7 Jun 2016 0 comments

Pulut Kuning Kukus

Pulut Kuning Kukus - Bahan bahan 500g beras pulut 1 cawan santan pekat  1 keping asam keping 1 sudu kunyit serbuk 1 inci kunyit hidup ditumbuk dan tapis air Pewarna Minyak masak  1/2 sudu gula 1 sudu teh garam Cara cara Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau sehingga warna sekata. Masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 jam. Panaskan

Pulut Kuning Kukus shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Tumis kicap pedas kerang

Tumis kicap pedas kerang -
Hari ke dua kita berpuasa , alhamdulillah. Tiada resepi special yg saya masak utk berbuka puasa . Saya masak lauk-pauk yang jadi favorite kami sekeluar dan kalau nak makan kuih atau lauk yang special saya akan ke bazar Ramadhan . Pagi ni saya share resepi kerang masak kicap pedas . Resepi ni hanya panduan jadi jika ada pembaca yg nak ikut resepi ni boleh diubah suai ikut selera sendiri


BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
kicap manis secukupnya 
Garam dan air asam jawa secukup rasa
6 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DI KISAR :

4 bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kicap secukup rasa . kacau semua bahan , jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam . Gaul semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 



Tumis kicap pedas kerang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;