Tart Nenas Hitam
Bahan A
250 gram gula perang
300 gram mentega tawar
Sebiji telur (kuning dan putih) grade B
1 kuning telur
1/4 sudu teh garam
Bahan B
30 gram tepung jagung
425 gram tepung gandum
30 gram serbuk coklat hitam
30 gram susu tepung
Jem nenas secukupnya - gentel bujur
Penyediaan :
1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung dan tekan. Letak inti nenas dan gulung.
4. Hias mengikut suka.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25-30minit.
Nota : Serbuk coklat hitam mempunyai rasa yang pahit, sukatan boleh dikurangkan dan dicampur dengan serbuk koko biasa..
Tart Nenas Hitam
Tart Nenas Hitam shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi