Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice
Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras pulut - cuci, rendam semalaman
1 cawan santan kotak KARA
1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan simpul
Sos Santan
1 cawan santan kotak
1/4 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi
- Satukan semua bahan dan masak dengan api kecil hingga pekat. Sentiasa kacau.
3 biji buah manga, kupas dan potong
Taburan : Kacang hijau tanpa kulit - sangai hingga perang
Penyediaan :
- Cuci dan tos pulut. Kukus selama 45minit hingga masak.
- Sementara itu, satukan santan, air, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Keluarkan daun pandan.
- Masukkan pulut kukus ke dalam periuk dan tuang santan, gaul rata. Tutup periuk dan biarkan pulut menyerap santan selama 1 jam.
- Untuk menghidang, letak pulut di dalam pinggan bersama hirisan manga. Tuang sos santan dan tabur kacang hijau sangai.
Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice
Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi