“Tetapi kita perlu mengeluarkan bagasi yang telah didaftar masuk …kita telah melakukannya terhadap pesawat ini,” katanya.


Beliau berkata bagasi tersebut adalah’bersih’ setelah menjalani pemeriksaan.

Beliau juga berkata pihak berkuasa masih menunggu analisis sampel minyak diambil dari tompokan di laut untuk menentukan sama ada ia adalah dari pesawat yang hilang.

Seorang lagi pegawai berkata keputusan kajian mungkin diperolehi selewat-lewatnya petang Isnin.

“Kami sedang melihat setiap sudut. Kami meninjau setiap aspek apa yang mungkin boleh berlaku,” katanya - Mstar Online



MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang shared from shaed

Republish by The CC Resepi
9 Mar 2014 0 comments

Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China

Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China -

Serpihan_MH370 Media China melaporkan beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara kata Li Jiaxiang, Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya melalui satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News yang dipetik Astro Awani.

“Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Laporan lain juga menyebut, serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang mendarat pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan, lapor Astro Awani. Gambar di atas yang disiarlan laman Weibo.com






Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;