Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake
Bahan-bahan
250 gm sponge mix
4 biji telur B
60 gm air
75 gm minyak
Loyang 8in di alas kertas minyak
Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer. Putar perlahan hingga bergaul rata.
Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang. Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit.
Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan. Ketepikan.
Sirap Laici
1 tin Laici, asingkan sirap dan buah
2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan
1 sudu besar gula
Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih. Angkat dan sejukkan dahulu.
Laici Whipping Cream
400 gm non dairy whipping cream
1 sudu besar sirap laici
1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka
Satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang. Ketepikan.
Hiasan : Buah Laici (keringkan di atas tisu dapur), Buah Strawberry
Penyediaan Kek
Sapu satu lapisan kek dengan sirap laici. Picit whipping cream dan atur dengan buah laici yang di siat kasar dan hirisan buah strawberry. Tutup dengan satu lagi lapisan kek dan ulangi lapisan hingga habis.
Tutup kek dengan lebihan whipping cream dan hias dengan buah laici dan strawberry.
Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake
Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi