27 Sept 2016 0 comments

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake -

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake

Bahan-bahan
250 gm sponge mix
4 biji telur B
60 gm air
75 gm minyak

Loyang 8in di alas kertas minyak

Satukan sponge mix, telur dan air di dalam mixer.  Putar perlahan hingga bergaul rata.
Tukar kepada kelajuan tinggi dan putar sehingga kembang.  Perlahankan mixer, masukkan minyak dan putar hingga bergaul rata.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit.
Sejukkan di atas redai dan potong kepada 3 lapisan.  Ketepikan.

Sirap Laici
1 tin Laici, asingkan sirap dan buah
2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kecil air, larutkan
1 sudu besar gula

Masak 1/2 tin sirap laici bersama gula dan larutan tepung jagung hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan dahulu.

Laici Whipping Cream
400 gm non dairy whipping cream
1 sudu besar sirap laici
1 sudu besar instant custard (boleh beli di kedai bakery) jika suka

Satukan semua bahan dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang.  Ketepikan.

Hiasan :  Buah Laici (keringkan di atas tisu dapur), Buah Strawberry

Penyediaan Kek
Sapu satu lapisan kek dengan sirap laici.  Picit whipping cream dan atur dengan buah laici yang di siat kasar dan hirisan buah strawberry.  Tutup dengan satu lagi lapisan kek dan ulangi lapisan hingga habis.
Tutup kek dengan lebihan whipping cream dan hias dengan buah laici dan strawberry.

Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake




Kek Krim Laici / Lychee Cream Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Sept 2016 0 comments

Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Cucur Pisang / Cekodok Pisang -

Cucur Pisang / Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
10 biji pisang emas atau berangan
1/2 sudu teh soda bicarbonat
3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati.  Rehatkan 30 minit.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas.
Jangan di goreng terlalu banyak sekaligus kerana cucur akan kembang.
Goreng hingga keperangan.

Cucur Pisang / Cekodok Pisang


Cucur Pisang / Cekodok Pisang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;