5 Dec 2014 0 comments

KEK LAPIS KASTARD PANDAN

KEK LAPIS KASTARD PANDAN -





Kek span pandan


  • 150g tepung superfine

    1sk baking powder (diayak bersama tepung)

    150g gula kastor

    5 biji telur gred A

    1sb ovalete

    80ml air / susu cair

    80ml minyak masak / mentega cair / minyak jagung

    1 sudu teh pes pandan

    sedikit pewarna hijau




- pukul telur + gula + ovalete + tepung hingga pekat dan gebu - masuk air/susu cair + pes pandan + sedikit pewarna hijau- pukul lg hingga adunan benar2 ringan - masuk minyak , kaup balik dgn senduk hingga sebati - bakar 45 minit @ 175C.. - bila dah masak,keluarkan loyang dr oven dan terbalikkan 5 minit..pastu keluarkan kek dan terlentangkan hingga sejuk

**loyang kek hanya di gris bahagian bawahnyer saja. lapikkan dgn baking paper dn gris sekali lagi.





Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan



Bahan (A)

180 gm gula kastor

500 ml air daun pandan

1 sudu besar serbuk agar-agar segera



Bahan (B)

400 ml santan pekat/susu sejat

85 gm tepong hoen kwee hijau/tepung kastard

1 sudu kecil pewarna hijau

secubit garam



UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering



Cara-cara membuat;

1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian.

2. Ketepikan Untuk membuat kastad,

3. campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.

4. Masak atas api sederhana hingga mendidih.

5. Kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan adunan ini kedalam aduan (A).

Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.

Sediakan acuan bulat atau petak

Tuangkan satu lapisan kastard, ratakan dan letakkan kek span dalam acuan.

Tuangkan aduan kastad lagi keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.

Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa masing2..



KEK LAPIS KASTARD PANDAN shared from shaed

Republish by The CC Resepi
1 Dec 2014 0 comments

CHAR KUEY TEOW

CHAR KUEY TEOW -



BAHAN-BAHAN


  • 120gm kuey teow

  • 2 sudu minyak masak

  • 2 ekor udang

  • 2 sb cili kisar

  • sejemput tauge dan kuchai

  • 10 ekor isi kerang

  • 60ml kicap CKT

  • 1 biji telur ayam


CARA-CARA

1. ok mula2 masukkan minyak dengan udang dalam kuali (kuali tebal tau biasanya warna hitam).

2. masak udang ni dengan api yang kuat. Kemudian bila udang agak masak, masukkan cili kisar tadi tu.

3. Masak cili tu sekejap kemudian perlahankan api, masukan k.teow, tauge, kuchai dan kerang. Gaul sebati (kuatkan semula api)

4. Kemudian masukkan kicap CKT dan juga telur ayam (yg dah dibasuh yer). Kuatkan api tunggu sehingga telur tu separuh masak.

5. Tutup api kemudian gaulkan bahan2 tu sekejap (sekejap ja) kemudian angkat sebelum kicap tu kering.

6. Sedia untuk hidangan yum yum yum.



CHAR KUEY TEOW shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;