10 Jun 2016 0 comments

Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali - Bahan bahan 1 ekor Ayam 6 ulas bawang merah Kicap pekat 1 tangkai daun kari 3 helai daun limau purut Asam keping Minyak masak Garam dan gula 1 batang serai diketuk) Bahan A 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sudu serbuk kunyit 1 sudu teh ketumbar  1 sudu teh jintan manis  1 sudu teh jintan kasar Cili kering 2 batang serai  Cara-cara memasak Ayam Masak Bali Kisar bahan A,

Ayam Masak Bali shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Pasta Alfredo

Pasta Alfredo -
Saya masak pasta ribbon sos Alfredo ni untuk berbuka puasa semalam . Pasta Alfedo ni memang favorite anak-anak saya , syukur alhamdulillah . Kalau resepi asal sos Alfredo tidak ada sayur brokoli dan cendawan tapi saya ubah suai ikut selera sendiri . Resepi yang saya share ni hanya lah panduan so resepi ni boleh dikurangkan bahan atau di tambah , boleh diubah suai ikut selera sendiri .


BAHAN-BAHAN :

Pasta ribbon secukupnya
2 cawan cooking cream
1 cawan susu full cream - dlm kotak
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
200 gm cendawan butang putih
150 grm brokoli - potong kecil
2 cawan parutan keju parmesan
1/2 cawan mentega
1 sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
sedikit daun pasley segar yg diracik halus

*boleh ditambah keju untuk dapatkan rasa lebih lemak . 

CARA MEMASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta ribbon serta 1 sudu besar minyak masak . Rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan pasta ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dengan minyak zaiton dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua bawang putih yg sudah diracik halus . Masukkan isi ayam yg sudah dipotong kecil dan kacau bahan-bahan ni sampai ayam masak . Masukkan sayur brokoli dan dikacau semua bahan , bila brokoli dah separuh masak masukkan cendawan butang yg sudah dipotong kecil dan kacau serta biarkan sampai cendawan layu .

-Perlahankan api dan masukkan susu serta keju parmesan dan kacau dengan laju supaya bahan-bahan sebati . Boleh dimasukkan garam dan serbuk black pepper secukup rasa . Jika sos terlalu pekat boleh ditambah lagi sedikit susu . Masukkan pasta ribbon dalam sos dan dikacau semua bahan sampai cukup rata . Masukkan daun pasley dan dikacau semua bahan . Rasa pasta jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan perasa .

- tutup api dapur . Elok di hidangkan pasta ni semasa masih panas , boleh ditabur serbuk keju parmesan bila nak makan .



Pasta Alfredo shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;