11 Dec 2015 0 comments

Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake

Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake -

Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake
Resipi :  Puan Munira Baharum

Bahan Karamel / Gula Hangus
4 sudu besar gula pasir

Tabur gula pasir merata ke dalam loyang 9x9in, panaskan dengan api kecil hingga gula menjadi karamel, apabila gula menjadi karamel, ratakan ke seluruh loyang dengan mengoyangkan loyang ke kiri dan kanan tanpa mengacaunya menggunakan senduk atau sudu .  Ketepikan.

Bahan Kastard
1 tin susu cair /susu sejat
80 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur

Satukan semua bahan dan whisk perlahan hingga sebati.  Tapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.

Kek Span - Bahan A
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45ml minyak

Meringue - Bahan B
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar

Penyediaan :
  1. Bahan A :  Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi sedikit demi sedikit.  Putar perlahan hingga bergaul rata.
  2. Bahan B :  Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula dan cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan A, kaup balik dengan spatula hingga sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, masukkan ke dalam bekas dan letak pewarna dan perisa yang di sukai.
  5.  Ambil 3 sudu besar adunan berwarna dan tuang ke atas karamel di dalam loyang tadi.  Adunan kek akan terapung diatas permukaan kastard.  Goyangkan sedikit adunan dengan sudu supaya merata.  Kemudian, ikuti dengan 3 sudu besar adunan berwarna yang lain, Ulangi berselang seli adunan hingga habis.
  6. Panaskan oven pada suhu 180c selama 10 minit.  Letak loyang berisi kek ke dalam satu lagi loyang lebih besar yang di isi air panas.  Bakar dengan kaedah double boiler selama 40minit pertama menggunakan api bawah sahaja.  Tukar kepada api atas dan bawah dan bakar selamat 15minit lagi hingga masak.
Biarkan kek sejuk dahulu, kemudian terbalikkan perlahan2 dengan lapisan karamel berada di atas. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake


Kek Puding Karamel / Caramel Pudding Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

KERABU KOBIS

KERABU KOBIS - Kerabu Kobis Bahan-bahan: Bahan A 1 biji kobis manis [500 gram] 1 labu bawang besar 3 biji cili merah 2 biji cili hijau 1 pokok daun ketumbar 1 pokok daun bawang Bahan B 10 biji limau kasturi [diambil jus] 1 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil gula garam secukup rasa Cara-cara: Semua bahan A dihiris halus dan basuh. Tapiskan sehingga kering. Masukkan ke dalam mangkuk besar.

KERABU KOBIS shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
 
;