3 Jun 2015 0 comments

Sambal hancur ikan sembilang

Sambal hancur ikan sembilang -
Sambal ikan sembilang atau ikan keli hancur ni adalah menu special dari mak saya . Sedap sambal ini sebab isi ikan keli sebati dengan bahan tumbuk/sambal . 'Sonang nak makan sambal ikan ni sebab tulang dah tak ado' itu la yang diberitahu oleh mak saya . Nak masak pun senang sebab bahan untuk menu ni sikit saja . Nak makan nasi dengan sambal ni pun lagi senang , anak-anak saya pun suka makan sambal ini sebab tak perlu kopek isi dari badan ikan sembilang/keli . 

Kebanyakkan menu/resepi masakan Negeri Sembilan simple saja tapi bahan-bahan yang diguna adalah yang berkualiti/terbaik seperti : santan mesti yang pati/pekat , mak hanya guna garam kasar sebab garam halus menjadikan masakan ada rasa sedikit pahit , hanya guna kunyit hidup tua , hanya guna cili api burung yang paling kecil , serai yg besar dan fresh dan macam-macam lagi teknik masak supaya lauk yang di masak cukup sedap dan asli rasanya . 


BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng sampai garing
Gula secukup rasa 
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Goreng ikan keli sampai garing kemudain angkat dan tos , bila ikan dah sejuk ambil isi ikan sembilang/keli ni dan buang semua tulang serta kepala ikan .

Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk dan biarkan cili masak serta menjadi harum. Masukkan semua isi ikan keli goreng tadi dengan satu keping asam keping. Masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau semua bahan sampai mesra , bila semua bahan dan sebati boleh la ditutup api dapur.



Sambal hancur ikan sembilang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
1 Jun 2015 0 comments

Tumis sos tiram sotong

Tumis sos tiram sotong -
Alhamdulillah sedap sotong katak dimasak tumsi sos tiram . Isi sotong katak ni sedikit keras dan liat so sotong ni elok dipotong kecil . Saya tak tambah air utk masak sotong ni tapi saya guna agak banyak minyak .


BAHAN-BAHAN:

1.5 kg sotong katak
1 biji cili capsicum merah
1biji cili capsicum hijau
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia cm halia
1 sudu besar sos cili Thai 
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cuka - jika perlu
Minyak masak yg banyak utk menumis

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut menjadi kecil kemudian sotong di gaul dgn sedikit garam. 

- Kupas semua kulit bawang merah , bawang putih dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua cili capsicum dan dipotong kecil .

-Panaskan 7 sudu besar minyak dan tumis semua bawang dan halia tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dan skacau semua bahan . Masukkan cili sos , sos tiram , kicap manis , sedikit cuka jika perlu sahaja dan kacau semua bahan . Masukkan semua cili capsicum dan di kacau rata semua bahan. Jika sotong nampak kering boleh ditambah lagi minyak masak . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah mesra sebati dengan sos boleh la ditutup api dapur .


Tumis sos tiram sotong shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;