14 Jun 2015 0 comments

Roti lapis berdaging atau bread lasagna

Roti lapis berdaging atau bread lasagna -
 Ada roti yang dah nak expired? Jangan buang. Boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


Roti lapis berdaging atau bread lasagna shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam pedas ikan pari

Asam pedas ikan pari -
Alhamdulillah 



BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan pari
3 batang serai - dititik
200ml cili kisar
1 sudu besar biji halba
1 sudu besar belacan
2 bunga kantan - dibelah dua
10 biji kacang bendi - dipotong 2
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
750ml air - secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

60 gm bawang merah
3 ulas bawang putih
30 gm lengkuas
30 gm halia

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.
CARA MEMASAK:

Potong ikan pari dan dibasuh kemudian ikan pari dilumur dengan air asam jawa dan dibiar seketika dalam 5-10 minit . Ikan pari dibersihkan dah ditos kemudian ketepikan .

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumiskan halba dalam 1 minit kemudian masukkan bahan kisar . Kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , biar sambal menjadi masak dan pecah minyak . 


Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.Seterusnya masukkan air secukupnya , daun kesum dan bunga kantan . Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
Masukkan semua ikan pari , garam dan gula secukupnya . Jika kurang kuah boleh ditambah air sehingga menutup ikan dalam periuk . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Rasa kuah dan boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air asam jawa sehingga cukup mengikut citarasa sendiri . Masukkan semua kacang bendi yang di potong 2 .Biar kuah mendidih sehingga ikan masak boleh la di matikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup nanti bendi akan terus masak di dalam wap panas kuah.


Asam pedas ikan pari shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;