Mee Udang -
Mee Udang
Sumber : FB Resipi Sedap
Bahan-bahan
2kg Mee Kuning
300 gm udang segar
1/2 cawan udang kering - disangai dan dikisar halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
250 gm kentang / keledek oren - direbus dan dilecek
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Minyak untuk menumis
2 batang serai - dititik
8 kuntum bunga lawang
1/2 keping gula melaka
Air secukupnya
Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air
Bahan Sampingan
Tauge - dicelur
Sawi - dicelur
Bawang goreng
Telur rebus
Tahu - digoreng dan dipotong kiub
Cili merah - dihiris
Daun sup dan daun daun bawang - dipotong kecil
Isi udang
Fish cake - dicelur dan dihiris nipis
Limau kasturi
Cara Penyediaan Kuah
- Udang dicelur hingga masak, angkat dan toskan.
- Kupaskan kulit udang dan simpan isi dan kulitnya. Ambil kulit udang dan kisarkan bersama air rebusan udang hingga hancur. Tapis ke dalam bekas berasingan dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang dan serai yang telah dititik hingga harum.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing dan harum baunya. Masukkan pula udang kering kisar dan tumis hingga sebati.
- Selepas itu masukkan rempah kari daging dan serbuk ketumbar, kacau rata.
- Masukkan air tapisan kulit udang tadi dan air secukupnya. Kuantiti air adalah bergantung kepada kepekatan kuah.
- Bila mendidih masukkan kiub pati ikan bilis dan renehkan seketika hingga hancur. Kemudian masukkan kentang atau ubi yang dilecek, air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Masak hingga kuah pekat. Hidang bersama mee kuning, isi udang dan bahan sampinganya.
Mee Udang
Mee Udang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by
The CC Resepi