Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap
Resipi : Chef Fazalina
Bahan-bahan
1 1/2kg tulang kambing + daging, cuci bersih
2 labu bawang besar - potong wedges
3 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
2-3 tangkai cili padi, jika suka
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
4-5 liter air
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
10 biji bawang merah - mayang
sedikit minyak
Bahan Rempah
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah sup
1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk
sedikit air
Satukan semua bahan rempah dengan air menjadi pes
Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Tabur
Bawang goreng, daun bawang dan daun sup di hiris
Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga bawang merah keperangan.
- Masukkan bahan kisar, masak sebentar, kemudian masukkan pes rempah. Kacau sesekali dan biarkan rempah masak hingga pecah minyak.
- Masukkan tulang + isi kambing, gaulkan dengan rempah.
- Kemudian masukkan air dan serai. Renehkan hingga daging tulang empuk. Tambah air jika perlu.
- Bila tulang dah empuk, masukkan serbuk pati ayam, asam keping, garam, bawang besar, cili padi. Biarkan kuah mengelegak. Boleh tutup api.
- Tabur dengan bahan tabur ketika menghidang.
Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap
Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi