5 Oct 2016 0 comments

Jus Alpukat / Avocado Juice

Jus Alpukat / Avocado Juice -

Jus Alpukat / Avocado Juice

Bahan-bahan
1 biji avocado masak ranum
1/2 cawan air mineral
2 cawan susu segar
3 sudu besar susu pekat
Ais secukupnya
Sirap Coklat Hershey's

Menghasilkan 2 gelas minuman

Penyediaan :
Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur.
Tuangkan ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.  Tambah sirap coklat jika suka.
Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.

Jus Alpukat / Avocado Juice


Jus Alpukat / Avocado Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Oct 2016 0 comments

Mee Udang

Mee Udang -

Mee Udang
Sumber :  FB Resipi Sedap

Bahan-bahan
2kg Mee Kuning
300 gm udang segar
1/2 cawan udang kering - disangai dan dikisar halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
250 gm kentang / keledek oren - direbus dan dilecek
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Minyak untuk menumis
2 batang serai - dititik
8 kuntum bunga lawang
1/2 keping gula melaka
Air secukupnya

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air

Bahan Sampingan
Tauge - dicelur
Sawi - dicelur
Bawang goreng
Telur rebus
Tahu - digoreng dan dipotong kiub
Cili merah - dihiris
Daun sup dan daun daun bawang - dipotong kecil
Isi udang
Fish cake - dicelur dan dihiris nipis
Limau kasturi

Cara Penyediaan Kuah 
  1. Udang dicelur hingga masak, angkat dan toskan. 
  2. Kupaskan kulit udang dan simpan isi dan kulitnya. Ambil kulit udang dan kisarkan bersama air rebusan udang hingga hancur. Tapis ke dalam bekas berasingan dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang dan serai yang telah dititik hingga harum.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing dan harum baunya.  Masukkan pula udang kering kisar dan tumis hingga sebati.
  6. Selepas itu masukkan rempah kari daging dan serbuk ketumbar, kacau rata. 
  7. Masukkan air tapisan kulit udang tadi dan air secukupnya. Kuantiti air adalah bergantung kepada kepekatan kuah.
  8. Bila mendidih masukkan kiub pati ikan bilis dan renehkan seketika hingga hancur. Kemudian masukkan kentang atau ubi yang dilecek, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  9. Masak hingga kuah pekat. Hidang bersama mee kuning, isi udang dan bahan sampinganya.

Mee Udang



Mee Udang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;